Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
APLIKASI ANDROID 2 DIMENSI INTERAKTIF IBADAH HAJI TAMATTU' (BAB 2) -…
APLIKASI ANDROID 2 DIMENSI INTERAKTIF IBADAH HAJI TAMATTU' (BAB 2)
2.1 PENGENALAN
Pembangunan aplikasi android 2 dimensi interaktif ibadah haji tamttu' dalam memerlukan perancangan yang teliti sebelum dimulakan bagi memastikan ianya dibina menepati ciri perisian yang berbentuk multimedia dan juga dapat mengetahui kelebihan sesuatu aplikasi itu sebelum dapat digunakan sepenuhnya.
2.14 RUMUSAN
Penggunaan elemen- elemen multimedia seperti grafik dan lain-lain dapat menyampaikan gambaran sebenar tentang sesuatu pembelajaran itu. Namun, perlulah ditegaskan bahawa keberkesanan pengajaran bukan semata-mata bergantung kepada penggunaan multimedia sahaja. Media pengajaran cuma berfungsi untuk menyampaikan
2.7 ELEMEN MULTIMEDIA
Teks
Audio
Grafik
Animasi
Video
2.13 MODEL REKA BENTUK
Model Waterfall
Berdasarkan kajian Ardianto Moenir dan Fajar Yuliyanto (2017), model Waterfall atau nama sebenarnya adalah “Model Jujukan Linear” merupakan model klasik yang sistematik dan berurutan dalam pembinaan perisian
Kelebihan dan Kelemahan Model Waterfall
Menurut Udesh S. Senarath (2021), secara amnya, model Waterfall memberikan kelebihan dengan membolehkan penjabatanan dan kawalan dimana penetapan jadual bagi tarikh permulaan dan tarikh akhir di dalam setiap peringkat pembangunan boleh dilakukan.
Kesesuaian Penggunaan Model Waterfall
Menurut Harkirat Kaur Aroral (2021), model Waterfall merupakan model reka bentuk yang terbaik untuk digunakan apabila gambaran jelas mengenai produk akhir dan keperluannya ditakrifkan dengan baik malah tidak akan berubah dengan kerap.
2.2 APLIKASI ANDROID
Menurut Holla dan Katti (2012), walaupun aplikasi Android boleh dihasilkan oleh pembangun melalui laman web namun, kebanyakan aplikasi Android dimuat naik dan diterbitkan melalui pasaran Android.
2.3 PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN APLIKASI ANDROID DI MALAYSIA
Menurut Valk, Rashid dan Elder (2010), aplikasi Android ini membantu memudahkan proses pembelajaran dan menjadikan pendidikan di negara-negara membangun seperti Asia ini bertambah baik.
2.4 PEMBELEJARAN MENGGUNAKAN APLIKASI ANDROID
Pembelajaran yang menggunakan aplikasi Android terbahagi kepada tiga jenis iaitu formal, tidak formal dan juga “directed” atau “self-directed” (Brink, 2011).
2.4.1 Pembelajaran ibadah haji tamttu' menggunakan Android
Dalam sistem pendidikan Malaysia, perkara berkaitan haji dan umrah diajar dari sekolah rendah. Malah, di tadika atau prasekolah, pelajar sudah didedahkan dengan ilmu haji dan umrah.
2.4.2 Pembelajaran pendidikan Islam menggunakan aplikasi Android
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mempelajari mata pelajaran pendidikan Islam ini adalah melalui pendidikan formal, tidak formal, membaca buku dan juga melalui teknologi seperti
aplikasi Android yang terdapat di telefon pintar.
2.5 TEORI PEMBELAJAR
Teori pembelajaran kognitivisme merupakan teori yang dilihat relevan dengan gaya pembelajaran dalam pembelajaran mengenai aplikasi Android Ibadah Tawaf Haji dan Umrah ini.
2.6 KAEDAH REKA BENTUK APLIKASI ANDROID
Menurut Atan et al., (2007), proses mereka bentuk sesuatu aplikasi Android terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu reka bentuk informasi, reka bentuk interaksi serta reka bentuk antara muka dan persembahan
2.6.1 Reka bentuk informasi
Reka bentuk informasi merupakan proses menjelaskan matlamat serta menyusun isi kandungan aplikasi Android kepada satu reka bentuk yang dapat membantu ke arah pencapaian matlamat bagi aplikasi tersebut (Harun & Tasir, 2014).
2.6.2 Reka bentuk interaksi
satu proses mereka bentuk struktur atau corak perjalanan sesebuah aplikasi. Reka bentuk interaksi juga akan menentukan di mana dan bagaimana kuasa kawalan akan diberikan kepada pengguna.
2.6.3 Reka bentuk antara muka dan persembahan
Antara muka bagi sesebuah aplikasi mempunyai beberapa elemen utama seperti latar belakang skrin, butang dan ikon kawalan, teks, grafik, audio, video dan animasi. Menurut Harun dan Tasir (2014)
2.8 PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI APLIKASI ANDROID
Pembelajaran menggunakan teknologi aplikasi Android merupakan pembelajaran yang memberikan pengalaman berbeza kepada pelajar dan guru kerana kaedah ini berupaya menukar kaedah pembelajaran yang berasaskan bilik darjah tradisional kepada kaedah pembelajaran yang lebih kreatif dan bermotivasi (Luan & Abd Rahman, 2016).
2.9 KELEBIHAN MENGGUNAKAN APLIKASI ANDROID DALAM PENDIDIKAN
Pembelajaran dengan aplikasi Android telah terbukti berkesan di negara lain dan kini mula diperkenalkan di Malaysia. Apl Android menawarkan banyak faedah kepada pelajar dan pengajar yang menggunakannya.
2.10 TEKNOLOGI PENDIDIKAN MENGGUNAKAN APLIKASI ANDROID
Nawi dan Hamzah (2013), pembelajaran berasaskan aplikasi Android ini membolehkan pelajar mempelajarinya di mana-mana dan pada bila-bila masa.
2.11 PEMBANGUNAN APLIKASI ANDROID 2D INTERAKTIF IBADAH HAJI TAMATTU'
Kajian yang dijalankan oleh Faisal, Nugroho & Akbar (2012), menyatakan bahawa aspek penekanan yang cuba ditonjolkan dalam aplikasi ini adalah berdasarkan kepada empat (4) elemen iaitu panduan pelaksanaan haji, senarai doa dan zikir, video persiapan jemaah haji dan senarai lokasi yang perlu dikunjungi sewaktu melaksanakan ibadah haji.
2.12 APLIKASI INTERAKTIF IBADAH HAJI TAMATTU' BERBENTUK ANDROID 2D
Pembangunan aplikasi Android ini dibangunkan berdasarkan model Waterfall dan hasil daripada analisis oleh beberapa responden telah mendapati bahawa aplikasi Android ini mudah untuk digunakan serta bermanfaat sebagai media pembelajaran tentang ibadah haji tamattu'.