Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kesan Penambahbaikan Peruntukan Masa Dalam Semakan KSPK 2017 Dari Aspek…
Kesan Penambahbaikan Peruntukan Masa Dalam Semakan KSPK 2017 Dari Aspek JERIS
J
JASMANI
Membolehkan kanak-kanak meneroka pelbagai pergerakan
Dalam masa main bebas, kanak-kanak dapat mengetahui pelbagai pergerakan seperti pergerakan lokomotor (berubah kedudukan) dan bukan lokomotor (kekal ataupun tetap)
Membolehkan kanak-kanak melakukan pelbagai aktiviti fizikal
Kerana peruntukan masa yang lebih lama berbanding KSPK 2010 iaitu 120 minit seminggu, seperti kanak-kanak diberikan peluang untuk melakukan aktiviti fizikal yang melibatkan pergerakan otot dan main bebas
Dapat mengenali diri sendiri dan mengamalkan keselamatan diri
Ketika bermain bebas, kanak-kanak dapat mengenali dirinya sebaik mungkin dan dapat mencungkil bakat yang terpendam dalam diri mereka serta kanak-kanak juga turut diberikan pendedahan tentang keselamatan diri oleh pendidik sebelum bermain
Dapat meningkatkan kecergasan badan, ketangkasan dan koordinasi badan kanak-kanak
Kerana melalui masa fizikal mahupun main bebas kanak-kanak akan banyak menggerakkan motor kasar dan motor halus mereka seperti bermain bola ataupun berlari
R
ROHANI
Dapat memupuk sikap berdikari dalam diri kanak-kanak
Dalam masa main bebas yang diperuntukan, secara tidak langsung kanak-kanak akan belajar untuk berfikir sendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan dapat belajar untuk menghiburkan diri mereka sendiri juga
Membolehkan kanak-kanak berkongsi dan bekerjasama dengan orang lain
Kerana dengan adanya peruntukan masa untuk main bebas membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti bersama rakan seperti secara berkumpulan ataupun berpasangan, jadi melalui aktiviti tersebut mereka akan belajar cara untuk berkongsi alat permainan atau bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti
Dapat memupuk sikap kepimpinan dalam diri kanak-kanak
Kerana dengan adanya peruntukan masa main bebas memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk menentukan sendiri peraturan dan peranan mereka semasa bermain dengan bebas
Membolehkan kanak-kanak mempelajari, kepercayaan, nilai dan adat
Kerana melalui peruntukan masa main bebas membolehkan kanak-kanak bergaul dengan rakan-rakannya yang berlainan bangsa
E
EMOSI
Kanak-kanak dapat belajar menguruskan emosi mereka
Ketika bermain bebas. kemungkinan kanak-kanak akan bermain permainan yang mencabar seperti memanjat pokok ataupun bergayut, jadi sedikit sebanyak ia akan menimbulkan rasat gayat atau takut tetapi ketika ini kanak-kanak akan belajar untuk mengenalpasti perasaan tersebut dan cara mengatasinya
Membolehkan kanak-kanak menikmati kegembiraan
Kerana dengan adanya peruntukan masa untuk main bebas ini memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan aktiviti mereka sendiri secara bebas
Kanak-kanak diberikan peluang untuk meluahkan idea, perasaan dan emosi
Seperti yang dikatakan, ketika bermain bebaslah kanak-kanak berpeluang untuk meluahkan dan mencipta ideanya sendiri berdasarkan perasaan dan emosinya ketika itu
Membolehkan kanak-kanak belajar jenis-jenis emosi dalam kehidupannya
Kerana melalui masa main bebas itu, kanak-kanak mesti akan bermain peranan seperti main pondok-pondok ataupun main masak-masak, jadi melalui permainan itulah kanak-kanak akan belajar bagaimana emosi sedih, gembira, marah dan sebagainya
S
SOSIAL
Kanak-kanak dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian diri untuk bersosial dengan orang lain
Melalui peruntukan masa main bebas ini, kanak-kanak berpeluang untuk melakukan aktiviti yang dapat meningkatkan keyakinan mereka supaya tidak berasa malu ataupun takut untuk berhadapan dengan orang lain seperti bermain peranan bersama-sama
Membolehkan kanak-kanak belajar cara untuk berinteraksi dan berunding dengan berkesan
Kerana dengan adanya peruntukan masa main bebas, kanak-kanak akan diberikan kebebasan untuk bermain bersama-sama dengan rakan mereka, jadi mereka berpeluang untuk berinteraksi dengan bebas antara satu sama lain
Membolehkan kanak-kanak berlatih kemahiran komunikasi verbal dan non verbal
Kerana ketika masa main bebas, apabila mereka cuba menetukan peranan dalam sesuatu permainan ataupun mahu menyertai permainan yang sedang berlangsung
Menggalakkan perkembangan bahasa kanak-kanak
Kerana melalui peruntukan masa main bebas tersebut memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar laras bahasa yang sesuai, meningkatkan perbendaharaan kata dan mempelajari perkataan baru hasil daripada pergaulan antara rakan sepermainan mereka serta cara penggunaan isyarat bahasa ketika bermain
I
INTELEK
Dapat meningkatkan sifat inkuiri ataupun sifat ingin tahu dalam diri kanak-kanak
Semasa kanak-kanak bermain bebas itu, ini memberikan peluang kepada mereka untuk meneroka persekitaran di sekeliling jadi melalui itu membolehkan mereka belajar punca dan kesan sesuatu perkara itu
Kanak-kanak boleh belajar untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah
Dalam main bebas, otak kanak-kanak akan dirangsang untuk berfungsi dengan baik dalam menyelesaikan suatu persoalan atau permasalahan seperti kanak-kanak bermain Lego secara tidak langsung otaknya akan berfikir blok manakah yang sesuai untuk melengkapkan sesuatu binaan Lego itu
Dapat meningkatkan kemahiran imaginatif kanak-kanak
Melalui main bebas, kanak-kanak akan bermain bersama-sama maka secara tidak langsung ia merangsang imaginasi kanak-kanak dalam sesuatu permainan itu
Dapat merangsang kreativiti dan penghasilan idea unik kanak-kanak
Dalam masa main bebas, kanak-kanak akan bermain secara bebas untuk mencipta apa sahaja yang mereka fikirkan