Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 1 : MENGENALI SEJARAH - Coggle Diagram
BAB 1 :
MENGENALI SEJARAH
PENGERTIAN SEJARAH
BAHASA MELAYU
Istilah sejarah berasal daripada perkataan Arab, "Syajaratun" yang bererti pokok. Sejarah juga dikaitkan dengan salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul
KAMUS DEWAN
Asal usul (keturunan), salasilah
Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau, kisah, riwayat dan tambo.
Kajian atau pengetahuan tantangperistiwa-peristiwa yang telah berlaku.
BAHASA INGGERIS
Sejarah ialah "
History
History
bererti cerita tentang seseorang. Perkataan ini berasal daripada bahasa
Yunani
,
historia
yang bererti penyelidikan.
HERODOTUS
" Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa. "
E.H CARR
" Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau. "
IBN KHALDUN
" Sejarah menceritakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu. "
KHOO KAY KIM
“ Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah mendorong kita lebih memahami apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping menjaminkesilapan yang sama tidak berulang. Sejarah ialah ibu kepada semua bidang.
MUHD YUSOF IBRAHIM
“Sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sejarah juga merupakan catatan ataupun rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu”.
TAFSIRAN DALAM SEJARAH
Tafsiran dalam sejarah bererti menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah berdasarkansumber-sumber yang berkaitan dengannya.
Tafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah yang sama mungkin berbeza antara sejarawan. Perbezaan wujub disebabkan :-
Pemilihan sumber yang berbagai.
Perbezaan pandangan.
Tujuan penulisan
KEPENTINGAN TAFSIRAN DALAM SEJARAH
Mengajak kita menilai sesuatu peristiwa yang sama tetapi dilihat dari sudut yang berbeza.
Mendorong kita berfikiran terbuka dan kritis dalam mengkaji sesuatu peristiwa dengan menggunakan pelbagai sumber sejarah.
Menggalakkan menggunakan pelbagai sumber dalam penulisan bagi menghasilkan kajian yang mempunyai bukti yang kukuh.
MASA SILAM DAN RUANG DALAM SEJARAH
MASA SILAM
Masa silam merupakan rentetan peristiwa yang telah berlaku.
Masa silam dikaji berdasarkan urutan masa yang dinamakan kronologi.
Kronologi juga merujuk kepada rentetan peristiwa yang berlaku secara teratur mengikut urutan masa dari awal hingga yang terakhir dan bergerak mengikut satu garisan lurus.
Ruang masa ini juga dapat dibahagikan kepada dekad (10 tahun), abad (100 tahun), dan alaf (1000 tahun). Konsep masa juga boleh diukur mengikut zaman, seperti Sebelum Masihi (SM) dan Masihi (M). Zaman Masihi bermula dengan kelahiran Nabi Isa AS.
RUANG
Ruang dalam sejarah yang luas mendorong sejarawan membahagikan penulisan mereka kepada tema tertentu, seperti politik, ekonomi dan sosial.
Hal ini bagi memudahkan sejarawan melakukan penyelidikan sebelum membuat penulisan sejarah.
Contohnya: Era Kesultanan Melayu Melaka, kemunculan
kuasa-kuasa luar dan kemerdekaan negara.
SUMBER SEJARAH
SUMBER PRIMER
Belum diolah atau diterbitkan.
Belum ditafsirkan.
Bersifat asli
Contoh :
Fosil
Artifak
Bukan artifak
Keterangan lisan
Batu bersurat
Dokumen rasmi
Fail rasmi jabatan
Manuskrip
Surat peribadi
Diari
SUMBER SEKUNDER
Telah diolah dan telah diterbitkan.
Bahan telah tersebar kepada umum.
Contoh :
Majalah
Jurnal
Akhbar
Ensiklopedia
Buku
Risalah
PENYELIDIKAN DALAM SEJARAH
KAEDAH LISAN
Kaedah lisan merupakan proses mendapatkan maklumat melalui temu bual.
Tokoh yang dipilih untuk ditemu bual dikenali sebagai orang sumber.
Orang Sumber biasanya terdiri daripada mereka yang memberikan maklumat melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri.
KAEDAH BERTULIS
Kaedah bertulis ialah kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang dipahat atau ditulis. Di Asia Tenggara, tulisan tertua dikesan di dinding gua, dipahat pada batu, ditulis pada kulit kayu, gading dan daun lontar.
Kaedah bertulis juga boleh dilihat pada catatan harian seseorang, fail kerajaan dan catatan pengembaraan.
KAEDAH ARKEOLOGI
Kaedah arkeologi merupakan kaedah yang digunakan secara saintifik untuk mencari maklumat sejarah daripada bahan tinggalan sejarah.
Antara bahan tinggalan sejarah yang ditemukan melalui kaedah gali cari atau ekskavasi termasuklah fosil, tembikar, bahan logam dan binaan daripada batu.
KEPENTINGAN MEMPELAJARI SEJARAH
MENGENAL ASAL USUL
Dengan mempelajari sejarah, kita akan dapat mengenal asal usul keluarga dan negara kita. Di samping itu, kita dapat memahami adat istiadat, tradisi dan budaya bangsa kita.
MENGAMBIL IKTIBAR
Sejarah Sejarah membawa pengajaran dan iktibar
daripada peristiwa lalu. Mereka yang tidak
mempelajari sejarah berkemungkinan akan
mengulangi kesilapan masa lalu.
MEMUPUK PATRIOTISME
Sejarah mengajar kita menghargai warisan negara untuk dihayati oleh generasi akan datang. Hal ini dapat menyemai rasa cinta
akan negara dan menaikkan semangat patriotik.
MENGUKUHKAN PERPADUAN
Pengetahuan sejarah amat penting kepada generasi kini dalam meneruskan kesinambungan hubungan harmoni antara kaum di negara kita. Sejarah juga mampu menjadi sumber kesedaran kepada masyarakat dalam menjaga dan meneruskan adat resam dan tradisi kita.
MEMBANGUNKAN NEGARA DAN BANGSA
Melalui sejarah kita dapat mengekalkan
kegemilangan yang dicapai oleh negara.Kita juga akan lebih memahami budaya dahulu dan budaya kini untuk dijadikan perbandingan bagi membangunkan negara dan bangsa pada masa akan datang.
MENGAPLIKASIKAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH
Melalui sejarah, pemikiran kritis dan analitis dapat ditingkatkan. Di samping itu, kita dapat membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa. Sejarah juga akan mendorong seseorang memahami peristiwa sejarah secara lebih empati.