Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Masalah Semasa Berkaitan Ibadah (Membaca al-Fatihah dalam solat Jemaah) -…
Masalah Semasa Berkaitan Ibadah
(Membaca al-Fatihah dalam solat Jemaah)
HUKUM MEMBACA SURAH AL-FATIHAH BAGI MAKMUM
Bacaan surah al-Fatihah adalah salah satu daripada rukun sembahyang. Jika bacaan surah Al-Fatihah dalam sembahyang ini ditinggalkan dan tidak kembali semula untuk membacanya maka tidaklah sah sembahyang seseorang itu.
Namun dalam perkara ini, mungkin ada yang beranggapan bahawa makmum yang tertinggal bacaan surah Al-Fatihah dalam sembahyang berjemaah tidak membatalkan sembahyang.
Ini kerana pada anggapan mereka bacaan surah al-Fatihah yang tertinggal itu ditanggung bacaan oleh imam sedangkan makmum tersebut wajib membaca surah al-Fatihah itu.
SITUASI PERTAMA
Tidak sah seorang qari (fasih membaca al-Quran) mengikut imam yang ummi iaitu orang yang sebutan bacaannya boleh merosakkan surah al-Fatihah sehingga mengubah maknanya.
Hukumnya adalah tidak sah mengikut di belakang imam yang diketahui makmum sejak mula lagi bahawa dia adalah seorang ummi.
Sekiranya imam membaca secara berlagu yang boleh mengubah makna surah al-Fatihah, maka makmum tidak perlu mufaraqah ketika itu sehinggalah imam rukuk sekiranya mereka tidak tahu ketika memulakan solat bahawa imamnya adalah seorang yang ummi.
Makmum tidak mengetahui sejak awal lagi imamnya seorang yang ummi. Oleh itu, ia sah mengikutinya.
Namun, apabila imamnya rukuk tanpa mengulangi semula bacaan al-Fatihah yang rosak dengan bacaan yang betul, maka rukuk itu batallah solatnya kerana bacaan al-Fatihahnya dikira tidak betul.
SITUASI KETIGA
Seorang makmum solat di belakang seorang imam yang kebiasaannya mengulangi solatnya sedangkan makmum itu tidak mengetahui sehingga imam memberi salam.
Makmum berkenaan juga diwajibkan supaya mengulangi solatnya kerana tidak sah mengikutnya sejak awal lagi.
SITUASI KEEMPAT
Apabila seseorang mendengar iqamat (solat Asar ) sedangkan dia mempunyai qada Zuhur. Yang mana lebih utama dia lakukan sama ada mengqada solat Zuhur dahulu walaupun luput takbiratulihram bersama imamnya bagi solat Asar atau dia dahulukan solat Asar secara berjemaah dan selepas itu barulah dia qada solat Zuhur?
Dia hendaklah mendahulukan solat qadanya kemudian barulah mengikut solat Asar berjemaah walaupun sebagai makmum masbuk. Sekiranya tidak sempat, hendaklah dia solat Asar secara seorang diri.
SITUASI KEDUA
Seorang mengimamkan solat jahr (Subuh, Maghrib atau Isyak), tetapi dia membaca dengan suara perlahan sehingga tidak didengari sedikitpun oleh makmumnya.
Maka, timbullah syak wasangka dalam kalangan makmum sama ada imam itu seorang yang qari atau ummi. Adakah makmum perlu memeriksa keadaan imamnya terlebih dahulu (untuk mengetahui sama ada ia seorang qari atau ummi) atau tidak perlu?
Harus bagi makmum mempersoalkan mengenai keadaan imamnya sekiranya imam itu tidak memberitahu makmumnya selepas memberi salam kenapa dia membaca dengan perlahan.
Contohnya dia berkata, "Saya terlupa" Yang jelas sekiranya dia seorang qari, sudah tentu dia membaca dengan suara yang kuat.