Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu - Coggle Diagram
Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu
Pendekatan Deduktif
Konsep
Pendekatan deduktif mengasaskan PdP terhadap hukum-hukum tertentu berpandukan proses penaakulan yang tinggi
Prosedur pengajaran dimulakan dengan pengenalan rumus baharu yang diketahui umum
Pendekatan deduktif dipaksikan kepada kepatuhan terhadap pendedahan awal tentang teori hukum atau masalah tertentu
Pengajaran dengan mengemukakan generalisasi dan kemudian diikuti oleh contoh-contoh
Lebih banyak menekankan aspek tulisan
Cara Pelaksanaan
Murid diperkenalkan dengan hukum-hukum atau mempelajari peraturan tertentu
Pembelajaran diteruskan dengan menganalisis hukum-hukum melalui contoh atau mengaplikasikan peraturan yang telah diberikan
Murid perlu menaakul untuk mendapatkan contoh daripada peraturan umum
Kelebihan / Kelemahan
Kelebihan
Cara yang mudah untuk menyampaikan isipelajaran
Pendekatan yang relevan kerana guru memberi penerangan sebelum memulakan PdP
Menjimatkan masa dan tenaga
Kelemahan
Kurang menggunakan bahasa yang dipelajari
Murid hanya fokus menulis sahaja
Cara penerangan tidak dinyatakan (konkrit)
Contoh dalam Pengajaran
Pengajaran Aspek Tatabahasa
SK 5.1 / SP 5.1.1 (Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks tidak formal : kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama
Langkah 1
Guru menyatakan objektif pembelajaran iaitu murid bakal mahir menggunakan golongan kata
Langkah 2
Guru bertanyakan kepada murid tentang kata nama yang mereka fahami
Langkah 3
Guru menerangkan kata nama terbahagi kepada tiga bahagian dan guru menjelaskan pembahagian kumpulan kecil di bawah setiap kata nama beserta contoh
Langkah 4
Guru boleh menggunakan peta pokok untuk menjelaskan rumus atau kategori kata nama dan menggunakan gambar contoh yang berkaitan
Pendekatan Induktif
Konsep
Penekanan terhadap perancangan aktiviti yang menonjolkan contoh-contoh konkrit tentang sesuatu isi pelajaran.
Melibatkan proses penaakulan yang tinggi
Pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan bergerak ke depan dalam sesuatu generalisasi
Cara Pelaksanaan
Sebelum memulakan PdP, guru perlu menyediakan contoh-contoh yang sesuai untuk murid membuat rumusan.
Murid dibimbing melalui aktiviti penyoalan supaya membuat kesimpulan sendiri
Pelbagai contoh yang mengandungi ciri-ciri yang sama untuk memudahkan murid membuat kesimpulan sama ada daripada guru atau murid
Guru menyediakan BBM yang bersesuaian dan mempelbagaikan aktiviti PdP
Kelebihan/Kelemahan
Kelebihan
Mengalakkan penglibatan murid secara aktif
Murid mendapat bimbingan sepenuhnya daripada guru
Pengajaran bahan bantu mengajar secara maksimum
Kelemahan
Sukar mendapat kerjasama daripada murid-murid
Masa yang digunakan terlalu lama untuk menyelesaikan masalah
Guru terbeban kerana terlalu banyak persediaan yang perlu dibuat
Contoh Dalam Pengajaran
Penulisan Bahasa Melayu :
Peringkat 1
Pengajaran Penggunaan imbuhan me…i dan me…kan
Menyenaraikan perkataan yang menggunakan imbuhan me…i dan me…kan
Peringkat 2
Mengenal pasti
Membina ayat dengan imbuhan me…i dan me…kan yang disenaraikan
Peringkat 3
Membuat kesimpulan
Pendekatan Eklektik
Konsep
Elektif bermaksud pemilihan manakala eklektik bermaksud bercampur
Menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dalam RPH
Menggabungkan pendekatan induktif dan deduktif
Boleh gunakan strategi berpusatkan murid dan berpusatkan bahan
Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan
Cara Pelaksanaan
Guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan generalisasi. Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif.
Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif.
Strategi pengajaran menggunakan pendekatan eklektik boleh dilakukan dengan dua cara iaitu mirip kepada pendekatan induktif ataupun P&P yang lebih mirip kepada pendekatan deduktif.
Guru boleh mengaplikasikan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan dalam P&P.
Kelebihan / Kelemahan
Kelebihan
Sesuai dilaksanakan untuk murid yang mempunyai pelbagai kebolehan
Murid berpeluang belajar dalam suasana yang lebih menyakinkan
Memudahkan guru mentadbir pengajaran
Kelemahan
Sukar memilih pendekatan yang hendak digunakan
Tugas guru bertambah kerana terpaksa menyediakan banyak latihan
Tidak sesuai untuk murid yang lemah
Contoh dalam Pengajaran
Kemahiran Membaca
Guru memberikan sebuah petikan teks "Pengalaman di Pasar Malam" dan menceritakan apa yang terdapat di pasar malam
Murid diminta untuk membaca teks tersebut dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai
Kemudian, guru mengajukan soalan kepada murid seperti pengalaman murid di pasar malam, aktiviti murid di pasar malam dan sebagainya
Murid akan berbincang bersama rakan-rakan tentang soalan yang diberikan oleh guru. Semasa proses perbincangan sedang dijalankan, murid digalakkan untuk bertanya soalan kepada guru
Seterusnya, murid diminta bercakap di hadapan kelas dan guru akan membuat penambahbaikan dan kesimpulan berdasarkan jawapan yang diberikan oleh murid
Pendekatan Komunikatif
Konsep
Berfokus kepada aktiviti berinteraksi dan berkomunikasi
Menekankan makna dalam proses pengajaran
Dialog yang digunakan adalah tertumpu pada fungsi komunikasi sahaja
Memberikan penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal untuk tujuan komunikasi
Konteks dan situasi adalah penting
Bahasa diperoleh melalui proses cuba dan ralat
Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor.
Kelebihan / Kelemahan
Kelebihan
Murid dapat memahami perkara yang penting dalam bahasa iaitu penggunaan bahasa
Murid berasa yakin untuk bertutur dan mengeluarkan pendapat
Menekankan kepada pembelajaran murid yang berasaskan keperluan mereka
Kelemahan
Guru sukar menyediakan pelbagai aktiviti lisan untuk murid-muid yang berbeza peringkat kebolehan dan kecerdasan
Kemungkinan tidak semua murid yang melibatkan diri secara aktif
Contoh dalam Pengajaran
Guru menggunakan teknik lakonan dan drama. Contohnya murid diminta berlakon untuk drama yang bertemakan "Keluarga Bahagia"
Murid diberi tanggungjawab untuk memegang sesuatu peranan atau watak
Murid diberikan masa untuk membuat persediaan
Kemudian murid membuat persembahan dengan memainkan peranan atau watak yang telah diberikan. Selain itu, mereka juga bebas melakukan sesuatu gaya mengikut situasi