Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KESAN PENAMBAHBAIKAN DARI SEGI PERUNTUKAN MASA YANG DILAKUKAN DALAM…
KESAN PENAMBAHBAIKAN DARI SEGI PERUNTUKAN MASA YANG DILAKUKAN DALAM SEMAKAN KSPK 2017 BERDASARKAN ASPEK (JERIS)
Jasmani
1, Melakukan aktiviti fizikal
Kesan daripada aktiviti yang dilakukan, kanak- kanak sepenuhnya dapat memanipulasi anggota fizikal badan dengan melakukan pergerakan anggota badan seperti melompat, menangkap,dan berlari
- Kemahiran motor halus dan motor kasar.
Dengan melakukan aktiviti fizikal kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran motor halus dalam penggunaan anggota badan seperti tangan dan kaki. Selain itu, meningkatkan kemahiran motor kasar melalui pergerakan tubuh badan seperti meniarap, berguling dan merangkak.
- Kecerdasan fizikal
dan mental murid
Aktiviti fizikal dapat melahirkan tubuh badan kanak-kanak yang sihat dan mental yang cerdas. Hal ini membolehkan kanak-kanak menjadi bersemangat dan ceria untuk belajar.
Kanak-kanak dapat mengembangkan bakat dan potensi mereka melalui aktiviti jasmani yang telah dilakukan. Oleh itu, sejak prasekolah lagi, kanak-kanak didedahkan dengan aktiviti fizikal yang dapat mengembangkan bakat dan potensi mereka.
Emosi
- Menghormati perasaan orang lain
Hubungan di kalangan kanak kanak menghasilkan perasaan empati Kanak kanak juga belajar untuk memahami perasaan orang lain dan akan bersikap lebih prihatin serta bersifat terbuka terhadap orang sekeliling. Kemahiran empati menjadikan kanak-kanak lebih bersedia untuk berinteraksi sosial dengan cara yang lebih harmoni.
Kanak-kanak mempelajari untuk mengawal emosi mereka. Kematangan emosi di kalangan kanak-kanak berlaku apabila mereka dapat mengawal emosi dalam apa jua keadaan. Contohnya, kanak-kanak akan mengakui kesilapan dan belajar untuk memperbaiki kesilapan daripada berulang. Mereka berani untuk meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan.
Selama proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak mula belajar menyelesaikan masalah secara kendiri dan berdikari. Kanak-kanak boleh menyelesaikan masalah tanpa bergantung kepada orang lain
- Meluahkan perasaan dan pendapat
Daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, pendidik memberi peluang untuk kanak-kanak menyuarakan pendapat. Selain itu ,secara tidak langsung kanak kanak juga dapat meluahkan perasaan mereka seperti gembira melalui aktiviti pembelajaran yang menarik.
Rohani
Mengamalkan nilai Islam dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya, dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid-murid akan memberi salam dan berdoa bersama- sama untuk memulakan sesi pembelajaran. Kanak kanak yang telah berkembang rohaninya akan mula mengenali hukum dan peraturan yang ditentukan oleh Tuhan dan cuba menurutinya.
- Bersifat terbuka dan rendah diri
Kerohanian yang dipupuk terhadap Kanak kanak membolehkan mereka bersifat terbuka dan lebih berkeyakinan diri dalam aktiviti yang dilakukan. Mereka juga belajar menerima pendapat orang lain untuk membuat keputusan.
- Membentukkan kepribadian dan sahsiah diri
Pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan kepada kanak-kanak dapat membentuk tingkah laku murid kepada yang lebih baik dan menerapkan nilai murni kerohanian terhadap mereka.
Contohnya, sifat kasih sayang, hormat menghormati dan toleransi
Pendidik menerapkan amalan nilai murni kepada kanak-kanak. Sebagai contoh, pendidik mengalakkan sikap tolong menolong antara satu sama lain kalangan kanak kanak. Penerapan amalan nilai murni dan sikap moral kepada kanak-kanak adalah usaha mendidik mereka supaya menjadi insan yang berakhlak mulia dan bersahsiah tinggi.
Intelek
- Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
Aktiviti-aktiviti yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, aktiviti teka teki dan penyelesaian masalah.
Pendidik membimbing kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif dan kritis supaya murid-murid dapat merumus dan menghasilkan idea-idea yang bernas.Kanak-kanak mampu mengingatkan keupayaan mereka untuk fokus dalam mengingati maklumat
- Memahami dan menganalisis
Kanak kanak dapat memahami sesuatu aktiviti melalui kaedah penyelesaian masalah . Mereka mampu menganalisis maklumat yang diperolehi dari pendidik dan berjaya menyelesaikan sesuatu masalah.
- Meningkatkan daya imaginasi dan kreatif
Kanak-kanak dapat meningkatkan daya imaginasi dan kreatif mereka melalui aktiviti bercerita dan melukis.
Sosial
- Meningkatkan kemahiran bersosial
Kanak-kanak dapat mempelajari kemahiran sosial melalui aktiviti seperti aktiviti berkumpulan. Melalui aktiviti ini juga mereka akan berkomunikasi antara satu sama lain dan dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka.
- Membentuk perhubungan yang positif
Perhubungan yang seimbang dengan rakan sebaya dan pendidik. Pergaulan kanak-kanak akan memupuk keterampilan diri dan keyakinan diri di kalangan mereka. Hal ini kerana kanak-kanak telah diberi pendedahan awal untuk bergaul dengan persekitaran luar.
- Melaksanakan tugasan secara berkumpulan
Setiap tugasan yang dilakukan secara berkumpulan dapat memupuk sikap toleransi antara satu sama lain. Melalui aktiviti berkumpulan juga, mereka akan mewujudkan sikap bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu aktiviti.
Aktiviti sosial dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak untuk bergaul antara satu sama lain. Selain itu, menunjukkan Interaksi yang berkesan dan hubungan sosial yang baik di kalangan mereka