Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kesan Penambahbaikan Peruntukkan Masa Aktiviti Luar (KSPK 2017) - Coggle…
Kesan Penambahbaikan Peruntukkan Masa Aktiviti Luar (KSPK 2017)
JASMANI
Meningkatkan ketangkasan kanak-kanak
Aktiviti fizikal yang diadakan di prasekolah secara terancang dapat meningkatkan ketangkasan kanak-kanak.
Sebagai contoh, kanak-kanak yang melibatkan diri dalam sukan dan aktiviti fizikal dapat meningkatkan ketangkasan kanak-kanak kerana aktivtiti seperti lompat katak atau lari pecut dapat melatih pecutan, kelajuan, dan imbangan yang dirangkumi ketangkasan.
Mengembang tahap koordinasi kanak-kanak
Aktiviti fizikal yang dirancang oleh guru dapat mengembangkan tahap koordinasi kanak-kanak
Sebagai contoh, aktiviti seperti lompat tinting boleh mempertingkatkan koordinasi kanak-kanak kerana lompat tinting memerlukan koordinasi mata dan badan kanak-kanak untuk lompat dalam petak yang betul.
Membina kecergasan badan kanak-kanak
Aktiviti fizikal yang dijalankan dapat menguatkan otot-otot dan menyihatkan badan kanak-kanak dan kanak-kanak akan menjadi lebih cergas.
Sebagai contoh, aktiviti seperti lari setempat atau lompat bintang dapat meningkatkankecergasan kanak-kanak.
Meningkatkan kemahiran psikomotor
Kemahiran psikomotor seperti motor kasar dan juga motor halus kanak-kanak dapat dilatih apabila mereka melakukan aktiviti luar seperti main bebas dan aktiviti fizikal.
Sebagai contoh, aktiviti fizikal seperti tarian berirama dapat meningkatkan motor kasar kanak-kanak yang melibatkan otot-otot besar seperti seluruh kaki dan seluruh lengan.
EMOSI
pengurusan emosi dengan lebih baik dan rasional
Kematangan emosi dapat dicapai oleh kanak-kanak kerana kesihatan mental dapat ditingkatkan apabila kesihatan badan juga dijaga.
Sebagai contoh, aktiviti fizikal seperti senamrobik dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan sekali gus kan menyihatkan kesihatan mental dan mengurangkan tantrum dan emosi negatif dalam diri kanak-kanak
melahirkan motivasi dalaman
Kanak-kanak akan berasa semangat untuk mencapai atau berjaya dalam sesuatu matlamat mereka sendiri apabila peruntukkan masa untuk aktiviti luar ditambah kerana mereka akan mendapat suatu motivasi dalam diri untuk menang dalam sesuatu permainan.
Sebagai contoh, permainan seperti bola sepak akan membuat kanak-kanak berasa semangat untuk menjaringkan gol dan menangkan pertandingan untuk seluruh ahli pasukan mereka.
Meningkatkan kesedaran diri
Apabila banyak melakukan aktiviti luar kanak-kanak bekeupayaan mengenali emosi diri, kekuatan, kelemahan, penilaian, dan matlamat.
Sebagai contoh, aktiviti fizikal seperti bersukan melibatkan kemahiran yang tertentu yang dapat menunjuk kelebihan atau kekurang kanak-kanak dalam sesuatu perkara.
Membuat kanak-kanak berasa lebih gembira
Peruntukkan masa untuk aktiviti luar seperti main bebas yang lebih dapat membuat kanak-kanak berasa seronok dan gembira apabila berada di sekolah.
Sebagai contoh, main bebas yang diadakan di tadika seperti bermain di taman permainan dapat memberi keseronokkan pada kanak-kanak dan membuat mereka senang apabila hendak pergi dan berada di sekolah
ROHANI
Mengamalkan sikap sopan dalam pertuturan dan tingkah laku
Aktiviti luar bersama kanak-kanak yang lain dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melatih diri mereka untuk sentiasa bersikap sopan apabila bertutur dan juga menjaga perangai dan tingkah laku mereka.
Sebagai contoh, aktiviti fizikal yang diadakan secara beramai akan memberi peluang untuk kanak-kanak untuk menjaga tingkah laku mereka apabila berhadapan dengan orang lain
Mengajar kanak-kanak sikap adil dalam pergaulan
permainan yang melibatkan peraturan dan secara pasukan akan mengajar kanak-kanak untuk bersikap adil dalam pergaulan bersama rakan-rakan.
Sebagai contoh, setiap permainan atau sukan yang mempunyai peraturan, kanak-kanak perlu sentiasa bersikap adil agar aktiviti berjalan lancar dan untuk memastikan keadaan sentiasa terkawal.
memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain
Main bebas antara kanak-kanak dapat memupuk sikap saling menghormati rakan sebaya dan juga guru-guru
Sebagai contoh, main bebas yang diadakan di prasekolah sepeti aktiviti yang melibatkan secara berkumpulan dapat melatih kanak-kanak untuk sentiasa menghormati orang lain.
bertindak berdasarkan empati dan simpati terhadap diri dan orang lain.
Dalam aktiviti luar seperti main bebas, kanak-kanak perlu berkongsi alatan dan tempat bermain bersama kanak-kanak lain oleh itu mereka akan belajar untuk bersikap simpati dan empati orang lain.
Sebagai contoh, apabila kanak-kanak bermain di taman permainan, kebiasaannya hanya ada satu gelongsor untuk mereka bermain oleh itu kanak-kanak perlu berkongsi dan bergilir dengan kanak-kanak yang lain.
INTELEK
Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah
main bebas yang kanak-kanak dapat dilakukan oleh kanak-kanak boleh melatih kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah.
Sebagai contoh, permainan yang memerlukan sesuatu strategi atau kemahiran melatih kanak-kanak dalam kemahiran penyelesaian masalah
kanak-kanak akan lebih memahami dunia persekitatan
Aktiviti luar memberi peluang kanak-kanak untuk meneroka dan mempelajari dunia persekitaran disekeliling mereka.
Sebagai contoh, kanak-kanak akan diberi peluang untuk berada di luar mendapat udara segar dan cahaya matahari dan mereka juga akan dapat menerokai alam semula jadi seperti tanaman yang ada di sekolah.
Meningkatkan kekuatan daya fikiran kanak-kanak
Apabila badan kanak-kanak melakukan aktiviti fizikal mereka akan menjadi cergas dan juga otak kanak-kanak akan menjadi cerdas.
Sebagai contoh, aktiviti fizikal yang dilakukan oleh kanak-kanak seperti senaman ringan akan membuat otak merek cerdas dan sekali gus menguatkan daya fikiran mereka.
membuat kanak-kanak berfikiran lebih kreatif
Mainan bebas dapat melatih kanak-kanak untuk berfikiran lebih kreatif kerana kanak-kanak yang akan merancang sendiri aktiviti apa yang mereka ingin lakukan pada hari itu.
Sebagai contoh, ketika aktiviti luar dijalankan di sekolah, kanak-kanak akan sendiri merancang permainan apa yang mereka ingin lakukan apabila guru mengadakan sesi main bebas.
SOSIAL
terjalin interaksi yang baik dalam kalangan kanak-kanak dan guru
Guru yang akan menjadi fasilitator atau pembimbing ketika aktiviti luar akan bergaul dengan kanak-kanak dan hal ini akan menjalinkan interaksi yang baik antara guru dan kanak-kanak.
Sebagai contoh, apabila main bebas dijlalankan, guru akan bermain bersama kanak-kanak dan kanak-kanak akan lebih mesra dengan guru mereka. Hal ini akan membuat kanak-kanak senang dengan guru dan memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran apabila dalam bilik darjah.
Meningkatkan keyakinan diri dan keberanian dalam diri kanak-kanak
Apabila aktiviti luar dijalankan, kanak-kanak akan dapat bergaul dengan rakan lain dan kanak-kanak akan menjadi lebih yakin diri untuk berinteraksi dengan orang lain dan juga berani untuk menyertai permainan dengan kanak-kanak lain.
Sebagai contoh, permainan yang dirancang secara berkelompok seperti main anak ayam dan sebagainya memberi peluang untuk kanak-kanak bergaul dengan kanak-kanak dan membantu mereka yang kurang yakin dengan diri untuk menonjolkan diri mereka.
meningkatkan keupayaan membina dan mengendalikan hubungan
Aktiviti luar memberi peluang untuk kanak-kanak membina hubungan dengan kanak-kanak lain dan melatih diri mereka untuk membuat rakan baharu.
Sebagai contoh, main bebas memberi ruang untuk kanak-kanak merapatkan silaturahim dengan rakan mereka kerana mereka dapat bermain bersama.
Melatih kanak-kanak untuk bekerjasama dalam kumpulan
Aktiviti luar membolehkan kanak-kanak melatih diri untuk bekerjasama dalam kumpulan apabila melakukan aktiviti bersama-sama rakan yang lain.
Sebagai contoh, semangat pasukan dapat dijalinkan apabila kanak-kanak dapat melakukan aktiviti secara berkumpuln dan bekerjasama dengan kanak-kanak yang lain seperti bermain sukan seperti bola keranjang.