Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGENALAN KEPADA SOSIOLOGI - Coggle Diagram
PENGENALAN KEPADA SOSIOLOGI
Fitrah Manusia
Terbahagi kepada 2 hasrat
Keinginan atau kemahuan menjadi satu dengan sesamanya atau manusia lain yang berada disekelilingnya . Contoh : Masyarakat
Keinginan untuk menjadi satu dengan lingkungannya supaya dapat menyesuaikan diri dengan kedua lingkungan diatas.
Definisi Sosiologi
Kajian yang sistematik dan saintifik terhadap masyarakat
Kajian mengenai kehidupan sosial serta perubahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat
Kajian mengenai penyebab yang mendorong berlakunya perubahan sosial dan kesan terhadap institusi sosial oleh kerana tingkah laku individu
Sosiologi terbahagi kepada dua :
Interaksi manusia antara sesama manusia
Tingkah laku manusia dibentuk
Struktur sosial
Kumpulan, komuniti atau organisasi
Institusi sosial
Politik, agama, pendidikan dan lain-lain
Kategori sosial
Umur, jantina, kelas, bangsa dan lain-lain
Objek Sosiologi
Masyarakat
: ilmu sosiologi bagi meningkatkan kemampuan seseorang untuk menyesuaikan diri atau beradaptasi dengan lingkungan sosialnya
Ciri Masyarakat
Menetap di kawasan yang sama
Berlaku interaksi antara ahli bagi memenuhi matlamat atau objektif yang sama
Berkongsi fahaman atau ideologi
Mengamalkan budaya yang serupa
Berkongsi fahaman politik atau sistem pentadbiran
Tidak terikat pada satu kumpulan bangsa atau etnik
Masyarakat
Proses Terbentuknya Masyarakat
Ketika sekumpulan manusia mendiamai satu wilayah dan menjalinkan pergaulan sosial sehingga menghasilkan suatu sistem nilai, sistem sosial dan kebudayaannya.
Naluri Sosial
Sistem NIlai Sosial
Didefinasikan sebagai hal, sesuatu unsur-unsur material serta non-material yang mengandungi ukuran (nilai) yang dianggap baik, penting, berguna dalam masyarakat
Kebudayaan
Hasil buah budi manusia. Ini kerana masyarakat pembentuk kebudayaan
Manusia yang hidup bersama
ilmu sosial tidak ada ukuran mutlak ataupun angka pasti untuk menentukan berapa jumlah manusia yang harus ada. Angka minimum adalah 2 orang yang hidup bersama
Bercampur untuk waktu yang cukup lama
Kumpulnya manusia akan mewujudkan kelahiran manusia yang baru. Manusia akan bercakap, mengerti dan mempunyai keinginan untuk menyampaikan kesan dan perasaannya. Akibatnya : wujud peraturan yang mengatur hubungan manusia dalam kelompok tersebut
Mereka sedar bahwa mereka merupakan satu kesatuan
Merupakan suatu sistem hidup bersama yang menimbulkan kebudayaan oleh kerana setiap anggota kelompok merasa terikat satu dengan lainnya
Hubungan
: Kesinambungan yang menghasilkan pola-pola interaksi sosial
Mengkaji masyarakat
Kaedah mendapatkan maklumat mengenai fenomena dunia sebenar melalui penyelidikan
Memfokuskan aspek luaran dan pengaruh sosial terhadap individu
Mengkaji hubungan antara struktur politik dengan struktur masyarakat
Menganalisis kesan ekonomi kepada kehidupan
Memberi tumpuan kepada perubahan kehidupan sosial manusia
Sosiologi Pendidikan
Merupakan sains gunaan yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji pendidikan
Kajian tentang masyarakat di dalam institusi pendidikan dengan menggunakan disiplin dan teknik sosiologi
Kajian mengenai bangsa, kelas sosial dan beberapa petunjuk sosial seperti agama, jantina, taraf hidup yang mempengaruhi perkembangan dan pembangunan institusi pendidikan.
sosiologi pendidikan adalah ilmu yang memfokuskan kepada hubung kait antara pendidikan dengan sekelompok masyarakat, termasuklah sumbangan pendidikan kepada perubahan dalam masyarakat serta perubahan dalam sistem dan institusi pendidikan ekoran daripada perubahan masyarakat sama ada di peringkat gobal ataupun setempat (Mohd Mahzan Awang, 2018).