Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 1.2 Makmal Sains Anda, peraturan di dalam makmal, Langkah-langkah…
-
-
-
Jika berlaku kemalangan, kita janganlah panik sebaliknya mengambil tindakan yang
sepatutnya seperti situasi di bawah.
Din, cepat keluar! Ada kebakaran. Saya sudah mematikan suis elektrik. Mari kita beritahu kepada cikgu.
-
-
Ingat, ya Farah. Jika bahan kimia termasuk ke dalam mulut atau terkena bahagian lain, kita perlu membilas bahagian itu dengan air yang banyak.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Bahan kimia yang merengsa boleh menghasilkan wap atau wasap yang dapat memedihkan mata, hidung dan tekak. ELAKKAN daripada menghidu wap atau wasap. Gunakan bahan kimia tersebut di dalam kebuk wasap. Contoh: kloroform dan ammonia
Bahan radioaktif mengeluarkan sinaran radioaktif yang dapat menyebabkan kanser. Contoh: uranium dan plutonium.
Bahan kimia ini bersifat mengakis. JANGAN sentuh bahan ini kerana akan melecurkan kulit. Sekiranya terkena pada kulit, cuci bahagian tersebut dengan air yang banyak. Contoh: asid dan alkali pekat.
Bahan kimia ini beracun atau toksik. JANGAN minum, makan, menghidu atau merasa bahan ini. Contoh: merkuri dan klorin.
Bahan kimia ini mudah meletup. Gunakan bahan ini mengikut arahan dengan CERMAT, Contoh: gas hidrogen dan gas butana.
Bahan yang mudah mengewap dan terbakar. JAUHKAN bahan ini daripada sumber api atau haba. Gunakan bahan ini mengikut arahan dengan cermat,. Contoh: alkohol dan petrol.