Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KESAN PENAMBAHBAIKAN DARI SEGI PERUNTUKAN MASA KEPADA KANAK-KANAK…
KESAN PENAMBAHBAIKAN DARI SEGI PERUNTUKAN MASA KEPADA KANAK-KANAK PRASEKOLAH DALAM ASPEK (JERIS)
SOSIAL
Membina hubungan dan tingkah laku yang lebih baik dengan rakan-rakan
Kesan ini dapat dilihat jika kanak-kanak kerap berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan masa yang diperuntukkan untuk kanak-kanak dalam aktiviti rutin di sekolah
Mengesan masalah komunikasi dan sosial kanak-kanak
Dengan penambahbaikan ini , guru dapat melihat dan menilai pada diri kanak-kanak tentang masalah komunikasi dan sosial dan mencari penyelesaian bagi kanak-kanak yang seperti pasif dan kurang aktif dalam bersosial
Meningkatkan kemahiran bersosialisasi dan dapat menambah kosa kata
Murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam sesi perbualan awal seperti menyanyi dan bercerita
Mengeratkan hubungan antara kanak-kanak dan guru
Guru sebagai tempat bercerita dan luah perasaan untuk murid supaya tiada kecanggungan dan perasaan takut bersama guru . Contohnya guru akan bertanyakan kabar dan apa yang murid makan pagi hari
EMOSI
Dapat mendalami emosi kanak-kanak
Guru akan lebih memahami perasaan murid dengan mempunyai sifat simpati dan empati untuk mengurus dan melakukan pembelajaran yang berkesan dalam setiap aspek seperti kecergasan dan emosi
Mengesan emosi kanak-kanak dalam suatu masa
Hal ini dapat memudahkan guru untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut sebagai contoh guru membuat aktiviti drama untuk melihat emosi setiap murid
Memberi peluang kepada murid untuk membuat pilihan pilihan secara bebas tentang bermain
Murid akan lebih menikmati kegembiraan apabila mereka dapat bermain dengan permainan yang disukai secara bebas dengan pengawasan guru seperti main masak-masak
Kawalan emosi yang baik pada diri kanak-kanak
Semasa pembelajaran , kanak-kanak dapat memberi tumpuan yang baik dengan emosi diri yang stabil dan terkawal dengan menikmati pembelajaran dengan gembira
INTELEK
Menjana kreativiti kanak-kanak di dalam kelas
Guru akan membantu dan membimbing murid dalam menjana idea kreatif dan akan dilakukan serta dihasilkan oleh murid itu sendiri seperti guru membuat aktiviti melukis dan mewarna tumbuh-tumbahan serta dapat belajar tentang dunia sains
Dapat meningkatkan kecerdasan dan kecekapan dalam pembelajaran
Guru dapat menekankan pengajaran pada murid dengan lebih teliti sama ada secara visual atau kompleks dengan peruntukan masa yang sesuai untuk kanak-kanak seperti pada pengajaran matematik awal yang diberi peruntukan masa 40 minit
Dapat meningkatkan keupayaan membaca , menulis dan mengira
Kesan ini dapat dilihat dengan baik dengan guru yang sentiasa peka kepada setiap keupayaan murid di dalam kelas seperti mengambil sedikit masa sebelum untuk mengulangkaji sebelum tamat subjek mata pelajaran tersebut
Peluang kepada murid menjalankan penerokaan dan eksperimen serta menyelesaikan masalah
Kesan ini dapat menggalakkan pemikiran kritis pada kanak-kanak dengan pelbagai cara dan kaedah seperti pendekatan bertema dan pendekatan projek
ROHANI
Meningkatkan nilai murni dalam diri kanak-kanak dengan lebih berkesan
Kesan ini akan dapat dibina dengan murid kerap diajar untuk berkongsi dan bekerjasama dengan orang lain di dalam kelas seperti bekerjasama menyelesaikan masalah
Memberi peluang kepada murid memperoleh pengalaman pembelajaran sendiri yang lebih bermakna
Dengan memastikan pembelajaran harian kanak-kanak perlulah berasaskan dengan nilai-nilai yang baik supaya ia lebih berkesan dengan baik sehingga mereka dewasa
Membina dan memupuk disiplin kendiri yang berkesan
Kesan ini terjadi daripada perlakuan akhlak yang mulia yang ditunjukkan daripada kanak-kanak daripada apa yang telah diajari di sekolah dalam aspek rohani dan moral . Sebagai contoh , murid bersalaman dengan guru sewaktu tiba dan pulang sekolah
Dapat menekankan sifat kejiwaan dan kepercayaan kepada tuhan kepada kanak-kanak
Kanak-kanak akan mula terbentuk dengan perasaan menyadari dan bersyukur dengan ciptaan tuhan di sekeliling mereka dengan baik seperti penciptaan pokok dan matahari
JASMANI
Meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus
Motor kasar dan motor halus ini yang membantu kanak-kanak supaya otot menjadi lebih kuat untuk terus melakukan aktiviti kecerdasan . Sebagai contoh , kanak-kanak dapat melakukan pergerakan berlari untuk menggunakan otot dalam sukan bola sepak .
Memupuk tahap penjagaan kesihatan kanak-kanak
Guru akan membuat pemerhatian dan pengawasan terhadap kekerapan murid menggosok gigi setiap hari dan melatih cara menggosok gigi dengan betul
Membina kecergasan dan merangsang kecerdasan murid
Dengan melakukan aktiviti luar , kanak-kanak dapat melakukan aktiviti kecergasan dengan aktiviti sukan yang aktif dan berpeluh seperti bermain bola sepak dan badminton
Mengenal pasti masalah dan perbezaan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak
Jika terdapat masalah perkembangan dan pertumbuhan seperti tidak boleh membaca di usia 6 tahun , intervensi awal dapat dilakukan jika ianya terbantut