Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 1: PENGENALAN SEJARAH - Coggle Diagram
BAB 1: PENGENALAN SEJARAH
PENGERTIAN SEJARAH
Maksud Sejarah:
Sejarah ialah peristiwa yang berlaku pada masa lalu. Peristiwa masa lalu yang berlaku dalam kehidupan sesebuah masyarakat atau negara akan dikaji oleh sejarawan Sejarawan merupakan ahli sejarah yang menyelidiki rekod-rekod lalu dan memuatkan dapatan kajian mereka seperti dalam bentuk buku, monograf atau makalah. Terdapat beberapa pengertian sejarah dari aspek bahasa seperti yang berikut:
Bahasa Melayu:
•Istilah sejarah berasal daripada perkataan Arab. "syajaratun" yang bererti pokok. Sejarah juga dikaitkan dengan salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul.
Kamus Dewan:
•Asal usul (keturunan), salasilah
•Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat dan tambo
•Kajian atau pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang telah lalu.
Bahasa Inggeris:
•History bererti cerita tentang seseorang. Perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani, historia yang bererti penyelidikan.
SUMBER SEJARAH
SUMBER SEKUNDER
•telah diolah dan diterbitkan
•bahan tersebar kepada umum
CONTOH
Buku, Akhbar, Majalah,
Jurnal, Ensiklopidea, Risalah
SUMBER PRIMER
•belum diolah atau diterbitkan
•bersifat asli
•belum ditafsir
CONTOH:
Fosil, Artifak, Bukan Artifak, Batu Bersurat, Surat peribadi
Keterangan lisan, Dokumen rasmi, Fail rasmi jambatan, Diari
PENGERTIAN SEJARAH
MENGIKUT PANDANGAN
SEJARAWAN
Herodotus:
"Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa".
Ibn Khaldun:
"Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu".
E.H. Carr:
"Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan
masa lampau
Khoo Kay Kim:
"Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah mendorong kita lebih memahami apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang. Sejarah ialah ibu kepada semua bidang
Muhd Yusof Ibrahim
"Sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sejarah juga merupakan catatan ataupun rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu".
MASA SILAM
DAN RUANG
DALAM SEJARAH
Masa silam merupakan remetan peristiwa yang telah berlaku. Masa silam dikaji berdasarkan urutan masa yang dinamakan kronologi. Kronologi juga merujuk kepada rentetan peristiwa yang berlaku secara teratur mengikut urutan masa dari awal hingga yang terakhir dan bergerak mengikut satu garisan lurus. Ruang masa ini dapat dibahagikan kepada dekad (10 tahun), abad (100 tahun), dan alaf (1000 tahun). Konsep masa juga boleh diukur mengikut zaman, seperti Sebelum Masihi (SM) dan Masihi (M) Zaman Masihi bermula dengan kelahiran Nabi Isa AS.
Ruang dalam sejarah yang luas mendorong sejarawan membahagikan penulisan mereka kepada tema tertentu, seperti politik, ekonomi dan sosial Hal ini bagi memudahkan sejarawan melakukan penyelidikan sebelum membuat penulisan sejarah. Dalam konteks sejarah Malaysia, ruang masa dibahagikan kepada beberapa tempoh masa. Contohnya, era Kesultanan Melayu Melaka, kemunculan kuasa-kuasa luar dan kemerdekaan negara.
PENYELIDIKAN DALAM SEJARAH
Kaedah Lisan
Kaedah lisan merupakan proses mendapatkan maklumat melalui temu bual. Tokoh yang dipilih untuk ditemu bual dikenali sebagai orang sumber. Orang sumber biasanya terdiri daripada mereka yang memberikan maklumat melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri. Apabila kita menghargai orang sumber bererti kita menghargai sejarah lisan negara kita.
Persediaan
Rakaman temu bual
Memproses rakaman
Kaedah Arkeologi
Kaedah arkeologi merupakan kaedah yang digunakan secara saintifik untuk mencari maklumat sejarah daripada bahan tinggalan sejarah Antara bahan tinggalan sejarah yang ditemukan melalui kaedah gali cari atau ekskavasi termasuklah fosil, tembikar, bahan logam dan binaan daripada batu.
Aktiviti cari gali di tapak penemuan
Kerja kerja di makmal arkeologi
Arkeologi bawah air
Kaedah Bertulis
Kaedah bertulis ialah kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang dipahat atau ditulis Di Asia Tenggara, tulisan tertua dikesan di dinding gua, dipahat pada batu, ditulis pada kulit kayu, gading dan daun lontar. Kaedah bertulis juga boleh dilihat pada catatan harian seseorang, fail kerajaan dan catatan pengembaraan. Proses kaedah bertulis adalah seperti yang di bawah:
Mengenal pasti sumber bagi
sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi
Mendapat dan mengesahkan
sumber yang diperoleh
Mengumpul dan menyimpan
sumber yang diperoleh
Menggunakan peralatan yang sesuai
(pengguna teknologi maklumat dan
komunikasi serta peralatan arkeologi).
Menganalisis
TAFSIRAN DALAM SEJARAH
Apakah Tafsiran dalam sejarah?
Tafsiran dalam sejarah bererti menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan dengannya.
Mengapakah wujud perbezaan tafsiran dalam sejarah?
Tafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah yang sama mungkin berbeza antara sejarawan Perbezaan wujud disebabkan:
•pemilihan sumber yang pelbagai
•perbezaan pandangan
•perbezaan ideologi
•tujuan penulisan
Walau bagaimanapun, pentafsiran dan penerangan yang objektif atau tepat menjadi matlamat utama seseorang sejarawan.
Apakah contoh tafsiran dalam sejarah?
Bagaimanakah kita mentafsir peristiwa penentangan Haji Mat Hasan bin Manas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut di Pasir Pdich, Kelantan? Pengkaji tempatan melihat faktor kebangkitan beliau disebabkan oleh penentangan peraturan cukai tanah dan hasil hutan yang diperkenalkan oleh pihak British dan membebankan orang ramai. Bagi pengkaji Barat pula, kebangkitan Tok Janggut ini dianggap sebagai pemberontakan
Apakah kepentingan tafsiran dalam sejarah?
Menggalakkan kita menggunakan pelbagai sumber dalam penulisan bagi menghasilkan kajian yang mempunyai bukti yang kukuh. Mengajak kita menilai sesuatu peristiwa yang sama tetapi dilihat dari sudin yang berbeza Mendorong kita berfikiran terbuka dan kritis dalam mengkaji sesuatu peristiwa dengan menggunakan pelbagai sumber sejarah.
KEPENTINGAN MEMPELAJARI
SEJARAH
Mengenal asal usul
Mengambil iktibar
Memupuk patriotsme
Mengukuhkan perpaduan
Membangunkan negara dan bangsa
Mengaplikasikan kemahiran pemikiran sejarah