Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERMASALAHAN SEMASA DALAM FIQH (MEMBACA AL-FATIHAH DALAM SOLAT JEMAAH),…
PERMASALAHAN SEMASA DALAM FIQH
(MEMBACA AL-FATIHAH DALAM SOLAT JEMAAH)
PERMASALAHAN KEEMPAT
Jika seseorang mendengar iqamat (Solat Asar), sedangkan dia mempunyai qada' Zuhur.
Maka yang mana lebih utama dilakukan dahulu samada mengqada' solat Zuhur dahulu waaupun luput takbiratulihram bersama imamnya bagi solat Asar
atau dia dahulukan solat Asar secra berjemaah dn selepas itu barulah dia qada' solat Zuhur?
Dia hendaklah mendahulukan solat qadanya kemudian barulah mengikut solat Asar berjemaah walaupun sebagai makmum masbuk.
Sekiranya tidak sempat, dia hendaklah solat Asar secara seorang diri.
PERMASALAHAN KETIGA
Seorang makmum solat di belakang seorang imam yang kebiasaannya mengulangi solatnya sedangkan makmum itu tidak mengetahuinya sehingga imam memberi salam.
Adakah makmum juga diwajibkan supaya mengulangi solatnya atau tidak perlu?
:check: Makmum berkenaan diwajibkan mengulangi solatnya kerana tidak sah mengikutnya sejak awal lagi.
PERMASALAHAN KEDUA
Seseorang yang mengimamkan solat jahr (Maghrib & Isya') membaca surah dengan suara yang perlahan sehingga tidak dapat didengari oleh makmumnya.
Solat jahr perlu dibaca dengan suara yang nyaring
Makmum diharuskan untuk memeriksa status imamnya sama ada beliau seorang yang ummi atau qari
Ini bagi mengelakkan syak wasangka
PERMASALAHAN PERTAMA
Tidak sah seorang qari (yang fasih membaca al-Quran) mengikut imam yang ummi iaitu orang yang sebutan bacaannya boleh merosakkan surah al-Fatihah sehingga boleh mengubah maknanya.
Tidak sah solat apabila mengetahui imamnya merupakan seorang ummi
Sekiranya imam membaca secara berlagu yang boleh mengubah makna surah al-Fatihah, maka makmum tidak perlu mufaraqah ketika itu sehinggalah imam rukuk sekiranya mereka tidak tahu ketika memulakan solah imamnya seorang yang ummi.
Sekiranya makmum tidak mengetahui keummian imam dari awal, maka sah mengikutnya. Namun, apabila imam rukuk tanpa mengulangi semula bacaan al-Fatihahnya yang rosak, maka solat tersebut adalah tidak sah.
BACAAN AL-FATIHAH BAGI MAKMUM MASBUQ
Makmum masbuq tidak sempat rukuk serta thuma'ninah bersama imam, dikira tidak menyempati rakaat imam, maka dia hendak berdiri bagi mengganti rakaat yang tidak dikira itu selepas imam memberi salam.
Berikut merupakan beberapa huraian mengenai kesempurnaan bacaan al-Fatihah bagi makmum masbuq :-
(Baharu mula solat ketika imam hampir rukuk) : Makmum disunatkan tidak membaca perkara-perkara sunat (soa iftitah & at-ta'awwudz) selepas takbir
(Mula solat ketika imam sudah rukuk) : Makmum perlu memutuskan bacaan surah al-Fatihah dan terus mengikut imam rukuk
(Makmum tidak sempat membaca surah al-Fatihah oleh kerana membaca doa iftitah dan at'ta'awwudz ketika imam sudah rukuk) : Makmum perlu membaca surah al-Fatihah sekadar banyak huruf doa iftitah/at'ta'awwudz (kadar surah al-Fatihah)
(Makmum tidak membaca surah al-Fatihah malah terus megikut imam rukuk) : Solat makmumtersebut tidak sah kerana tertinggal kadar bacaan surah al-Fatihah yang wajib
(Imam rukuk sewaktu makmum baru hendak memulakan sembahyang) : Makmum perlu mengankat takbir tanpa membaca surah al-Fatihah dan mengangkat takbir sekali lagi bagi melakukan rkuk bersama imam.
(Imam bersujud sewaktu makmum baru memulakan sembahyang) : Makmum perlu mengangkat takbir tanpa membaca surah al-Fatihah dan mengangkat takbir sekali lagi bagi melakukan sujud bersama imam
HUKUM MEMBACA SURAH AL-FATIHAH BAGI MAKMUM
Ada yang beranggapan bahawa makmum yang tertinggal bacaan surah al-Fatihah dalam sembahyang berjemaah tidak membatalkan sembahyang kerana mereka menganggap al-Fatihah tersebut ditanggung oleh bacaan imam.
Akan tetapi hukum bacaan surah al-Fatihah tersebut dilihat terhadap keadaan makmum tersebut. Hal ini penting bagi memastikan makmum tersebut perlu membaca surah al-fatihah atau menyempurnakan bacaannya ataupun tidak.
Pembahagian makmum terbahagi kepada dua iaitu makmum masbuq dan makmum muafiq
BACAAN SURAL AL-FATIHAH BAGI MAKMUM MUAFIQ
Makmum muafiq wajib menyempurnakan bacaan surah al-fatihah walaupun dia tertinggal oleh imam samada disebabkan keuzuran ataupun tidak.
Makmum muafiq tertinggal oleh imam bukan kerana keuzuran.
Jika makmum maufiq yang tertinggal oleh imam bukan kerana keuzuran spt makmum sengaja melambat-lambatkan bacaan surah al-fatihah maka wajib dia menyempurnakan bacaan surah al-fatihah aslkan dia tidak tertinggal oleh iamm dua rukun fi'li.
Jika makmum itu terlambat mengikut imam sehingga tiga rukun fi'li yang panjang maka hendaklah dia terus mengikut perbuatan solat imam dan setelah imam selesai memberi salam hendaklah dia berdiri lagi bagi mengganti rakaat yang dia terlambat itu.
Jika makmum tertinggal oleh imam dua rukun fi'li dengan sengaja maka batallah solat makmum itu. sebagai contoh, makmum lambat pada satu rukun fi'li yang panjang dan satu rukun fi'li yang pendek, makmum masih berdiri membaca surah al-Fatihah sedang imam sudah mula melakukan sujud pertama. Maka dalam hal ini, makmum tertinggal mengikut imam pada ruku' dan i'tidal.
Nama Ahli Kumpulan:
Nur Haziqah Nadhirah
Batrisyia Maisarah
Nur Husnina