3.3 PRINSIP UTAMA DI DALAM ETIKA ISLAM

ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: ISLAM DAN MELAYU

ETIKA MESTILAH SELARI DENGAN AL-DIN

ETIKA SELARI DENGAN FITRAH MANUSIA.

ETIKA MEMBICARAKAN TENTANG DUA DIMENSI SIKAP MANUSIA

ETIKA MENYANTUNI HUBUNGAN DENGAN MANUSIA

Islam mempercayai bahawa fitrah atau sifat semula jadi manusia itu adalah baik serta suci dari noda sejak mereka lahir.

Di dalam islam, orang mempraktikan etika atau akhlak yang mulia dilihat sebagai seorang yang berjaya mempamerkan iman serta agamanya manakala orang yang malakukan perbuatan keji dianggap sebagai lemah imannya.

Etika di dalam islam perlulah menggariskan tentang dua dimensi sikap manusia iaitu dimensi sikap positif dan dimensi sikap negatif.

POSITIF

NEGATIF

al-ilm (ilmu pengetahuan)

al-bayan (wacana interlektual)

al-taqwim al-hasan (karakter yang semula jadi baik)

zalum (zalim)

'ajul (terburu - buru)

jadal (berbalah)

al-ayus (berputus asa)

Etika di dalam Islam adalah merupakan satu garis panduan bagi manusia untuk bersikap manusia untuk bersikap dengan sikap-sikap yang mulia tidak kira untuk hubungannya dengan diri sendiri (personal) ataupun hubungannya dengan manusia lainnya (interpersonal).

PERSONAL

INTERPERSONAL

Bagi hubungannya dengan diri sendiri atau bersifat personal, ianya melibatkan proses tazkiyatun nafs (penyucian diri) iaitu satu proses yang mana melibatkan penambaikan intelek serta
kerohanian jiwa yang berterusan.

Hubungan antara manusia sesama manusia (interpersonal) pula lebih menekankan tentang sikap-sikap yang patut diamalkan oleh manusia agar hubungannya dengan masyarakat serta makhluk lain juga (haiwan, tumbuhan serta alam) terpelihara agar dapat hidup aman daripada segala keributan.