Bermain meningkatkan kreativiti dan kebolehan menyelesaikan masalah dalam diri kanak - kanak tersebut seperti membina istana pasir di tepi pantai atau membina bangunan menggunakan lego . Kanak- kanak meneroka dunia menerusi aktiviti bermain, dan bermain di luar membolehkan mereka meneroka, mencipta dan mengubah cara bermain. Biarkan anak anda bermain tanpa struktur di mana dia boleh menetapkan peraturan. Dalam kata lain, biarkan mereka menjadi kanak-kanak dan lupakan sebentar tentang tahap perkembangan atau memenuhi standard dan jangkaan. Melalui permainan, permaianan dam , puzzle , nyanyian , main peranan , simulasi dan congkak akan membantu dalam mengembangkan kemahiran matematik dan sains serta berfikir secara logik dan kreatif .