Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
METODOLOGI DAKWAH RASULULLAH, KUMPULAN 4 - Coggle Diagram
METODOLOGI DAKWAH RASULULLAH
1)Contoh teladan melalui perkaraan dan sahsiah
:pencil2:Akhlaknya yang mulia menjadi daya penarik jiwa dan perasaan orang untuk mengikutinya
:pencil2:Pendakwah yang berjaya ialah seorang yang sentiasa menunjukkan dasar yang benar yang dibuktikan dengan amalan dan perbuatannya kerana dia menjadi contoh gambaran hidup yang bergerak atas prinsip yang dianutinya. (Ghazali Darusalam)
:pencil2: Rasulullah bersifat merendah diri, menjaga tutur kata, beradab sopan serta memuliakan tetamu tanpa mengira muslim atau bukan, sehingga diberi gelaran Al-Amin.
:pencil2: Rasulullah sentiada membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk berhujah bagi menentukan kebenaran Islam, Baginda tidak memaksa manusia untuk menerima Islam.
6)Mukjizat sebagai dakwah
๐ฎ Mukjizat bertujuan untuk memperkuat seruan dakwah Baginda SAW terutama kepada mereka yang belum mempercayai kerasulan Baginda.
๐ฎ Antara mukjizat yang paling agung adalah Al-Qur'an.
2)Dar Al-Qurra
:check: Rumah Malik bin Naufal dikhususkan sebagai tempat berkumpulnya para sahabat yang berminat menghafal dan membaca ayat-ayat Al-Quran.
3)Jihad
:star:Perang dalam Islam bukan kerana dengki atau berdendam tetapi disebabkan kerja-kerja Islam telah diganggu atau dikhianati pihak musuh.
:star: Puak Saqif yang berkuasa di Thaif tidak yakin boleh mencapai kemenangan melalui peperangan, maka puak Saqif tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menukar sikap daripada menentang kepada menyokong Baginda.
:star: Mereka menukar strategi daripada berlawan kepada berkawan. Mereka tidak mampu berdebat, mereka mencari jalan untuk bersahabat.
4)Kuttab
:pen: Tempat pengajian bagi kanak-kanak Islam bagi menggalakkan kank-kanak mempelajari bacaan Al-Quran
:pen: Abdullah bin Masud bersama Zaid bin Thabit pernah belajar Al-Quran sebanyak 70 surah talaqqi di hadapan Nabi SAW di kuttab sewaktu masih kecil
5)Piagam Madinah
SEBELUM
Masyarakat Madinah hidup dalam keadaan tidak teratur tanpa peruntukan undang-undang
SELEPAS
๐ Piagam Madinah diperuntukkan sebagai peraturan.
๐ Disebabkan oleh Baginda memimpin dua golongan dalam kota Madinah iaitu golongan Islam dan bukan Islam, Baginda telah menjadikan konsep keadilan dan kedaulatan undang-undang sebagai jaminan sepenuhnya.
๐ Seseorang akan dihukum lantaran kesalahannya tidak kira sama ada dalam kalangan Islam atau bukan Islam
๐ Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Piagam Madinah telah memberi sinar kepada penduduk Madinah dalam menjalani kehidupan yang teratur di bawah undang-undang Islam tanpa sebarang penindasan.
7)Perutusan Surat Kepada Para Raja dan Pemerintah
โ Rasulullah telah mengutuskan surat ke sekitar negeri Hijjaz bagi menyeru segenap umat manusia.
โ Nabi telah memulai dakwahnya dengan menghantar surat kepada para penguasa di sekitar Tanah Arab seperti Raja Herkules dan Raja Kaisar
โ Pada permulaannya, surat tersebut tidak dibaca oleh para penguasa tersebut berikutan ketiadaan cap oleh pengirimnya.
โ Oleh yang demikian, Baginda telah membuat cap berbentuk cincin yang tertulis 'Muhammad', 'Rasul', 'Allah' dalam 3 baris.
โ Cincin ini juga dikatakan telah digunakan oleh khalifah yang pertama dan seterusnya untuk menandatangani surat rasmi
KUMPULAN 4