Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 1 : MENGENALI SEJARAH - Coggle Diagram
BAB 1 : MENGENALI SEJARAH
PENGERTIAN SEJARAH
DALAM BAHASA MELAYU
Istilah sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu
syajaratun
yang bermaksud pohon atau pokok. Sejarah juga dikaitkan dengan salasilah, riwayat,keturunan dan asal usul.
DALAM BAHASA INGGERIS
SEJARAH IALAH HISTORY
History
bererti cerita tentang seseorang. Perkataan ini berasal daripada Yunani,
historia
yang bererti penyelidikan
KAMUS DEWAN
Asal usul (keturunan), salasilah.
Kajian atau pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang telah lalu
Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat dan tambo.
PENGERTIAN SEJARAH MENGIKUT PANDANGAN SEJARAWAN
IBN KHALDUN
Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia, tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.
KHOO KAY KIM
Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah mendorong kita lebih memahami apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang. Sejarah ialah ibu kepada semua bidang.
E.H. CARR
Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau.
MUHD YUSOF IBRAHIM
Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.
HERODOTUS
Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya.
MASA SILAM DAN RUANG DALAM SEJARAH
MASA SILAM
Masa silam merupakan rentetan peristiwa yang telah berlaku.
Masa silam dikaji berdasarkan urutan masa yang dinamakan kronologi.
Kronologi juga merujuk kepada rentetan peristiwa yang berlaku secara teratur mengikut urutan masa dari awal hingga yang terakhir dan bergerak mengikut satu garisan lurus.
Ruang masa ini dapat dibahagikan kepada dekad (10 tahun), abad (100 tahun), dan alaf (1000 tahun). Konsep masa juga boleh diukur mengikut zaman, seperti Sebelum Masihi (SM) dan Masihi (M). Zaman Masihi bermula dengan kelahiran Nabi Isa AS.
RUANG
Ruang dalam sejarah yang luas mendorong sejarawan membahagikan penulisan
mereka kepada tema tertentu, seperti politik, ekonomi dan sosial.
Hal ini bagi memudahkan sejarawan melakukan penyelidikan sebelum membuat penulisan sejarah
Dalam konteks sejarah Malaysia, ruang masa dibahagikan kepada
beberapa tempoh masa.
Contohnya, era Kesultanan Melayu Melaka, kemunculan kuasa-kuasa luar dan kemerdekaan negara.
SUMBER SEJARAH
SUMBER PRIMER:
Sumber ini belum diolah atau diterbitkan
Belum ditafsir
Bersifat asli
CONTOH:
Fosil
Artifak
Bukan artifak
Batu bersurat
Keterangan lisan
Dokumen rasmi
Manuskrip
Fail rasmi jabatan
Surat peribadi
Diari
SUMBER SEKUNDER
Bahan yang telah diolah dan diterbitkan
Bahan tersebar kepada umum
CONTOH:
Buku
Akhbar
Majalah
Jurnal
Ensiklopedia
Risalah
PENYELIDIKAN DALAM SEJARAH
KAEDAH LISAN
Kaedah lisan merupakan proses mendapatkan maklumat melalui temu bual. Tokoh yang dipilih untuk ditemu bual dikenali sebagai orang sumber. Orang sumber biasanya terdiri daripada mereka yang memberikan maklumat melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri.
KAEDAH ARKEOLOGI
Kaedah arkeologi merupakan kaedah yang digunakan secara saintifik untuk mencari maklumat sejarah daripada bahan tinggalan sejarah. Antara bahan tinggalan sejarah yang ditemukan melalui kaedah gali cari atau ekskavasi termasuklah fosil, tembikar, bahan logam dan binaan daripada batu
KAEDAH BERTULIS
Kaedah bertulis ialah kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang dipahat atau ditulis. Di Asia Tenggara, tulisan tertua dikesan di dinding gua, dipahat pada batu, ditulis pada kulit kayu, gading dan daun lontar. Kaedah bertulis juga boleh dilihat padacatatan harian seseorang, fail kerajaan dan catatan pengembaraan.
TAFSIRAN DALAM SEJARAH
Tafsiran dalam sejarah bererti menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan dengannya.
Tafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah yang sama mungkin berbeza antara sejarawan.Perbezaan wujud disebabkan: pemilihan sumber yang pelbagai, perbezaan pandangan, perbezaan ideologi dan tujuan penulisan
KEPENTINGAN TAFSIRAN DALAM SEJARAH
Menggalakkan kita menggunakan pelbagai sumber dalam penulisan bagi menghasilkan kajian yang mempunyai bukti yang kukuh.
Mengajak kita menilai sesuatu peristiwa yang sama tetapi dilihat dari sudut yang berbeza.
Mendorong kita berfikiran terbuka dan kritis dalam mengkaji sesuatu peristiwa dengan menggunakan pelbagai sumber sejarah.
KEPENTINGAN MEMPELAJARI SEJARAH
Mengenal asal usul
Dengan mempelajari sejarah, kita akan dapat mengenal asal usul keluarga dan negara kita. Di samping itu, kita dapat memahami adat istiadat, tradisi dan budaya bangsa kita
Mengambil iktibar
Sejarah membawa pengajaran dan iktibar daripada peristiwa lalu. Mereka yang tidak mempelajari sejarah berkemungkinan akan mengulangi kesilapan masa lalu.
Memupuk patriotisme
Sejarah mengajar kita menghargai warisan negara untuk dihayati oleh generasi akan datang. Hal ini dapat menyemai rasa cinta akan negara dan menaikkan semangat patriotik.
Mengukuhkan perpaduan
Sejarah mampu menjadi sumber kesedaran kepada masyarakat dalam menjaga dan meneruskan adat resam dan tradisi kita.
Membangunkan negara dan bangsa
Melalui sejarah kita dapat mengekalkan kegemilangan yang dicapai oleh negara. Kita juga akan lebih memahami budaya dahulu dan budaya kini untuk membangunkan negara dan bangsa pada masa akan datang
Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah
Melalui sejarah, pemikiran kritis dan analitis dapat ditingkatkan. Sejarah juga mendorong seseorang memahami peristiwa sejarah secara lebih empati.