Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kebudayaan Melayu - Coggle Diagram
Kebudayaan Melayu
Konsep Budaya Melayu
- Cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu budhi dan daya. Budhi bermaksud kecergasan akal dan fikiran. Daya bermaksud kekuatan, kuasa, tenaga dan pengaruh. Oleh hal yhang demikian, budaya bermaksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa. (Nik Safiah Karim)
- Culture berasal dari perkataan Latin calore yang bermaksud kehidupan manusia yang sentiasa memelihara dan mengerjakan pelbagai tindakan yang boleh mengahasilkan tindakan budaya
Proses-proses budaya
Akulturasi
satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu duhadapkan dengan unsur daripada suatu kebudayaan asing. Kebudayaan asing diterima secara beransur-ansur diterima dan diolah tanpa menyebabkan hilangnya unsur kebudayaan kelompok tersebut.
Asimilasi
satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
Akomodasi
merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.
Konsep Masyarakat Melayu
Merupakan suatu kelompok manusia yang hidup dan bekerjasama sehingga mereka dapat mengorientasi dirinya dan berfikir mengenai dirinya sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu
Bidang Kebudayaan Melayu
Sudut politik
dilihat dari aspek pemerintahan dan pentadbiran negara. Pemerintahan dapat didefinisikan sebagai institusi yang menggubal dasar dan peraturan serta melaksanakan keputusan-keputusan dengan kepentingan awam.
Sudut Sosial
Kepercayaan ialah komponen penting dalam mencorakkan kebudayaan. Setiap budaya memberikan jawapan kepada persoalan tentang kewujudan manusia, makna dan tujuan hidup dan jawapan tersebut dinyatakan melalui agama, falsafah dan kepercayaan.
Sudut Ekonomi
Ekonomi merupakan bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang cara manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad iaitu tanah, buruh, modal dan usahawan. Dua sistem ekonomi yang terdapat di Malaysia iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi Islam.
Manusia tidak dapat hidup bersendirian kerana hidup bermasyarakat merupakan fitrah semula jadi manusia