Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 1 : MENGENALI SEJARAH, : - Coggle Diagram
BAB 1 : MENGENALI SEJARAH
PENGERTIAN SEJARAH
PENGERTIAN SEJARAH MENGIKUT PANDANGAN SEJARAWAN.
HERODUTUS
penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa
E.H CARR
suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta faktanya , suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau.
IBN KHALDUN
sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia , peradaban dunia dan perubahan berubahan yang berlaku pada sifat sifat masyarakat tersebut .
KHOO KAY KIM
sejarah merujuk kepada apa apa yang pernah atau sudah berlaku . sejarah mendorong kita lebih memahami apa apa yang berlaku pada masa kini , disamping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang . sejarah ialah ibu kepada semua bidang.
MUHD YUSOF IBRAHIM
sejararah ialah masa lalu itu sendiri . sejarah juga merupakan catatan ataupun rekod tentang masa lalu tentang peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu .
MASA SILAM DAN RUANG DALAM SEJARAH.
Masa silam merupakan rentetan peristiwa yang telah berlaku. masa silam dikaji berdasarkan urutan masa yang dinamakan kronologi . Kronologi juga merujuk kepada rentetan peristiwa yang berlaku secara teratur mengikut urutan masa dari awal hingga akhir dan bergerak mengikut satu garisan lurus . Ruang masa ini dapat dibahgikan kepada dekad (10 tahun) , abad (100 tahun) , dan alaf (1000 tahun) . Konsep masa juga boleh diukur mengikut zaman , seperti Sebelum Masihi (SM) dan masihi (M) . Zaman masihi bermula dengan kelahiran Nabi Isa AS.
DALAM BAHASA MELAYU
istilah sejarah berasal daripada perkataan arab , "syajaratun" yang bererti pokok. Sejarah juga dikaitkan dengan salasilah , riwayat , keturunan dan asal usul.
KAMUS DEWAN MENDEFINISIKAN
SEJARAH SEBAGAI :
Asal usul (keturunan) , salasilah .
*Peristiwa yang benar benar berlaku pada waktu
yang lampau , kisah , riwayat dan tambo.
Kajian atau pengetahuan tentang peristiwa peristiwa yang telah lalu.
Dalam bahasa Inggeris , sejarah ialah history :
History bererti cerita tentang seseorang . Perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani , historia yang bererti penyelidikan
SUMBER SEJARAH
SUMBER PRIMER
*Sumber ini belum diolah atau diterbitkan , bersifat asli dan belum ditafsir.
CONTOH : Fosil , Dokumen rasmi , Artifak , Manuskrip , Bukan artifak , Fail rasmi jabatan , Batu bersurat , Surat peribadi , keterangan lisan , Diari
SUMBER SEKUNDER *
Bahan yang telah diolah dan diterbitkan dan juga bahan yang sudah tersebar umum.
CONTOH :
*Buku , Jurnal , Akhbar , Ensiklopedia , Majalah , Risalah
: