Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERKAMUSAN (KUMPULAN 3 U1) - Coggle Diagram
PERKAMUSAN (KUMPULAN 3 U1)
Jenis-jenis kamus
Kamus Aneka Bahasa
1) Dikenali sebagai kamus multibahasa
2) Menggunakan sekurang-kurangnya tiga bahasa atau lebih.
3) Contoh: Kamus Melayu-Cina-Inggeris susunan Yuen Boon Chan pada tahun 2004.
Kamus Dwibahasa
1) Dikenali sebagai kamus bilingual
2) Tujuannya untuk mendapatkan bentuk terjemahan daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain atau dalam teks bukan bahasa asli pengguna, atau kedua-dua bukan dalam bahasa asli.
3) Entri disusun dinamakan bahasa sumber yang bentuk padanannya ditentukan setelah diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran.
4) Contoh: Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeris-Melayu, Melayu-Inggeris).
Kamus Ekabahasa
1) Dikenali sebagai kamus monolingual
2) Bahannya dalam satu bahasa sahaja.
3) Entri disusun menurut abjad dan bentuk dasar kata dijadikan entri kamus manakala bentuk peluasannya dicatat sebagai subentri
4) Makna yang dihuraikan berbentuk pemerian
5) Sinonim juga digunakan sebagai unsur pilihan tambahan kepada pemerian makna.
6) Contoh: Kamus Dewan.
Kamus Etimologi
Kamus yang menerangkan asal usul sesuatu perkataan dan maksud asalnya.
Kamus Tesaurus
Kamus yang menerangkan maksud sesuatu perkataan dengan memberikan kata-kata seerti sahaja. Kamus ini adalah untuk membantu para penulis bagi mempelbagaikan penggunaan diksi. Contohnya, Kamus Seerti Bahasa Melayu PTS
Kamus Peribahasa/ Simpulan Bahasa
Kamus yang menerangkan maksud sesuatu peribahasa/simpulan bahasa. Selain daripada digunakan sebagai rujukan, kamus ini juga sesuai untuk dibaca dengan tujuan keseronokan.
Prinsip-prinsip perkamusan
1) Keaslian
Keaslian bahasa hendaklah betul-betul dikenal pasti bahawa bahasa tersebut digunakan oleh penutur jati.
2) Keperwakilan
Keperwakilan sesuatu bahasa hendaklah diketahui ruang lingkup khalayaknya. Misalnya, bahasa untuk kanak-kanak.
3) Kelayakan
Penyusun juga perlu mengklasifikasikan kelayakan bahasa sesuai dengan tujuannya. Contohnya, kelayakan kamus ekabahasa tidak sama dengan kamus dwibahasa. Kelayakan sosial juga perlu diambil kira seperti agama, bahasa dan adat istiadat pengguna kamus.
4) Sumber
Sumber di mana entri perlulah daripada sumber yang layak diterima pakai berdasarkan penelitian lapangan iaitu sumber primer atau sumber sekunder berdasarkan rujukan kepustakaan.