Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
huraikan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di tanah melayu…
huraikan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di tanah melayu pada awal abad ke 20
pendahuluan
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air daripada penjajah
Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu merupakan tindak balas terhadap perubahan yang diperkenalkan oleh British dalam pentadbiran, ekonomi dan sosial Ekoran perubahan tersebut, muncul gerakan anti penjajah di Tanah Melayu bagi melindung kepentingan kaum peribumi
Selain itu, pengaruh luar turut membangkitkan kesedaran golongan intelektual Melayu mewujudkan satu gerakan kebangsaan di Tanah Melayu yang mewujudkan satu gerakan kebangsaan di tanah melayu
Terdapat faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi perkembangan nasionalisme di
Tanah Melayu.
pengaruh agama islam
Agama Islam memainkan peranan penting dalam mencetuskan gerakan nasionalisme Melayu adalah agama.
Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar yang menerima pendidikan daripada Universiti Al-Azhar, Mesir. • Pelajar yang menuntut di universiti ini terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh sayid jamaluddin al-afghani dan syeikh muhammad abduh
Antara pelajar Melayu yang terpengaruh dengan idea pemulihan Islam adalah; ayeikh Muhamamd Tahir bin Jalaluddin dan syed syeikh a-hadi dan haji abbas bin muhammad taha
Setelah kembali ke tanah air, pelajar tersebut memulakan Gerakan Islah yang menyeru orang Melayu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. . Golongan yang memulakan Gerakan Islah ini juga dikenali sebagai Kaum Muda. Kaum Muda menerbitkan majalah al-Imam bagi menyalurkan idea pembaharuan Gerakan Islah yang dikendalikan oleh Kaum Muda berjaya membangkitkan kesedaran
nasionalisme dalam kalangan orang Melayu
bahasa dan kesusasteraan
Golongan nasionalis di Tanah Melayu menggunakan cerpen, novel, dan puisi sebagai alat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu
Karya-karya sastera memainkan peranan dalam membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu. Antara karya-karya yang dihasilkan oleh Ishak Haji Muhammad yang membangkitkan kesedaran nasionalisme adalah cerpen rumah besar tiang seribu, novel putera gunung tahan. karya ini menyampaian sifat berano menentang penjajah dan sikap anti penjajahan untuk mengencam penguasan politik yang menekspolitasi ekonomi
menyedarkan orang Melayu tentang kemunduran mereka dalam bidang ekonomi. • Tegasnya melalui penulisan karya kesusasteraan, kesedaran kebangsaan dapat disampaikan dengan lebih berkesan dalam kalangan orang Melayu
kewartawanan
1940-an beberapa akhbar dan majalah diterbitkan bagi membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan orang Melayu.antaranya ialaj majlis, warta malaya, al-imam.lembaga malaya, fajar sarawak,utusan melayu serta warta negara
antara tokonh wartawan dalam bidang penulisan ialah Dr. Burhanuddin Al-Helmi
Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad
Akhbar dan majalah berperanan menyalurkan pendapat dan membincangkan hal-ehwal
politik orang Melayu di Tanah Melayu. Selain itu itu, akhbar dan majalah juga berperanan menyebarkan idea nasionalisme serta menyatukan orang Melayu menentang penjajah.
pendidikan
melahirkan golongan intelektual yg jadi peneraju gerakan ini. Sistem pendidikan agama Sistem pendidikan Islam memainkan peranan melahirkan golongan intelektual berpendidikan agama. • Golongan ini melanjutkan pendidikan ke Timur Tengah, sama ada di Makkah atau mesir
tokoh nasionalis berpendidikan agama ialah Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh al-Hadi dan Haji Abbas Muhammad Taha
Sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu telah melahirkan golongan intelektual berpendidikan Inggeris. Antara tokoh yang mendapat pendidikan Inggeris ialah Raja Chulan, Dato' Abdullah bin Haji Dahlab dab Mohammad Eunos Abdullah
berjuang menuntut hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan dan pentadbiran
Perkembangan sistem pendidikan Melayu mendorong British menubuhkan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). - MPSI berperanan sebagai tempat pertemuan golongan intelektual Melayu Pelajar-pelajar lepasan MPSI berperanan dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan orang Melayu. • Mereka menyumbangkan tenaga dan fikiran bagi memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan
pengaruh luar
Perkembangan politik di luar negara membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk Tanah Melayu. Antara perkembangan yang berlaku di luar negara yang memberi kesan kepada kebangkitan nasionalis adalah Gerakan Pan-Islamisme dan Gerakan Turki Muda. erakan Turki Muda telah membangkitkan nasionalisme dalam kalangan golongan intelektual di Tanah Melayu pada tahun 1930-an. Kejayaan Jepun menewaskan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun melahirkan keyakinan kalangan nasionalis tempatan untuk menentang penjajah.
, perkembangan di negara China dan India menyemarakkan semangat
nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan. sebagai contoh, perjuangan Mahatma Gandhi membebaskan India daripada penjajahan british melahirkan semangat nasionaislme di tanah melayu
kejayaan Dr. Sun Yat Sen menggulingkan kerajaan Manchu membangkitkan kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk menentang Britis
kesimpulan
• Jelas ternyata terdapat beberapa faktor yang mendorong kebangkitan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu. . Di samping faktor dalaman, terdapat faktor luaran yang menjadi pencetus gerakan nasionalisme