Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FAKTOR PERBEZAAN PANDANGAN MAZHAB - Coggle Diagram
FAKTOR PERBEZAAN PANDANGAN MAZHAB
SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA PERSELISIHAN
Sunnah Nabi SAW tidak menjelaskan keseluruhan kandungan ayat-ayat Al-Quran
Perbezaan para ulama' dalam menentukan hukum terhadap sesebuah hadith serta perbezaan manhaj dalam menerima sesebuah hadis
Manhaj Al-Quran dalam menyatakan ayat sesuatu hukum seperti terdapat ayat mujmal mufassal dan sebagainya
Dalil yang diperolehi bertentangan antara satu sama lain dalam satu masalah
Pemahaman terhadap bahasa Arab kerana bahasa arab kaya dengan kaeda-kaedah, uslub-uslub dan makna-maknanya
Kefahaman dari sudut perbuatan atau perintah Rasulullah sama ada ia berbentuk wajib, sunat, harus dan sebagainya
Perbezaan dari sudut jenis dalil adakah ia boleh dijadikan hujah atau tidak
KONSEP
Perbezaan yang berlaku di dalam memahami dalil-dalil syarak adalah satu lumrah di dalam kehidupan.
Ini kerana, akal manusia itu berbeza-beza dari sudut tahapnya.
CONTOH-CONTOH PERSELISIHAN YANG BERLAKU
Zaman Khulafa' Ar-Rasyidin
Diantara Abu Bakar al-Siddiq dan juga Umar bin al-Khattab ketika Umar mencadangkan agar dihimpunkan al-Quran.
Akan tetapi, pada awalnya Abu Bakar al-Siddiq tidak bersetuju dengan cadangan ini kerana ia tidak pernah dilakukan pada zaman Rasulullah SAW
Di akhirnya, Abu Bakar al-Siddiq bersetuju apabila mendengar kata-kata Umar yang mana perbuatan tersebut amat perlu kerana ia termasuk di dalam maslahah.
Selain itu juga, Nabi SAW memerintah kepada penulis wahyu Baginda SAW agar ditulis setiap wahyu yang turunkan kepadanya.
Zaman Rasulullah
Maksudnya: “Janganlah salah seorang daripada kamu solat asar melainkan apabila tiba di Bani Quraizhah”. Ibn Umar berkata: “Lalu tibalah waktu asar ketika sebahagian daripada mereka dalam perjalanan. Maka berkata sebahagian daripada mereka: “Jangan kita solat sehingga kita sampai di Bani Quraizhah”. Adapun telah berkata sebahagian mereka yang lain: “Bahkan, kami akan menunaikan solat kerana Nabi SAW tidak bermaksud demikian”. Maka kejadian tersebut diceritakan kepada Nabi SAW dan Baginda SAW tidak mencela salah seorang daripada mereka”. [Riwayat al-Bukhari (946 dan 4119)]
Di dalam hadith ini, sebahagian sahabat memahami secara hakikat lafaz larangan Nabi SAW tersebut dan dengan itu mereka melewatkan solat asar sehingga ke waktu Maghrib. Namun, sebahagian sahabat lagi memahami secara alasan atau mafhum di sebalik larangan Nabi SAW itu adalah Nabi SAW menyarankan agar mereka mempercepatkan perjalanan agar sempat solat asar dalam waktunya. Perbuatan sahabat ini sampai kepada Nabi SAW dan Nabi SAW mengakui atau mempersetujui kedua perbuatan tersebut tanpa Baginda SAW mengingkari salah satu perbuatan tersebut
KESIMPULAN
Sebagai seorang muslim, kita perlu mengutamakan adab yang diajarkan Islam dalam mengurus perselisihan dan perbezaan. Contohnya :
Ikhlas kerana Allah dalam mencari kebenaran
Berlapang dada dalam masalah yang diperselisihi
Tidak mengeluarkan kata-kata kesat
Menghormati pihak yang berbeza
Tidak menuduh pihak yang berbeza itu dengan tuduhan jahat seperti sesat