Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KESAN PENAMBAHBAIKAN DARI SEGI PERUNTUKKAN MASA - Coggle Diagram
KESAN PENAMBAHBAIKAN DARI SEGI PERUNTUKKAN MASA
ROHANI
Kanak-kanak boleh bekerjasama
Semasa aktiviti dijalankan kanak-kanak dapat belajar untuk berkongsi mainan dan bekerjasama melakukan susunan mainan
Kanak-kanak akan menghargai masa
Kanak-kanak akan menentukan masa semasa bermain dengan masa yang ditetapkan
Kanak-kanak belajar untuk bedikari
Kanak-kanak akan pandai untuk membawa diri untuk melakukan sesuatu atau menyelesaikan masalah
Menimbulkan kepercayaan terhadap nilai dan adat
Kanak-kanak bergaul dengan rakan yang berlainan agama dan bangsa mengikut masa yang sudah ditetapkan
INTELEK
Membina kreativiti dalam diri kanak-kanak
Kanak-kanak mencipta sesuatu semasa bermain melalui perkara yang difikirkan ketika itu seperti membina sesuatu dalam bermain lego.
Kanak-kanak belajar untuk menyelesaikan masalah
Kanak-kanak akan mula berfikir untuk menyelesaikan sesuatu sewaktu bermain puzzle yang dimana perlu untuk selesaikan puzzle tersebut sehingga terhasilnya satu gambar yang cantik
Meningkatkan sifat ingin tahu terhadap kanak-kanak
Kanak-kanak berpeluang meneroka alam sekitar semasa diberi peluang untuk bermain seperti ingin tahu mengenali bunga dan daun
Kanak-kanak dapat meningkatkan daya berimaginasi
Kanak-kanak bersama-sama bermain permainan ultraman. Secara automatiknya imaginasi kanak-kanak akan teransang di dalam diri mereka.
SOSIAL
Meningkatkan perkembangan dari segi bahasa kanak-kanak
Dengan adanya peruntukkan masa tersebut dapat meningkatkan bahasa kanak-kanak dengan belajar bahasa laras yang sesuai. Kanak-kanak memperoleh perkataan baru melalui pergaulan bersama rakan serta memahami isyarat bahasa semasa bermain.
Kanak-kanak boleh berkomunikasi dengan orang lain
Kanak-kanak akan cuba menegur dengan kanak-kanak lain apabila ingin berkongsi mainan mahupun menyertai sesuatu permainan yang dilangsungkan. Secara automatiknya kanak-kanak dapat berinteraksi dengan baik.
Membina kepercayaan diri kanak-kanak
Kanak-kanak dapat membina kepercayaan diri semasa bermain secara bebas kerana bersama-sama bergaul dengan kanak-kanak lain. Perkara tersebut dapat mengurangkan sifat pemalu dalam diri kanak-kanak
Kanak-kanak dapat belajar untuk berkongsi dan berinteraksi antara satu sama lain
Kanak-kanak mula belajar untuk memahami orang lain dengan berkongsi mainan semasa aktiviti dijalankan. Perkara tersebut dapat mengubah kanak-kanak yang dimana hanya mementingkan diri sendiri apabila bermain seorang di rumah.
JASMANI
Kanak-kanak melakukan aktiviti secara fizikal
Kanak-kanak menjalani aktiviti bermain dengan menggunakan pergerakan otot dan main bebas
Kanak-kanak dapat mempelajari tentang pergerakan
Kanak-kanak dapat tahu pergerakan lokomotor (berubah kedudukan) dan bukan lokomotor (tetap)
Kanak-kanak memperoleh kecergasan secara automatiknya
Kanak-kanak melakukan aktiviti menggunakan motor kasar dan motor halus yang dapat membantu mencergaskan otak.
Kanak-kanak mengenal diri sendiri dan mengamalkan aspek keselamatan
Kanak-kanak mengenal diri sendiri dan dapat mengaplikasikan bakat yang terkandung dalam dirinya. Kanak-kanak akan berhati dengan peralatan yang tajam semasa bermain.
EMOSI
Kanak-kanak belajar tentang perasaan
Melalui bermain kanak-kanak dapat lihat emosi sedih, gembira dan marah. Apabila kanak-kanak yang sedang bermain dirampas oleh rakan lain perasaan marah akan timbul di dalam diri. Selain itu, semasa bermain kanak-kanak yang tidak menerima kekalahan akan berasa sedih dan menangis
Kanak-kanak berpeluang untuk memberikan idea melalui perasaan
Semasa bermain kanak-kanak memperoleh idea dan berpeluang untuk memberikan idea dalam mencipta sesuatu berdasarkan emosinya semasa aktiviti bermain dijalankan
Kanak-kanak menunjukkan riak wajah yang gembira
Lumrah kanak-kanak ialah bermain apabila didedahkan dengan perkara yang disukai seperti bermain secara bebas pasti perasaan gembira akan hadir di dalam diri kanak-kanak.
Kanak-kanak dapat mengawal perasaan
Semasa bermain kanak-kanak akan dibebaskan untuk melakukan aktiviti. Ketika bermain kanak-kanak terjatuh dan dia dapat mengawal perasaan tersebut dengan bangun sendiri dan menunjukkan dirinya kuat yang dimana sepatutnya dia akan menangis