Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Nyatakan kebaikan membuat penilaian kepada kanak-kanak prasekolah…
Nyatakan kebaikan membuat penilaian kepada kanak-kanak prasekolah berdasarkan JERIS
JASMANI
Kanak-kanak yan sihat dan cergas
. Tahap kecergasan perlu ditingkatkan melibatkan diri secara aktif dan selamat serta menyimpan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran.
Penglibatan kanak-kanak dalam pembelajaran melalui aktiviti.
Mereka diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan mental, membentuk perhubungan yang sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang membina dan selamat.
Kepentingan kesihatan fizikal
. Boleh mengembangkan bakat, manipulatif dan sosial.
Melakukan kemahiran motor asas dengan corak pergerakan yang sesuai dengan betul
. Dapat mengembangkan kecekapan semasa menggabungkan pergerakan motor.
ROHANI
Mendenda pelajar
. Ia bertujuan untuk mendidik agar lebih mempunyai kemantapan rohani. Ia juga untuk mendidik supaya lebih amanah terhadap sesuatu arahan atau tugasan yang diberikan.
Pemantapan unsur rohani secara lebih konsisten dan proaktif
. Masyarakat boleh membantu dengan menegur apabila melakukan kesalahan di tempat awam di samping dapat bekerjasama dengan ibu bapa dan guru agar menyedarkan tanggungjawab mereka.
Nilai murni.
Sebagai contoh guru mengajar beberapa nilai murni semasa sesi PdP. Jika nilai-nilai ini dapat disemat ke dalam diri kanak-kanak, mereka akan bersikap lebih kerohanian dari segi tingkah laku dan akhlak mereka.
Rohani yang menjurus kepada keagamaan
. Sebagai contoh memupuk dan membina disiplin kendiri dan membentuk akhlak mulia.
SOSIAL
Kanak-kanak belajar cara-cara berinteraksi dan bersosial bersama orang lain di luar daripada lingkungan ahli keluarga.
Hal ini memberi pendedahan sosial yang awal kepada kanak-kanak memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran di samping dapat menanam sifat berani dan berani ke hadapan.
cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka
. Thacker (1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja.
dilatih bersifat sabar dan mematuhi peraturan
. Kanak-kanak bergilir-gilir semasa bermain dengan alatan permainan yang terhad. Secara tidak langsung kanak-kanak ini belajar untuk menghormati perasaan dan hak orang lain.
berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan.
Kemahiran asas sosial yang dapat dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan.
EMOSI
Mempunyai emosi yang stabil dan matang.
Semasa menuntut ilmu pengetahuan, kanak-kanak memupuk perasaan kasih sayang serta mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.
Hubungan kecerdasan emosi kanak-kanak dengan pencapaian akademik.
Dianalisis berdasarkan 5 jenis dimensi kecerdasan emosi iaitu kesedaran diri, pengawalan emosi, motivasi, empati dan kemahiran interpersonal.
Meniru tingkahlaku emosi yang diperhatikannya pada orang lain dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu.
Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.
-
Mempunyai sifat empati
. Dianggap sebagai satu faktor dalam semua aspek tingkah laku, dan ia juga mempunyai kaitan dengan ekspresi emosi kanak-kanak.
INTELEK
Pintar dalam menyelesaikan persoalan dalam waktu yang lebih singkat.
Kanak-kanak memahaminya masalahnya lebih cepat dan cermat, serta mampu bertindak cepat.
Mempunyai kemampuan mental dalam menghuraikan sesuatu perkara
. Seseorang dapat menyelesaikan sesuatu masalah serta dapat menambah perkembangan intelek ataupun kognitif seperti tahap deria motor dan tahap praoperasional.
Teknologi maklumat menggalakkan pemikiran kritis
. Teknologi maklumat memudahkan pencarian maklumat serta dapat meningkatkan lagi produktviti negara apabila kanak-kanak diberi pendedahan awal mengenai teknologi maklumat.
Menguasai 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira
. Ianya merupakan perkara asas yang perlu diketahui oleh semua orang dan merupakan kunci kepada kejayaan dalam konteks intelek.