Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PELAJARAN 4 : CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA, • Leka bermain peranti (gajet) -…
PELAJARAN 4 : CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA
CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA
Beriman kepada
Allah SWT.
Orang yang sentiasa meyakini bahawa hanya Allah SWT yang berhak disembah
dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
Khusyuk dalam
solat
Menumpukan sepenuh hati dan penghayatan dengan cara menetapkan anggota,
memahami bacaan dan perbuatan ketika mendirikan solat.
Menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia
Menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang tidak mendatangkan faedah
atau perkara yang merosakkan akhlak.
Menunaikan zakat.
Mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada golongan yang
berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.
Zakat yang diwajibkan oleh syarak ialah zakat fitrah dan zakat harta.
Menjaga
kehormatan diri.
Menjaga dan mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang diharamkan oleh
syarak seperti zina, sumbang mahram dan hubungan seks luar tabi’i.
Menjaga amanah
dan janji.
Menjaga tanggungjawab dalam setiap urusan. Contohnya dalam urusan pekerjaan,
harta benda dan kerahsiaan.
Sentiasa
memelihara solat
Menunaikan solat pada waktunya dengan menyempurnakan segala syarat dan
rukunnya.
SALAH LAKU SEKSUAL
Zina
Melakukakan persetubuhan haram tanpa nikah
yang sah antar lelaki dengan perempuan.
Persetubuhan haram antara
pasangan kekasih.
Sumbang
Mahram
Melakukan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan yang diharamkan berkahwin kerana faktor keturunan penyusuan dan persemendaan
persetubuhan haram dengan bapa kandung,bapa tiri ,adik beradik
Hubungan Seks
Luar Tabi’i
Melakukan persetubuhan haram dengan cara yang bertentangan dengan tabiat semulajadi manusia.
Liwat, musahaqah (lesbian), onani dari persetubuhan dengan haiwan
AKIBAT SALAH LAKU SEKSUAL
Menggugat keharmonian hidup bermasyarakat.
Hilang kelayakan dalam mewarisi harta pusaka
bagi anak tidak sah taraf.
Menyebabkan keruntuhan institusi keluarga.
Menyebabkan gangguan emosi dan mental.
Terdedah kepada penyakit fizikal seperti aids
dan sifilis.
Mencetuskan pelbagai perbuatan jenayah.
LANGKAH MENCEGAH SALAH LAKU SOSIAL
Mendalami ilmu agama agar dapat membezakan
antara yang hak dan batil.
Mengadakan program bimbingan hidup bersyariat
sejak kecil agar dapat dijadikan panduan hidup.
Mengadakan kempen kesedaran bahaya
pergaulan bebas agar umat Islam menjauhinya.
Melaksanakan undang-undang berlandaskan
syariat Islam agar rakyat takut melakukan dosa.
KESAN KHUSYUK DALAM SOLAT
Meningkatkan keimanan dan
ketaqwaan kepada Allah SWT.
Mendapat pahala daripada Allah
SWT
Dapat merasakan keseronokan
beribadat kepada Allah SWT.
Mendapat ketengan jiwa.
KEPENTINGAN ZAKAT
Membangunkan ekonomi umat Islam.
Meningkatkan pendapatan negara.
Mengeratkan ikatan ukhuwah dan kasih sayang sesama Islam
Membasmi kemiskinan kerana wang zakat dapat digunakan
untuk membantu golongan miskin memulakan hidup baru.
Mengurangkan jurang antara orang miskin dan kaya.
Membentuk sifat mahmudah seperti pemurah dan bersyukur
FAKTOR MANUSIA MELAKUKAN PERBUATAN DAN PERKATAAN YANG SIA-SIA/ TIDAK MENJAGA
AMANAH DAN JANJI / TIDAK MENTAATI PERINTAH ALLAH SWT
Iman yang kurang mantap/ lemah kerana kurang beribadat kepada Allah SWT
Jahil/ Kurang pengetahuan agama kerana tidak dididik sejak dari kecil
Terpengaruh dengan hasutan syaitan dan rakan yang cenderung kepada dosa
Inginkan kemewahan dengan cara mudah dan mementingkan keduniaan
Tidak yakin dengan azab Allah SWT di hari akhirat terhadap orang yang ingkar perintahNya.
PENGAJARAN AYAT
Kita hendaklah meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhan dan
meninggalkan laranganNya.
Kita hendaklah menunaikan solat dengan khusyuknya agar menjadi hamba yang bertaqwa.
Kita hendaklah menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia agar dapat meningkatkan
kualiti kerja.
Kita hendaklah berusaha menunaikan zakat agar dapat membantu perkembangan ekonomi umat Islam.
Kita hendaklah menjaga kehormatan diri supaya diri dan keluarga terpelihara daripada penyakit berbahaya.
Kita hendaklah menjaga amanah dan janji agar integriti muslim terpelihara.
Kita hendaklah sentiasa memelihara solat untuk melahirkan individu yang berdisiplin.
• Leka bermain peranti (gajet)