Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MOTIVASI DAN PEMBELAJARAN - Coggle Diagram
MOTIVASI DAN PEMBELAJARAN
KONSEP MOTIVASI
Motivasi merupakan penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan sesuatu tindakan demi mencapai matlamat.
Secara ringkasnya, motivasi ialah proses menghasilkan tenaga oleh keperluan yang diarahkan untuk mencapai sesuatu matlamat.
Ia termasuk kegiatan membuat rujukan, menyelesaikan masalah pembelajaran, membuat catatan dan mengemukakan soalan sewaktu perbincangan di dalam bilik darjah.
JENIS MOTIVASI
MOTIVASI INTRINSIK
Motivasi yang berkait dengan aktiviti yang merupakan ganjaran tersendiri.
Teknik motivasi intrinsik berkait dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam pembelajaran
MOTIVASI EKSTRINSIK
Motivasi ini direka cipta oleh faktor luaran seperti ganjaran dan dendaan
Seseorang itu mungkin tidak begitu berminat dalam aktiviti tersebut tetapi lebih menggemari tentang keuntungan yang diperoleh daripadanya. Contohnya keinginan untuk memperolehi “A” memotivasikan seseorang untuk belajar
Ganjaran yang nyata seperti pujian, hadiah, markah dan sebagainya diberikan kepada mereka yang berjaya mencapai prestasi baik atau melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti yang diamanahkan
PERSPEKTIF BEHAVIORIS
TEORI PENGUKUHAN SKINNER
Diperkenalkan oleh B.F Skinner (1904-1990) ahli psikologi di Amerika Syarikat.
Mempercayai bahawa sesuatu tingkahlaku itu di pengaruhi oleh faktor peneguhan sama ada ganjaran atau dendaan
Apabila ada rangsangan ia akan diikuti dengan gerak balas
Dikenali oleh Skinner sebagai pembelajaran melalui pelaziman operan
Pelajar harus mengambil inisiatif sendiri untuk bertindak dalam aktiviti dan bukan disebabkan oleh sesuatu rangsangan tertentu dari luar contohnya guru atau ibubapa
PENEGUHAN POSITIF
Sesuatu tingkahlaku yang diikuti dengan peneguhan, kebarangkalian bagi gerak balas operan itu berlaku akan bertambah
Peneguhan positif merupakan ganjaran yang mendorong individu.
Contoh seperti pujian, penghargaan, hadiah dan lain-lain
PENEGUHAN NEGATIF
Contoh seperti lewat menyiapkan kerja dan tugasan akan didenda lambat keluar masa rehat
Ransangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan diberikan berikutan sesuatu tingkahlaku yang tidak diingini dilakukan
PERSPEKTIF KOGNITIF
Pandangan kognitif menekankan bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh cara manusia berfikir tentang mereka dan persekitaran.
Terdapat beberapa teori yang mempengaruhi teori kognitif ini iaitu teori atribus weiner, teori ekspektansi x nilai dan teori dissonance kognitif.
TEORI ATRIBUSI WEINER
Teori Atribusi Weiner merupakan teori kontemporari yang berpengaruh terhadap implikasi motivasi akademik, Weiner menegaskan bahawa murid akan bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasil yang diingini.
Penekanan tertumpu kepada persepsi murid yang mempengaruhi cara mereka mentafsirkan kejayaan atau kegagalan hasil usaha sendiri dan turut mempengaruhi kecenderungan murid untuk mengulangi tingkah laku yang sama.
TEORI EKSPEKTASI X NILAI
Teori Ekspektasi x Nilai menjelaskan bahawa motivasi adalah gabungan antara dua elemen penting , iaitu nilai dan ekspetasi. Dengan perkataan lain, motivasi merupakan fungsi ekspetasi seseorang untuk mencapai matlamat dan nilai yang diletakkan pada matlamat tersebut.
Motivasi adalah hasil harapan dan nilai. Jika kedua-dua elemen ini sifar, maka tidak akan wujud motivasi ke arah pencapaian matlamat. Oleh itu guru perlu memastikah bahawa tugasan yang diberikan kepada murid mampu dikuasai dan dikembangkan sehingga membolehkan murid mencapai kejayaan.