Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
IBU TUMPANG: PANDANGAN MENURUT AGAMA ISLAM DAN SAINS, KUMPULAN 5 NAMA…
IBU TUMPANG:
PANDANGAN MENURUT AGAMA ISLAM DAN SAINS
MAKSUD
Wanita tersebut akan mengandungkan anak yang ditumpang benih pada rahimnya selama 9 bulan. Selepas melahirkan, wanita tersebut perlu menyerahkan bayi kepada pasangan berdasarkan perjanjian yang disepakati dalam kontrak.
Perjanjian dalam kontrak yang dipersetujui itu melibatkan sejumlah wang yang perlu dibayar oleh pasangan suami isteri kepada ibu tumpang. Bayaran akan dilakukan setelah ibu tumpang menyerahkan bayi mengikut masa yang dijanjikan.
Ibu tumpang ialah kaedah menumpang rahim seseorang wanita yang berkeupayaan untuk hamil secara sukarela atau dibayar dengan kadar tertentu. Jika melibatkan bayaran, ia akan melibatkan kontrak yang dipanggil 'surrogacy contract'.
Kemudian, suami isteri akan memelihara anak tersebut yang dianggap sebagai anak kandung dari segi undang-undang.
FAKTOR WUJUDNYA KAEDAH IBU TUMPANG DARI ASPEK SAINS
Wanita yang tiada masalah pada rahim, boleh mengandung tetapi nak kekalkan kecantikan tubuh badan.
Wanita yang telah menopause tetapi nak anak.
Tiada rahim kerana kecacatan atau terpaksa dibuang kerana pembedahan.
Masalah ketidaksuburan sama ada kedua-dua pasangan suami isteri atau salah seorang darinya.
Rahimnya tak mampu untuk mengandung.
Wanita yang menjadikan khidmat ibu tumpang untuk mencari pendapatan.
Wanita yang mempunyai ovum (telur) tetapi tidak boleh hamil walaupun telah melakukan kaedah-kaedah lain.
KAEDAH PELAKSANAAN IBU TUMPANG DARI ASPEK PERUBATAN
Sperma dan ovum pasangan suami isteri disenyawakan di luar. Kemudiannya, dimasukkan ke rahim wanita ajnabi (orang asing).
Sperma dan ovum pasangan suami isteri disenyawakan di luar. Kemudiannya, dipindahkan ke dalam rahim isteri lelaki yang lain (bagi yang poligami).
Sperma dan ovum diambil daripada lelaki dan wanita yang berlainan (bukan suami isteri) dan disenyawakan di luar. Kemudiannya, dimasukkan ke dalam rahim wanita ajnabi yang lain. Apabila telah selamat melahirkan anak, maka akan diserahkan kepada orang lain yang inginkan zuriat.
Sperma suami disenyawakan dengan ovum wanita ajnabi (faktor tertentu menyebabkan isteri tidak mahu atau tidak boleh hamil). Wanita tersebut akan mengandungkan anak tersebut sehingga proses kelahiran. Setelah anak diserahkan, pasangan tersebut akan membayar sejumlah wang kepada wanita ajnabi itu.
Ovum isteri disenyawakan dengan sperma lelaki ajnabi. Kemudiannya, dipindahkan ke dalam rahim wanita ajnabi yang lain. Selepas melahirkan bayi tersebut, pasangan tersebut akan memberikan bayaran kepada ibu tumpang tersebut.
MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN KAEDAH IBU TUMPANG?
Walaupun ovum dan sperma diambil daripada pasangan suami isteri yang sah, namun apabila dipindahkan ke rahim wanita lain dikhuatiri berlaku kekeliruan dari sudut nasab anak.
Sumbangan sperma, ovum, embrio dan rahim oleh pihak ketiga atau penggunaan kaedah lain haram di sisi syarak.
HUKUM PENGGUNAAN KAEDAH IBU TUMPANG DI SISI ISLAM (SETELAH MENELITI 5 KAEDAH PELAKSANAAN IBU TUMPANG DARI ASPEK PERUBATAN)
Haram
- berlandaskan maqasid syariah iaitu prinsip hifz al-Nasl yang menekankan penjagaan nasab (keturunan).
KUMPULAN 5
NAMA AHLI KUMPULAN:
NURUL SYUHADA
ZAMILATULWAFA