Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SUKA DUKA HIJRAH RASULULLAH, KETIKA HIJRAH BERSAMA ABU BAKAR - Coggle…
SUKA DUKA HIJRAH RASULULLAH
merupakan perintah dan wahyu dari Allah
Bai’ah Aqabah
melalui perjanjian ini, nabi telah meraih sambutan dan jaminan keselamatan daripada penduduk madinah bagi memastikan kelangsungan dakwah dan syiar Islam
Tekanan Musyrikin Makkah
Nabi dan orang-orang Islam bukan sekadar telah dihina, diejek, diseksa dan dipulau, malah Nabi Muhammad SAW sendiri telah diancam untuk dibunuh. Orang-orang musyrikin mula menunjukkan penentangan mereka apabila Nabi menyebarkan Islam secara terbuka
Penolakan Dakwah di Taif
respon penduduk taif sewaktu ketibaan Nabi adalah terlalu buruk hingga baginda dilontarkan batu yang membawa kecederaan tubuh baginda yang mulia yang ditemani Zaid bin Harithah r.a
hanya seorang sahaja yang beriman iaitu ' adas ketika rasulullah singgah di kebun kurma
Kematian Abu Talib dan Khadijah
bermulanya kalendar hijrah
setelah pulang dari Taif, baginda tidak dibenarkan masuk ke Mekah
membuat keputusan untuk mengadakan haji pada bulan zulhijjah setiap tahun untuk menyampaikan dakwah kepada orang luar
bermulanya perjanjian aqabah pertama (6 orang)
KETIKA HIJRAH BERSAMA ABU BAKAR
Pada malam di mana Ali Abi Talib menggantikan tempat Rasulullah di rumah, Rasulullah ada mencampakkan segenggam pasir kepada 70 orang pemuda yang ingin membunuh Rasulullah.
Kesemua 70 orang pemuda tersebut mati dalam keadaan kafir ketika Perang Badar berlaku
Kemudian, Rasulullah berjalan bersama Abu Bakar masuk ke dalam Gua Thur. Ketika hampir waktu subuh, iblis datang menyamar sebagai orang tua menghasut ketua daripada 70 orang pemuda tadi dengan mengatakan bahawa Nabi Muhammad telah pergi ke tempat lain.
Pada awalnya, pemuda-pemuda tersebut tidak percaya akan kata-kata orang tua tersebut, namun kemudiannya mereka memeriksa tempat tidur Nabi yang telah diganti dengan Saidina Ali.
Mereka pun memberitahu Abu Jahal. Disebabkan kesemua pemuda tadi telah gagal membunuh Nabi Muhammad, maka iblis yang menyamar sebagai orang tua tadi merelakan diri untuk menjejaki Nabi bersama Abu Jahal.
Abu Jahal ada bawa seorang Tok Kiafah (salah satu daripada 8 benda pelik dalam agama Islam spt boleh kesan atau sebagai penilik). Nabi sendiri iktiraf kepakaran Kiafah ini.
Dengan khidmat Tok kiafah, akhirnya Nabi Muhammad dapat dijejak. Namun, apabila sampai di Gua Thur, telah hilang jejak Nabi kerana Allah telah perintahkan satu haiwan (pokka) untuk menghilangkan jejak Nabi dengan ekornya.
Burung merpati serta labah-labah juga membuat sarang di muka pintu gua yang Nabi duduki. Hal ini menyebabkan Abu Jahal beserta pengikutnya menyangka bahawa Nabi tidak bersembunyi di Gua Thur tersebut.
Apabila Abu Jahal pulang ke Mekah semula, beliau membuat tawaran bahawa sesiapa yang berjaya menangkap Rasulullah dan Abu Bakar dan membawa mereka ke Mekah, maka orang tersebut akan mendapat ganjaran sebanyak 100 ekor unta.
1 more item...
Contoh Nabi iktiraf Kiafah ni adalah melalui pengecaman ayah Zaid bin Harithah