Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FAKTOR PENDIDIKAN DALAM MASALAH KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA - Coggle Diagram
FAKTOR PENDIDIKAN DALAM MASALAH KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA
PENDIDIKAN SEKSUALITI
Contoh: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dan Modul Cakna Diri, LPPKN
memberi pendedahan mengenai kesan buruk seks luar nikah
Meremehkan pendidikan ini, mengundang bahaya seperti sukar membentuk akhlak anak, selain tidak mengetahui cara menyeimbangkan jiwa dan kehendak naluri seks serta bagaimana membebaskan diri daripada pengaruh nafsu seksual yang meluap-luap.
Pendidikan seksual Islam boleh diterapkan antaranya dalam hal ibadat seperti kepentingan menjaga kebersihan alat kelamin, najis dan hadas.
PENDIDIKAN AGAMA
Konsep Pendidikan Menurut Imam Al-Ghazali
Pendidikan itu sebagai “mengeluarkan perangai buruk yang ada pada manusia dan menyemaikan perangai dan sifat yang baik.
“Dari sini kita dapat melihat bahawa pendidikan itu bersifat dalaman dengan tujuan untuk melahirkan insan yang sempurna dan berakhlak mulia.
Ianya juga bertujuan untuk menghasilkan perubahan positif kepada pembentukan pemikiran dan tindakan seseorang individu
Dalil
Sabda Rasulullah : “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling bagus akhlaknya”. (HR. Muslim)
“Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai berbudi pekerti (akhlak) yang amat mulia.” [Surah Al-Qalam:4]
"Sesungguhnya aku diutuskan hanya semata-mata untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." [Hadis riwayat Imam Malik]
Hubungan Akhlak dengan Akidah
Dasar pendidikan akhlak bagi seorang muslim adalah aqidah yang benar
Dengan akhlak yang baik seseorang akan bisa memperkuat aqidah
Akidah tanpa akhlak adalah seumpama sebatang pohon yang tidak dapat dijadikan tempat berlindung di saat kepanasan dan tidak pula ada buahnya yang dapat dipetik.
Sebaliknya akhlak tanpa aqidah hanya merupakan layang-layang bagi benda yang tidak tetap, yang selalu bergerak.
Oleh karena itu Islam memberikan perhatian yang serius terhadap pendidikan akhlak. Rasulullah SAW menegaskan bahwa kesempurnaan iman seseorang terletak pada kesempurnaan dan kebaikan akhlaknya
Hubungan Ibadah dengan Akhlak
Ibadah : Istilah : Taat, tunduk, patuh kepada Allah (Pengabdian sepenuhnya kepada allah) Tujuan dari ibadah itu bukanlah hanya sekedar menyembah, tetapi taqarub kepada allah, agar dengan demikian roh manusia sentiasa diingatkan kepada hal-hal yang bersih dan suci.
Akhlak dan ibadah sangat berkait antara satu sama lain. Jika ibadah dapat dilaksanakan dengan sempurna, maka dapat menghasilkan akhlak yang baik.
Menjaga solat, solat yang ditunaikan dengan khusyu’ dan penuh tawadhu’ pasti menghalang diri seseorang dari melakukan perkara-perkara mungkar. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji (fashya’) dan mungkar.” [Surah Al Ankabut:45]
PENDIDIKAN IBUBAPA
Ibu yang mengandung disarankan agar sentiasa membaca surah-surah Al-Quran dan doa-doa yang ma’thur daripada Rasulullah SAW sepanjang tempoh kehamilan
Ketika dilahirkan anak-anak ini diazan dan diqamatkan agar kalimah yang mulia dan agung yang mula-mula diperdengarkan ditelingannya
Menggunakan metodologi Islam dalam membesarkan anak-anak. Misalnya, sebagaimana hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Perintahkan anak-anak kamu menunaikan sembahyang, apabila mereka telah mencapai usia tujuh tahun. Bila telah mencapai usia sepuluh tahun belum juga mahu menunaikan sembahyang, bolehlah dipukul (dalam batas-batas sebagai tindakan mendidik) dan pisahkan tempat tidur mereka.” [Diriwayatkan oleh Abu Dawud]
Pengasingan tempat tidur diantara ibubapa dengan anak hendaklah dilaksanakan selewat-lewatnya usia si anak mencapai 10 tahun dan juga diasingkan tempat tidur mereka yang berlainan jantina. Ini merupakan disiplin membentuk akhlak dalam pergaulan di antara lelaki dan perempuan, dewasa dan kanak-kanak.