Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DEFINISI KESANTUNAN BERBAHASA - Coggle Diagram
DEFINISI KESANTUNAN BERBAHASA
DEFINISI KESANTUNAN MENURUT AHLI AKADEMIK TEMPATAN
Menurut Awang Sariyan (2007) kesantunan merupakan penggunaan bahasa yang beradab, sopan dan baik sehingga mampu memberi sesuatu gambaran imej dan keperibadian seseorang seperti bersifat baik atau sebaliknya serta mampu menunjukkan penghormatan kepada individu yang menjadi teman bicara.
Menurut Zaitul Azma Zainon Hamzah (2012) mentakrifkan kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang halus dan santun yang dapat melambangkan nilai sosial dan budaya sesuatu masyarakat.
Noriati A. Rashid (2005) juga telah menyatakan menjaga air muka juga mampu membina kesantunan bagi mengekalkan hubungan. Radiah Yusof (2005) juga mempunyai pandangan yang sama iaitu kesantunan berfungsi sebagai medium bagi mengekalkan hubungan silaturahim.
TAKRIFAN KESANTUNAN MENURUT TOKOH BARAT
Menurut Hamka (2002) menyatakan bahawa kesantunan yang dimiliki oleh seseorang bukan bergantung kepada wajah dan pakaian yang dimiliki oleh seseorang melainkan adab dan ketinggian ilmu pengetahuan seseorang.
Sapir-Whorf (1921) turut mentakrifkan kesantunan bahasa seseorang dilihat melalui penggunaan bahasa yang digunakan dalam berkomunikasi malah dalam penulisan. Melalui bahasa yang digunakan mampu menentukan corak, gaya berbudaya dan dapat menunjukkan cara pemikiran seseorang.
Lakoff (1975) telah mendefinisikan kesantunan sebagai perbuatan yang mampu menghindari salah faham semasa berkomunikasi. Kesantunan boleh membantu proses interaksi berjalan dengan lancar dan tidak bermasalah.