Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT :, USAHA MENANGANI ANCAMAN…
ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT
:
KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS DI NEGARA KITA
i. KOMUNISME
Ideologi yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels
Perkataan Komunis bermaksud orang yang menganut fahaman komunis
Merupakan fahaman politik yang menjadikan ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara.
1. PENGARUH KOMUNIS DARI CHINA
Dibawa masuk melalui cawangan Parti Kuomintang (KMT) yang beribu pejabat di China.
Pada tahun 1927, perpecahan berlaku antara Parti KMC dengan PKC (Parti Komunis China)
keadaan ini mendorong Comintern (Communist International) mengarahkan penumbuhan parti baharu iaitu Parti Komunis Malaya (PKM)
2. PENGARUH KOMUNIS DARI INDONESIA
Pada tahun 1920, pemimpin komunis indonesia seperti Tan Malaka, Alimin dan Mocso menyebarkan fahaman komunis di Tanah Melayu (Seberang Perai, Pulau Pinang)
Kegagalan Partai Komunis Indonesia (PKI) menguasai Pulau Jawa menybebabkan mereka usaha untuk membuka cawangan di Tanah Melayu.
Namun, usaha mereka tidak dapat sambutan daripada orang Melayu kerana komunis guna kekerasan.
3. PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA
Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 30 April 1930.
PKM bergerak melalui kesatuan sekerja, pertubuhan, penerbitan akhbar dan sekolah Cina.
TIndakan PKM pada zaman pendudukan Jepun (1941 - 1945) :
i. Menjalinkan kerjasama dengan British dalam usaha memerangi Jepun
ii. Membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga pada tahun 1942
a) Kekosongan politik berlaku di Tanah Melayu selepas Jepun kalah disebabkan kelewatan British kembali ke Tanah Melayu.
b) Keadaan ini memberikan peluang kepada PKM untuk meluaskan pengaruhnya:
i. Bintang Tiga PKM melalui MPAJA keluar dari hutan dan melakukan kekacauan.
ii. Mereka melakukan kekejaman dan pembunuhan terhadap orang Melayu, Cina dan India yang didakwa pernah bersubahat dengan Jepun.
iii. Apabila BMA mengambil alih pentadbiran, MPAJA dibubarkan pada 1 Disember 1945.
iv. Menjelang bulan Disember 1947 hingga bulan Mei 1948, komunis berjaya menguasai 335 kesatuan sekerja dan menyusup dalam PKMM, MDU dan PUTERA-AMCJA
ii. PENGISYTIHARAN DARURAT
16 Jun 1948, komunis membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak, yang bernama Arthur Walker (pengurus ladang Ephil), John Allison (pengurus ladang Phin Soon), dan pembantunya Ian Cristian
Berikutan peristiwa tersebut, Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu mengisytiharkan darurat.
TINDAKAN KOMUNIS
MELUMPUHKAN EKONOMI
MEROSAKKAN INFRASTRUKTUR
MENGANCAM KESELAMATAN RAKYAT
MENGANCAM PASUKAN KESELAMATAN
USAHA MENANGANI ANCAMAN KOMUNIS
1. PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DARURAT
Mengenakan hukuman berat kepada sesiapa yang memberi bantuan kepada komunis
Mengetatkan undang-undang senjata api
Menggeledah rumah kediaman, memagar kampung, perintah berkurung dan wujudkan Kampung Baru.
Mengharamkan PKM dan parti politik berfahaman radikal
Menangkap pemimpin gerakan radikal seperti Ahmad Boestamam
Menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dengan komunis
2. PEMERKASAN PASUKAN KESELAMATAN
POLIS
CAWANGAN KHAS
SPECIAL CONSTABLES
POLIS HUTAN
POLIS WANITA
SENOI PRAAQ (URANG PERANG)
AUXILIARY POLICE
TENTERA
PASUKAN ASKAR MELAYU
PASUKAN ASKAR KOMANWEL
SARAWAK RANGERS
SUKARELAWAN
HOME GUARD
3. PENDAFTARAN KEBANGSAAN
DAN KAD PENGENALAN
Bagi mengawal pergerakan penduduk
Membezakan orang awan dengan komunis
4. RANCANGAN BRIGGS
Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney (1950)
Bagi memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen
5. SUASANA DI KAMPUNG BARU
Penduduk setinggan di pinggir hutan dipaksa berpindah dari kampung halaman ke petempatan baru yang agak asing.
Dilengkapi dengan pelbagai komoditi seperti bekalan elektrik, air paip, sekolah, kemudahan kesihatan, pusat komuniti dan rumah ibadat
Dipagari kawat berduri serta dikawal oleh Special Constables
6. TAWARAN PENGAMPUNAN
Sir Henry mengisytiharkan pengampunan kepada komunis supaya menyerah diri pada 6 Sep 1949.
Menggunakan teknik poster, siaran radio, risalah, iklan dan wayang gambar untuk membantu penduduk memujuk anggota komunis
7. KEMPEN BULAN RAKYAT MELAWAN PENJAHAT
Penduduk berbilang kaum diseru mendaftarkan diri secara sukarela dengan pihak berkuasa.
Menggalakan interaksi dan mengeratkan hubungan antara kaum
8. PERINTAH BERKURUNG
Merupakan tindakan melarang penduduk keluar dari rumah dalam tempoh tertentu
Membolehkan pasukan keleselamatan menjalankan operasi dengan lebih berkesan
Juga dikenekan kepada penduduk yang enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam membanteras ancaman komunis
9. PERANG SARAF
Rancangan yang dilaksanakan oleh British bagi menghapuskan komunis melalui usaha hati dan fikiran rakyat
Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada tahun 1952.
LANGKAH-LANGKAH DALAM PERANG SARAF
Mengadakan lawatan ke Kampung Baru dan Kampung Melayu
Melonggarkan syarat kewarganegaraan
Mengadakan PIlihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
Menawarkan hadiah wang tunai
Memenangi kepercayaan orang Asli
Memajukan perkhidmatan penerangan
Memperkenalkan kawasan hitam dan kawasan putih
10. RUNDINGAN BALING
Bagi menamatkan ancaman komunis dan mencapai kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman mengadakan pertemuan dengan pemimpin PKM di Sekolah Inggeris, Baling, Kedah pada 28 Disember 1955.
Tunku Abdul Rahman meminta Chin Peng membubarkan PKM, meletakkan senjata dan menyerah diri.
Chin Peng menetapkan syarat tersebut seandainya kerajaan mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah.
Tunku Abdul Rahman enggan menerima syarat tersebut, lalu rundingan gagal
KESAN ZAMAN DARURAT TERHADAP NEGARA KITA
ASPEK POLITIK
Peningkatan Jumlah Warganegara
Kerajaan melonggarkan syarat kewarganegaraan pada tahun 1952
Seramai lebih kurang 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu
Pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain bagi mewujudkan perpaduan rakyat
Penubuhan Malayan Chinese Association
Darurat mendorong Sir Henry Gurney mengambil langkah menawan hati penduduk Cina ke arah penubuhan parti politik berorientasikan tempatan
MCA membantu kerajaan dari segi kewangan dan menempatkan 500 ribu orang penduduk semula ke Kampung Baru
MCA menjalankan kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan
MCA berjaya mengumpulkan sejumlah $2.5 juta bagi memperbaik kehidupan penduduk Cina di Kampung Baru
Tan Cheng Lock membentuk Malayan Chinese Association (MCA) di Kuala Lumpur pada 27 Februari 1949
Mempercepat Kemerdekaan
Darurat menjadi faktor yang mendorong British bersedia untuk mempercepat kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) meningkatkan kesedaran politik dalam kalangan pemimpin kaum
Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955
British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu
ASPEK SOSIOEKONOMI
MENINGKATKAN KOS PERBELANJAAN
Darurat menjejaskan perkembangan ekonomi dan meningkatkan kos perbelanjaan pihak British untuk menangani ancaman komunis.
Kerajaan membelanjakan kos yang besar untuk menyelesaikan masalah penempatan semula penduduk di pinggir hutan.
MENYEBABKAN PENDERITAAN DAN KESENGSARAAN KEPADA RAKYAT
Kawasan ladang dan lombong menjadi sasaran serangan komunis serta menyebabkan kegiatan ekonomi terjejas
Pengeluaran tanaman padi dan makanan lain semakin berkurangan.
Harga barang makanan melambung tinggi
Para pengkhidmat ekonomi negara menjadi sasaran peras ugut komunis
-Penduduk menghadapi kesukaran untuk bergerak dan memperoleh bekalan makanan kerana terpaksa mematuhi pelbagai peraturan keras
MERENGGANGKAN HUBUNGAN KAUM
Rancangan penempatan semula Kampung Baru didominasi oleh kaum tertentu
Petempatan baharu yang dilengkapi pelbagai komoditi biasanya berkembang menjadi bandar baharu, manakala kaum Melayu hanya tertumpu di kampung yang serba kekurangan
Kawasan pasukan keselamatan yang ketat menyebabkan hubungan kaum lain terbatas.
JUMLAH KORBAN ZAMAN DARURAT
Darurat menyebabkan banyak anggota pasukan keselamatan, komunis dan orang awam terkorban
Juga menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan kepada penduduk Persekutuan Tanah Melayu.