Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SUMBER HUKUM TIDAK DISEPAKATI - Coggle Diagram
SUMBER HUKUM TIDAK DISEPAKATI
(أقوال ألصحابي)
Mazhab Sahabi atau Aqwal Sahabah
Apa yang dinukilkan daripada sahabat dalam bentuk fatwa, amalan, pendapat, keputusan dalam satu persoalan yang hukumnya itu tidak terdapat dalam nas dan tidak berlaku ijma’ padanya.
Contoh:
Pendapat Sayyidina 'Umar: Wajib meniagakan harta anak yatim supaya tidak dimakan oleh zakat.
(شرع من قبلنا)
Syar’u man Qablana
Maka hukumnya wajib atas kita berpegang dengannya kerana ia disebutkan dalam al-Qur'an tanpa ada pengubahan dan pengingkaran. Ini menunjukkan bahawa ianya baik
Hukum-hukum yang datang dari umat terdahulu yang diceritakan oleh al-Qur'an atau disebutkan oleh Rasulullah SAW yang didiamkan oleh Syari’at kita dan tidak terdapat perintah untuk mengikutinya dan la dalam perkara-perkara amali.
(الإستحسان)
Istihsan
Istihsan sudut bahasa: Menganggap sesuatu itu baik atau mencari kebaikan atau mencari yang lebih baik.
Sudut istilah ulama Usul Fiqh:
Meninggalkan hukum yang ditetapkan pada suatu peristiwa berdasar dalil syarak, menuju hukum lain dari peristiwa itu juga, kerana ada suatu dalil syarak yang mengharuskan untuk meninggalkannya. Dalil yang terakhir disebut sandaran Istihsan.
(المصالح المرسلة)
Masalih Mursalah
Masalih mursalah kemaslahatan atau manfaat yang mutlak iaitu yang tidak terdapat dalil syara' yang mengakuinya atau membatalkannya
Membuat sesuatu hukum yang baik dan berfaedah untuk kepentingan masyarakat yang tidak ada sebarang nas khusus untuk dijadikan dasar sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak boleh dilaksanakan.
(العرف)
Uruf
Iaitu apa yang diterima oleh masyarakat dan menjadi kebiasaan kepada mereka
Contohnya zakat diambil dari perniagaan kuda meskipun pada asalnya tidak dikenakan zakat pada kuda. Alasannya ia uruf sudah berubah iaitu kuda tidak lagi menjadi kenderaan jihad tetapi salah satu barangan dagangan
(الإستصحاب)
Istishab
Iaitu mengekalkan apa yang sabit dahulu atau mengekalkan apa yang ternafi dahulu
Melanjutkan sabitnya hukum yang telah ada kerana sesuatu dalil sehingga adanya dalil lain yang mengubahnya
(سد الذريعة / الذرائع)
Saddu al-Zari’ah
Sadd al-Zari'ah bermaksud menutup jalan yang membawa kepada mafsadah tersebut
Perkara yang harus dari segi asal dan zahir tetapi membawa kepada sesuatu yang ditegah kerana ia mengandungi mafsadah
Apa yang dijadikan helah untuk mengharuskan yang haram. Seperti bay’ ‘inah iaitu menjual barangan secara bertangguh dengan harga tertentu (RM 1000) kemudian membeli semula dengan harga yang lebih rendah (RM 800) secara tunai. Perbezaan harga (RM 200) di antara kedua-dua akad merupakan riba yang diperolehi oleh penjual yang pertama.