Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Konsep dan peranan pembesar sebelum campur tangan barat di vietnam -…
Konsep dan peranan pembesar sebelum campur tangan barat di vietnam
KONSEP PEMBESAR
Pembesar ialah pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakantugas-tugas dalam bidang kuasa yang diberikan kepadanya sebelum kemasukan pengaruh Barat.
Negara Asia mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan disokong oleh sistem pembesar.
Kumpulan pembesar inilah yang melaksanakan tugas-tugas pemerintahan.
Kedudukan pembesar sangat penting dan berada pada paras kedua selepas kedudukan raja atau maharaja dalam hierarki pemerintahan.
Pengagihan tugas kepada pembesar tidak menjejaskan kuasa mutlak raja atau maharaja kerana mereka hanya mempunyai kuasa yang terhad dan melaksanakan tugas mengikut apa yang telah diarahkan raja
PENDAHULUAN
Sistem pemerintahan yang diamalkan dan diguna pakai di sesebuah negara adalah berasaskan sistem kerajaan.
Kerajaan berperanan untuk menggubal dasar-dasar negara serta membuat keputusan untuk rakyat yang diwakili
Kerajaan diketuai oleh seorang raja dan dibantu oleh para pembesar.
Pembesar memainkan peranan yang penting untuk memastikan segala urusan pentadbiran,ekonomi dan sosial sesebuah negara berjalan lancar bersesuaian dengan arahan daripada raja.
Pembesar mempunyai kuasa tertentu namun terbatas mengikut keperluan dan kehendak raja.
PERANAN PEMBESAR
Peranan pembesar di peringkat pusat
Pembesar ini menjalankan tanggungjawab di ibu kota kerajaan dan istana.
Pembesar pusat terdiri daripada pembesar kanan yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan maharaja dan menjadi orang kepercayaan Maharaja.
Pembesar kanan digelar Quan atau Mandarin yang bertanggungjawab menasihati dan membantu segala keputusan berkaitan urusan pemerintahan dan pentadbiran.
Pembesar kanan dipertanggungjawab mengetuai enam kementerian utama (Quan), iaitu Quan Hal Ehwal Awam, Kerja Raya, Kewangan ,Upacara ,Kehakiman dan Peperangan.
Pembesar kanan sangat berpengaruh dan berperanan pentimg dalam kerajaan kerana mereka melaksanakan tugas-tugas maharaja.
Mereka juga merupakan penegak keadlian dalam kerajaan serta dilantik sebagai pentafsir undang-undang.
Selain itu mereka juga bertindak sebagai pegawai kehakiman dan mereka mendapat sokongan,sanjungan dan dihormati oleh rakyat.
Peranan pembesar di peringkat daerah
Pembesar wilayah dan daerah pula akan mentadbir wilayah atau daerah tertentu dan mempunyai bidang kuasa tertentu.
Pembesar daerah mempunyai tanggngjawab penuh kepada maharaja di peringkat pusat. Kedudukan mereka akan terancam sekiranya mereka menentang perintah maharaja.
Pembesar daerah bertanggungjawab dari aspek melaksanakan semua urusan pentadbiran di peringkat daerah masing-masing, serta mengutip cukai di daerah masing-masing.
Pembesar daerah juga bertanggungjawab menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat, mengambil dan melatih tentera untuk pertahanan kerajaan dan melaksanakan tugas kehakiman di peringkat daerah.
Peranan Pembesar di peringkat kampung (komun)
Pembesar (komun) peringkat ini merupakan yang paling rendah sekali.
Pada peringkat ini pembesar terdiri daripada Majlis Orang Tua yang memiliki kebijaksanaan, pengetahuan dan pengalaman yang luas tentang selok belok pentadbiran dan masalah yang berkaitan dangan masyarakat kampung.
Pembesar pada peringkat ini bertanggungjawab menjalankan semua perintah dan arahan daripada pihak istana.
Tanggungjawab tersebut seperti mengendalikan urusan pentadbiran di peringkat kampong serta melaksanakan tugas kehakiman seperti kesalahan jenayah kecil di peringkat kampung.
Komun juga bertanggungjawab menyelesaikan semua masalah dan menjaga kebajikan penduduk kampong serta menguruskan kutipan cukai.
Mereka juga memastikan penduduk bersatu dan menumpukan sepenuh kesetiaan kepada pemerintah pusat yang diketuai oleh Maharaja.
Komun juga bertanggungjawab memelihara pertahanan dan mengekalkan keamanan di peringkat kampong serta kemakmuran ekonomi di peringkat kampong.
KESIMPULAN
pembesar mempunyai tanggungjawab yang penting bukan sahaja kepada maharaja, tetapi juga para pengikutnya.
Kedudukan status sosial,pengaruh dan kekayaan seseorang pembesar sebenarnya adalah bergantung kepada ramainya bilangan pengikut seseorang pembesar tersebut.
Keperluan pengikut menjadi keutamaan kepada golongan pembesar untuk melaksanakan semua tugas yang diarahkan oleh maharaja.