Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bagaimanakah teori Humanistik memberi makna dalam pembelajaran kanak-kanak…
Bagaimanakah teori Humanistik memberi makna dalam pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas?
Menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyerupai persekitaran pembelajaran murid normal (
least restrictive environment
)
Menerima setiap murid tanpa syarat dan melayan mereka sebagai murid biasa.
Membolehkan murid-murid berkeperluan khas mengikuti PdP bersama rakan sebaya yang tipikal agar mereka tidak berasa tersinggung dan tersisih daripada pandangan guru.
Penggunaan didik hibur dan pergerakan kreatif dalam pembelajaran meningkatkan pembelajaran yang aktif.
Murid berkeperluan khas diberi peluang atau hak yang sama rata seperti murid normal untuk menggunakan alatan multimedia di dalam kelas.
Mengenal pasti keupayaan murid dan menyediakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
Setiap RPI yang digubal untuk mengenal pasti keperluan murid-murid berkeperluan khas dan bagaimana keperluan-keperluan tersebut dapat dipenuhi melalui penggunaan peralatan khas seperti alat bantu mendengar, kanta pembesar dan mesin Braille.
Mengenal pasti kemahiran utama yang belum dikuasai oleh murid seperti kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.
Membantu meningkatkan penguasaan kemahiran dan mengurangkan masalah yang dihadapi oleh murid berkeperluan khas.
Menyediakan penilaian yang sesuai bagi memastikan kekuatan dan keperluan murid.
Murid berkeperluan khas yang bermasalah penglihatan dan pendengaran memerlukan pendekatan khusus bagi kerencatan yang dialami.
Bagi membantu murid bermasalah penglihatan, tulisan Braille digunakan untuk mencari isi dalam teks, mencatat nota, membaca ucapan serta mencari perkataan dalam kamus.
Aktiviti menggunakan motor halus banyak diadakan seperti mewarna, menggenggam, memotong dan menekan.
Bagi membantu murid bermasalah pendengaran pula, guru memastikan pergerakan bibir dilakukan dengan jelas dan menggunakan bahan konkrit untuk menggambarkan sesuatu konsep semasa mengajar.
Membuat demonstrasi tentang soalan pendaraban yang disampaikan menggunakan objek yang boleh disentuh.
Menggunakan pendekatan multisensori seperti mendengar, melihat, membuat, berbincang dan merasa.
Membantu kanak-kanak yang bermasalah seperti autisme, epilepsi, pembelajaran, Sindrom Down, hiperaktif dan kelengahan global.
Merangsang perkembangan minda kanak-kanak berkeperluan khas menerusi lima rangsangan asas iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau, rasa dan rangsangan sendi.
Penerapan teknik seperti menulis berdasarkan ‘feel’ melalui penggunaan deria rasa dan alatan seperti kertas pasir menjadikan strategi multisensori lebih berjaya membantu kanak-kanak disleksia.
Murid berkeperluan khas menghubungkan bunyi dan bentuk huruf di samping membayangkan bentuk huruf berkenaan melalui kaedah multisensori.