Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
APLIKASI ANDROID 2 DIMENSI INTERAKTIF IBADAH HAJI TAMATTU' (BAB 1) -…
APLIKASI ANDROID 2 DIMENSI INTERAKTIF IBADAH HAJI TAMATTU' (BAB 1)
1.1 PENGENALAN
Seramai 85% rakyat Malaysia pada hari ini telah menggunakan telefon pintar dan ini menjadikan permintaan terhadap telefon pintar dan tablet terus meningkat kerana harganya yang semakin murah seiring dengan perkembangan teknologi yang sentiasa berkembang daripada semasa ke semasa di seluruh dunia (Osman et al., 2012).
1.3 PENYATAAN MASALAH
Kaedah penerapan ilmu mengenai masalah pelaksanaan haji tamattu' ini perlu dipertingkatkan dengan mengambil kira perkembangan semasa suasana dan teknologi masa kini.
Aplikasi Android 2 dimensi interaktif ibadah haji tamattu' dibangunkan untuk menambahkan lagi kefahaman jemaah dalam pelaksanaannya. Dalam masa yang sama, aplikasi ini juga dapat memudahkan urusan bakal-bakal jemaah haji tamattu' dalam perlaksanaan ibadah mereka.
1.2 LATAR BELAKANG MASALAH
Aplikasi android yang terdapat di Google Play Store semakin mendapat tempat yang tinggi dalam kalangan pengguna telefon pintar.
Bahkan menurut Nawi & Hamzah (2013), peratusan pengguna telefon pintar juga semakin meningkat berbanding telefon bimbit biasa dan ini menunjukkan bahawa industri kreatif ini sangat pesat membangun.
Aplikasi yang dibangunkan sangat luas dan merangkumi pelbagai bidang, dan tidak terkecuali bidang agama. Selain menggunakan kaedah tradisional semasa seperti bercakap, penggunaan aplikasi telefon pintar kini dilihat sebagai medium dakwah baharu
1.4 OBJEKTIF
Mereka aplikasi android 2 dimensi interaktif ibadah haji tamattu'bagi golongan dewasa.
Membangunkan aplikasi android 2 dimensi interaktif ibadah haji tamattu'bagi golongan dewasa.
Menilai kebolehfungsian pembangunan aplikasi android 2 dimensi interaktif ibadah haji tamattu' bagi golongan dewasa.
1.5 PERSOALAN KAJIAN
Bagaimanakah membangunkan aplikasi Android 2 dimensi interaktif ibadah haji tamattu'?
Adakah aplikasi Android Ibadat 2 dimensi interaktif ibadah haji tamattu' ini boleh berfungsi untuk digunakan dalam urusan ibadat haji tamattu' ?
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Pembangunan aplikasi android 2 dimensi interaktif ibadah haji tamattu' ini dilihat mempunyai kepentingan kepada bakal-bakal jemaah haji kerana dengan adanya aplikasi android seperti ini, mereka akan dapat gambaran awal mengenai tatacara pelaksanaan ibadah ini.
Bakal-bakal jemaah haji tamattu' juga dapat mempelajarinya di mana- mana tempat tanpa perlu membawa buku berkaitan haji tamattu'.
Orang awam juga boleh menggunakan aplikasi android ini dan mempelajari mengenai ibadah haji tamattu' dengan lebih awal agar mereka dapat memahami dan membuat persediaan awal bila berkesempatan membuat iibadah haji tamattu' kelak
1.7 SKOP KAJIAN
Aplikasi ini akan dibangunkan untuk memberi pendedahan kepada orang dewasa dalam lingkungan umur 22 sehingga 40 tahun.
Tujuannya adalah untuk memberi panduan kepada golongan dewasa yang bakal mengerjakan jemaah haji tamattu’.
Di samping itu, di dalam skop kajian ini juga, aplikasi yang dibangunkan akan melibatkan melibatkan 3 orang pakar di mana 2 orang pakar yang dipilih untuk menilai antaramuka aplikasi android 2D yang terdiri daripada pensyarah Multimedia Kreatif di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan seorang pakar pembimbing ibadah haji.
1.8 DEFINISI ISTILAH DAN OPERASI
Aplikasi Android
2 dimensi
Interaktif
Haji
Tamattu'
1.10 RUMUSAN
Pembangunan aplikasi Android ini bukanlah merupakan satu fenomena yang baru. Namun, dengan wujudnya aplikasi Android 2 dimensi interaktif ibadah haji tamattu' berupaya menukarkan pembelajaran secara konvensional kepada suasana yang lebih baik dan banyak memberi manfaat.
1.9 JANGKAAN DAPATAN KAJIAN
Menghasilkan aplikasi Android 2 dimensi interaktif ibadah haji tamattu'.
Membangunkan aplikasi Android 2 dimensi interaktif ibadah haji tamattu'.
Memenuhi tahap kebolehfungsian aplikasi Android 2 dimensi interaktif ibadah haji tamattu' berfungsi dengan baik dari segi reka bentuk dan navigasi serta memenuhi objektif kajian.