CABARAN & REAKSI PELAKSANAAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM BIDANG PENTADBIRAN & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Perkembangan Bahasa Kebangsaan dalam bidang pendidikan

Cabaran dan reaksi pengembangan bahasa kebangsaan dalam bidang pendidikan

Masalah kekurangan guru dan buku-buku teks.
Kekurangan guru guru yang mahir dan cekap dalam mengajar bahasa Melayu dijadikan alasan kukuh untuk memperlambatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Manakala kekurangan buku-buku teks dalam bahasa Melayu pula menjadi faktor kukuh yang menyebabkan kebanyakkan mata pelajaran terpaksa diajar dalam bahasa Inggeris.

Sikap kerajaan yang dianggap cuba melengahkan penubuhan sekolah Melayu sebagaimana yang dijanjikan dalam penyata pelajaran Razak menyebabkan guru-guru Melayu merasa bimbang kemungkinan kerajaan akan tunduk kepada tuntutan dan tekanan daripada kaum Cina dan kaum India.

Dasar pelajaran Razak mendapat reaksi buruk kaum bukan Melayu

  • golongan bukan Melayu menganggap bahawa dasar pelajaran Razak akan menghapuskan sekolah aliran bahasa Cina dan Tamil.
  • Khir Johari selaku menteri pelajaran bersetuju untuk mengkaji semula ordinan pelajaran.

Akta pelajaran 1961 mendapat pelbagai reaksi

  • masyarakat Cina melemparkan tuduhan bahawa penyata pelajaran ini adalah usaha untuk memusnahkan dan menghalang perkembangan pelajaran dan kebudayaan Cina.
  • saluran politik digunakan untuk membantah akta pelajaran 1961 daripada diluluskan oleh parlimen.
  • segelintir orang Cina usaha mengekalkan Kuo-Yu sebagai bahasa pengantar dan membuat bantahan secara berdemonstrasi di bandar Kuala Lumpur dan pulau Pinang untuk menentang pelaksanaan laporan Rahman Talib.

PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN


  • Semua urusan rasmi melibatkan penulisan surat, perbicaraan dalam mesyuarat, penulisan minit
    mesyuarat, penyediaan laporan hendaklah dijalankan dalam bahasa Melayu.
  • Tindakan kerajaan :-
    • mengadakan kursus bahasa kebangsaan untuk pegawai dan
      kakitangan awam = Dengan tujuan untuk memberi pengetahuan bahasa kebangsaan kepada pegawai & kakitangan kerajaan
    • Galakan mempelajari bahasa Melayu dibuka kepada pegawai kerajaan bukan berbansga Melayu selama dua tahun
    • kelas bahasa kebangsaan telah mengalami perubahan tempat dan waktu = Bagi memudahkan para pegawai dan kakitangan kerajaan yang
      tinggal jauh dari bandar untuk sama-sama mempelajari bahasa kebangsaan.
  • Pelaksanaan Kursus bahasa Melayu :-
    • Terdapat 3 peringkat
    • Setiap peringkat akan mengambil
      masa selama satu tahun dan setiap hujung tahun akan diadakan peperiksaan.
    • Hanya peserta yang lulus akan
      dinaikkan ke peringkat yang seterusnya.
    • Terdapat dua bahagian dalam peperiksaan tersebut iaitu bahagian bahasa
      lisan dan bahasa persuratan.
    • Di peringkat akhir kursus iaitu peringkat ketiga, Sijil Kelayakan Dalam Bahasa
      Kebangsaan akan diberikan kepada individu yang lulus.

Pendidikan ialah alat berpengaruh dan berkesan dalam usaha perkembangan Bahasa Melayu menjadikannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi Persekutuan Tanah Melayu serta sebagai bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan.

1) Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Pengantar di Sekolah dan Universiti

  • Semua sekolah rendah aliran jenis kebangsaan yang berbahasa pengantar Inggeris dijadikan sekolah kebangsaan dan menukarkannya ke bahasa Melayu.
  • Pelaksanaan bahasa pengantar bahasa Melayu dijalankan secara berperingkat kerana tidak semua pensyarah universiti cekap mengajar dalam Bahasa Melayu.

2) Penggunaan Bahasa Melayu dalam Peperiksaan

  • Jenis pertama peperiksaan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran
  • Jenis kedua peperiksaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
  • Peringkat universiti sesetengah kursus disampaikan dalam bahasa Inggeris
  • Tetapi dalam peperiksaan dibuat soalannya dalam bahasa Melayu yang membolehkan mahasiswa menjawab sala satu bahasa

3) Penggunaan Bahasa Malaysia dalam latihan
perguruan
- Bertujuan menyediakan guru-guru yang mahir dan cekap mengajarkan subjek bahasa Melayu - Kerajaan bertindak menubuhkan Maktab Perguruan Bahasa untuk melatih guru berkemampuan mengajar dalam Bahasa Melayu - Kaedah Terus, Kaedah Linguistik, Kaedah Campuran dan sebagainya diajar kepada guru-guru pelatih - Bahasa Inggeris telah digantikan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di maktab perguruan sebagai satu perkembangan baik kepada bahasa kebangsaan

CABARAN DAN REAKSI PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN

Sesuatu yang lazim bagi sesebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum akan berhadapan dengan masalah untuk mencapai perpaduan.

Disebabkan oleh perbezaan latar budaya, bahasa, kepercayaan dan lain-lain.

🏴Dalam tempoh masa hampir sepuluh tahun negara merdeka, perlembagaan telah membuat peruntukan yang telah menyamatarafkan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Keadaan ini sudah pasti menyukarkan usaha mengembangkan dan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal bagi negara ini.

Kurangnya keyakinan terhadap kebangsaan mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan pengaruh penjajahan British sebelum merdeka. Pada masa itu, hanya dengan mengetahui dan mempunyai kemahiran bahasa Inggeris, barulah seseorang akan mendapat jawatan yang baik dalam pekerjaan, berpeluang meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan dihormati dalam masyarakat.

🏴Sebab-sebab lain yang menimbulkan kesukaran untuk memperluaskan lagi penggunaan bahasa kebangsaan ialah kerana sikap dan tindakan kurang tegas kerajaan serta para pemimpin. Pegawai-pegawai pentadbiran kerajaan dikatakan enggan menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan surat-menyurat dengan alasan ketiadaan kerani Melayu.

Keadaan ini menimbulkan reaksi yang dapat dilihat melalui kritikan yang ditulis dalam media cetak pada masa itu. Sebagai contoh , Majalah Dewan Bahasa telah mengeluarkan kenyataan bahawa :
"Dan yang patut sekali dahulu memulakan Bahasa Melayu di dalam kerajaan adalah kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Akan tetapi nampaknya terpaksalah didukacitakan oleh beberapa sebab hingga sekarang ini pun kerajaan Persekutuan baharu dapat memelayukan beberapa buah nama ibu pejabat sahaja" (Dewan Bahasa, Bil.4, April 1958:169)

Banyak kritikan yang dikeluarkan oleh majalah-majalah ini sudah cukup memberikan gambaran bahawa masalah bahasa kebangsaan bukan sahaja terletak pada pelaksanaanya tetapi juga sikap sesetengah golongan tertentu.

Ahli kumpulan :
Afiqah, Batrisyia, Rizqi dan A'ina