Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
NOTA PETA MINDA SUMBER HUKUM TIDAK DISEPAKATI - Coggle Diagram
NOTA PETA MINDA SUMBER HUKUM TIDAK DISEPAKATI
MASALIH AL-MURSALAH
• Iaitu memutuskan sesuatu berasaskan prinsip kebaikan am perkara yang tidak terdapat dalam nas al-Quran dan al- Sunnah yang jelas. Contoh:
Pengumpulan al-Quran.
Urusan jual beli.
ISTIHSAN
• Iaitu mengenepikan sesuatu hukum yang mempunyai dalil atas sesuatu perkara dengan mengambil hukum lain yang lebih kukuh dan kuat daripada hukum pertama, berasaskan dalil syara’ yang membolehkan tindakan sedemikian. Contoh:
Ibadah puasa.
Urusan jual beli
SAD AL-ZARI’AH
• Iaitu pendekatan untuk menyekat perkara yang boleh membawa seseorang terjebak dalam perkara yang haram. Contoh:
Larangan memaki & menghina agama lain.
Menggantikan solat jumaat dengan solat zohor bagi yang uzur.
ISTISHAB
• Iaitu kepada pengekalan hukum yang terdahulu selagi belum terdapat dalil yang mengubah hukum tersebut. Contoh:
Orang yang hilang.
Keraguan bilangan rakaat solat
URF
• Iaitu kebiasaan yang diamalkan oleh sebahagian besar sesuatu masyarakat samada dalam bentuk perbuatan atau percakapan & diterima pakai sebagai asas hukum selama ia tidak bercanggah dengan syarak. Contoh:
Urusan jual beli harian.
Pengunaan tandas awan
ISTIQRA’
• Penelitian menyeluruh terhadap sesuatu perkara sebelum memberikan kesimpulan hukum terhadap perkara tersebut
• Istiqra’ terbahagi kepada 2 kategori iaitu al- istiqra’ al-tamm (muktamad) dan al-istiqra’ al- naqis (tidak menyeluruh).
• Contoh:
Perdana Menteri Malaysia
Cara binatang makan
MAQASID SYAR’IYYAH
• Maqasid Syar’iyyah ialah tujuan atau matlamat disyariatkan sesuatu hukum dalam Islam. Contoh:
hubungan manusia dengan Allah.
hubungan antara sesama manusia
TA’WIL • pengertian yang tersirat yang diambil dari ayat Alquran berdasarkan alasan- alasan tertentu. Contoh:
Pengunaan perkataan istiwa bagi Allah SWT