Kanak-kanak akan mencuba bermain pelbagai aktiviti yang berada di sekeliling mereka. Seperti yang kita tahu aktiviti fizikal ini dirancang oleh pendidik untuk kanak-kanak tetapi ia tetap menyeronokkan mereka. Tetapi bagi kanak-kanak, apabila mereka melaksanakan aktiviti fizikal tersebut, setiap kanak-kanak mempunyai perasaan yang berbeza,terkadang mereka berasa gembira,penat, bosan dan sebagainya. Oleh yang demikian, melalui aktiviti tersebut mereka dapat mengalami pelbagai emosi pada masa yang sama.