Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
S5S1Jelaskan faktor yang membawa kepada perluasan kuasa british di myanmar…
S5S1Jelaskan faktor yang membawa kepada perluasan kuasa british di myanmar pada tahun 1824 - 1826
Pengenalan
Peluasan kuasa merupakan aktiviti meluaskan autoriti sesebuah negara menerusiperolehan tanah jajahan bagi menguasai politik dan ekonomi ke atas negara lain. MenurutGeorge Nadel dan Perry Curtis imperialisme ialah proses perkembangan kuasa melaluicampur tangan secara langsung atau tidak langsung terhadap politik dan ekonomi sesebuahkerajaan, bangsa atau masyarakat lain.
Professor Fieldhouse menyatakan, imperialismemerupakan kecenderungan yang kuat oleh sesebuah kerajaan atau masyarakat untukmemerintah dan menguasai kerajaan yang lain dengan menggunakan pelbagai cara, tujuandan tindakan.
Faktor Ekonomi
Perluasan kuasa british di Myanmar didorong oleh faktor ekonomi. Negara Myanmarmempunyai potensi ekonomi yang boleh mendatangkan keuntungan kepada kuasa british.Myanmar terdiri daripada tanah lanar yang subur dan luas khususnya di delta Irrawaddy. Halini menarik perhatian british untuk menjadikan penanaman padi sawah sebagai tanamandagangan di Myanmar
Negara Myanmar turut kaya dengan pelbagai hasil bumi yangdiperlukan oleh Inggeris bagi memenuhi permintaan dan bekalan bahan mentah untukperindustrian di Britain seperti petroleum, bijih timah dan bijih besi. Myanmar juga kayadengan hasil hutan yang sangat berharga dan tinggi nilainya seperti kayu jati yang berkualititinggi. Hasil hutan yang dimiliki oleh negara Myanmar sangat berharga dan sangat diperlukanoleh industry perkapalan.
Jelaslah bahawa, ekonomi dapat mendorong perluasan kuasa britishdi Myanmar
Faktor Politik
Kemaraan kuasa british di Myanmar juga berpunca daripada dasar tutup pintu yangdijalankan oleh pemerintah Myanmar. Kedegilan pemerintah Myanmar untuk menjalinsebarang bentuk hubungan dengan kuasa inggeris mencetuskan kemarahan pihak inggeris.Kegagalan hubungan diplomatic antara kedua-dua belah pihak telah mendorong pihakinggeris menggunakan kekerasan ke atas negara Myanmar dengan melancarkan peperangan
Inggeris juga mulai bimbang dengan perluasan kuasa perancis yang ketika itu berjayamenegakka pengaruh indo china. British bimbang sekiranya Myanmar jatuh ke tanganperancis, ianya akan sekaligus mengugat kepentingan politik dan ekonomi di Myanmar sertakedudukan inggeris di india
Jelaslah bahawa, britih menganggap penaklukan tanah jajahandapat meningkatkan imej dan status negara mereka dalam kalangan bangsa eropah
Faktor Kebudayaan
Orang british juga menjadikan faktor kebudayaan sebagai alasan untuk melancarkanperluasan kuasa di Myanmar. Mereka mempercayai bahawa kebudayaan dan peradapanmereka lebih tinggi berbanding dengan negara - negara lain. Kepercayaan ini bertitik tolakdaripada kemajuan yang dikecapi oleh mereka lebih tinggi daripada negara - negara lain.Kepercayaan ini bertitik tolak daripada kemajuan yang dikecapi oleh mereka dalam bidangains dan teknologi
Tanggungjawab ini dikenali sebagai White Men Burden ataupun bebanorang putih. British juga berhasrat untuk menyebarkan agama Kristian. Tugas ini dianggapsebagai satu misi suci yang merupakan pengorbanan paling besar terhadap agama mereka
Jelaslah kebudayaan orang2 barat dapat disebarkan secara meluas di negara Myanma
Masalah Sempadan Arakan
Raja Bodawpaya menakluki arakan pada tahun 1784. Ini menyebabkan Myanmarmempunyai sempadan yang sama dengan british di wilayah Chittagong. Pelarian2 arakanmenggunakan wilayah british di india untuk menentang kerajaan Myanmar.
Pada tahun 1811,masalah sempadan arakan menjadi rumit apabila seorang pemimpin pemberontakan arakan,iaitu Chin Byan menyerang arakan dari pangkalannya di Chittagong dan menawanMrohaung. Myanmar mensyaki pelarian arakan akan meminta bantuan dari british
Inimemburukkan lagi hubungan antara britih dengan Myanmar yang membawa kepadapeperangan
Ancaman Perancis
Sewaktu british berperang dengan perancis di india, pada tahun 1782, perancis telahmengambil kesempatan dengan menghantar wakilnya, Laksamana De Suffren dan CharlesCastleneau de Bussy ke india selatan bertujuan untuk menegakkan semula kekuasaannya diindia. Usaha perancis sangat membimbangkan british.
Perancis merancang mempergunakanMyanmar sebagai tapak untuk menyerang british di india memandangkan kedudukanMyanmar berhampiran dengan india. Perancis telah membina pangkalannya di Mergui,Myanmar demi mencapai hasratnya. British bertindak balas dengan menghantar utusanMichael Symes ke Myanmar untuk memujuk istana Myanmar supaya tidak membenarkanperancis menggunakan pelabuhan2 nya tetapi Myanmar enggan berbuat demikian. Britishsemakin bimbang apabila napoleon menandatangani perjanjian tilsit dengan rusia pada tahun1807.
Perjanjian ini membolehkan perancis bergerak ke india melalui rusia.
Kesimpulan
Pelbagai faktor yang membawa kepada perang inggeris-Burma 1. Raja Bagyidawakhirnya menyerah kalah dan bersetuju menandatangani perjanjian dengan pihak inggeris.Perjanjian ini dikenali sebagai perjanjian yandabo yang dimeterai pada bulan February 1826yang memperlihatkan Myanmar mengalami banyak kerugian.