Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGUKURAN TAHAP PEMARTABATAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM KALANGAN MAHASISWA…
PENGUKURAN TAHAP PEMARTABATAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM KALANGAN MAHASISWA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
(JURNAL 4)
ABSTRAK
-
Justeru, kajian dilaksanakan bagi mengukur tiga aspek iaitu:
- Kefasihan
- Pengiktirafan
- Kecanggihan Berbahasa
PENGENALAN
:pushpin: Bahasa merupakan faktor yang dapat mengikat anggota-anggotanya bagi pembentukan negara bangsa yang lain. :pushpin: Bahasa:
- Alat tunggangan budaya
- Alat kelengkapan pembangunan epistemologi manusia
- Alat tunggangan berfikir berkait rapat dengan pembentukan pandangan semesta masyarakat
:pushpin: Bahasa dapat menyatukan masyarakat multietnik dalam perkongsian pemikiran, pandangan semesta dan budaya berteraskan identiti kebangsaan negara.:pushpin: Perpaduan akan wujud apabila anggota masyarakat daripada pelbagai asal keturunan dan bahasa pertuturan dapat disatukan melalui perkongsian satu bahasa kebangsaan yang berperanan sebagai simbol identiti kebangsaan, penanda kerakyatan, wahana pengungkapan etos kebangsaan, alat penyatuan dan instrumen kemajuan rakyat dan negara Malaysia.:pushpin: Kepelbagaian bahasa tidak memungkinkan penyatuan antara kaum kerana interaksi sukar berlaku melalui bahasa yang slaing tidak difahami antara satu sama lain.:pushpin: Peranan utama bahasa kebangsaan adalah untuk merapatkan jurang antara kaum melalui satu bahasa yang dikongsi dan difahami bersama bagi membina perpaduan demi keutuhan tamadun Malaysia.:pushpin: Perkara 152(1) perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu dimartabatkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Bahasa Melayu ini dipilih kerana ia sebahagian daripada kontrak sosial dan unsur tradisi dalam perlembagaan, menjamin perpaduan masyarakat multietnik.
:pushpin: Apabila negara memasuki ambang 90-an, pelbagai langkah telah dilakukan bagi memperkasakan bahasa Inggeris ini seperti:
- Dasar Bahasa Pendidikan dalam Era Globalisasi yang menekankan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di kolej dan universiti.
- Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan.
- Program Dwibahasa sebagai program pengukuhan bahasa Inggeris di 300 buah sekolah yang dipilih. Ia merupakan program yang dilaksanakan untuk menghidupkan kembali dasar PPSMI yang diakui gagal dalam sektor pendidikan kebangsaan.
:pushpin: Hasil daripada pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang cenderung kepada memperkasakan bahasa Inggeris ini, ia telah memberi pelbagai impak iaitu:
:star: Masyarakat umum mulai menampakkan krisis keyakinan terhadap kemampuan bahasa Melayu.
:star: Kemampuan bahasa Melayu sebagai penegak peradaban Malaysia telah diragui peranannya sama ada di peringkat penggubal dasar dan rakyat jelata.
:star: Tahap keyakinan mahasiswa IPT terhadap bahasa Inggeris adalah lebih tinggi dalam bidang sains dan teknikal berbanding bidang sastera dan agama.
:star: Penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sering bertukar ganti semasa komunikasi.
:pushpin: Pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan etnik bukan bumiputera:
- Tidak menjadi bahasa yang dominan dan signifikan
- Penerimaan di tahap sederhana
- Belum sepenuhnya dihayati dan penggunaan yang kurang diamalkan
- Mempunyai persepsi yang negatif
- Kurang sikap terhadap bahasa
- Tahap yang sederhana dalam kemahiran penulisan
- Tahap penguasaan bahasa yang lemah dan tidak memuaskan
:pushpin: Usaha-usaha memartabatkan bahasa Mandarin yang secara tidak langsung menolak usaha-usaha pemartabatan bahasa kebangsaan di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina daripada Gabungan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia.
:pushpin: Tiga dimensi penting dalam mengukur tahap pemartabatan bahasa kebangsaan:
- Kefasihan
- Masih terdapat warga Malaysia yang tidak fasih membaca dan mengarang dlaam bahasa Melayu serta tidak dapat bertutur sepnuhnya dalam bahasa Melayu dengan lancar
- Pengiktirafan
- Wujud perasaan malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu serta sikap orang Melayu sendiri yang bersikap sepi, tidak bangga dan memperlekehkan kemampuan bahasa Melayu
- Kecanggihan berbahasa
- Masih belum dijalankan oleh mana-mana kajian sebagai penanda aras kepada pemartabatan bahasa yang tinggi. Ini kerana pemartabatan bahasa Melayu bukan sekadar mampu dipertuturkan dan betul penggunaannya bahakan ia menajdi bahasa yang hebat dari segi kandungan ilmunya dan keintelektualannya.
- Melalui kecanggihan ia dipertuturkan dengan keindahan nilai estetika
METODOLOGI
-
Penyedarang borang soal selidik ke atas 432 mahasiswa sarjana muda:-
- IPTA yang diwakili Universiti Malaya dan Universtiti Putra Malaysia
- IPTS yang diwakili Universiti Selangor dan Universiti Multimedia
Penggunaan kaedah Pensampelan Rawak Berstrata iaitu melibatkan 260 mahasiswa Melayu, 128 mahasiswa CIna dan 44 mahasiswa India
Pengukuran tahap pemartabatan bahasa kebangsaan dalam diri individu melalui tiga aspek iaitu kefasihan, pengiktirafan dan kecanggihan berbahasa
HASIL DAPATAN
(92.6%)
"Saya boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan lancar"
(85.8%)
"Saya boleh bertutur dalam bahasa Melayu sepenuhnya sekiranya berpeluang memberi ucapan di majlis formal"
(80.6%)
"Saya boleh berbahasa Melayu dengan lancar sekiranya berpeluang memberi ucapan di majlis formal"
(71.8%)
"Saya boleh mengarang dalam bahasa Melayu walaupun saya menguasai bahasa lain'
Mahasiswa IPT didapati mengiktiraf bahasa kebangsaan untuk dituturkan di tempat-tempat elit dan berbangga untuk bertutur walaupun rakan bertutur dengan bahasa lain serta berbangga dengan bahasa Melayu sebagai simbol identiti negara.
Namun, mahasiswa IPT tidak sepenuhnya mempunyai kemahiran untuk berbahasa dengan canggih. Dapatan penganalisisan menunjukkan bahawa tahap pemartabatan bahasa kebangsaan mahasiswa IPT adalah sederhana.
Walaupun mahasiswa IPT fasih dan mengiktiraf bahasa kebangsaan namun kefasihan dan pengiktirafan ini tidak terlalu tinggi malahan mereka juga belum sepenuhnya menguasai kemahiran bersajak, berpantun dan menggunakan peribahasa sebagai tanda aras mereka berbahasa dengan canggih.
PERBINCANGAN
Pemartabatan bahasa kebangsaan adalah melibatkan ketiga-tiga tahap iaitu:
- Bahasa yang baik dan dapat difahami
- Bahasa yang betul, tiada kesalahan tatabahasa, ejaan dan sebagainya
- Bahasa yang indah atau canggih
Keindahan berbahasa seperti berpantun, kiasan, metafora dan sebagainya tidak banyak dikuasai oleh masyarakat kini
-
Terdapat beberapa penutur yang mempunyai sebutan dan ayat yang tidak sempurna tetapi mereka masih dikategorikan mencapai bahasa yang baik kerana dapat difahami oleh pendengar
Memerlukan usaha kerajaan dan pihak-pihak tertentu dalam mengembalikan martabat bahasa kebangsaan ini
Contonya: mewajibkan kursus bahasa melayu kepada mahasiswa warga asing yang melanjutkan pengajaran di Malaysia untuk mengenbailkan kegemilangan bahasa Melayu
KPT melaksanakan penjenamaan semula Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam
KESIMPULAN
Bahasa merupakan tonggak ilmu ketamadunan dan merupakan asas pengilmuan pembinaan pandnagan semseta budaya bangsa
-
Hal ini kerana kehidupan dalam peradaban manusia memerlukan hubungan sesama manusia berdasarkan interaksi dan komunikasi melalui bahasa antara satu sama lain sebagai agenda kelangsungan hidup
-