Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MASALAH PENGUASAAN LITERASI - Coggle Diagram
MASALAH PENGUASAAN LITERASI
1) SEKIRANYA ANDA DAPATI MURID ANDA TIDAK DAPAT MELAKUKAN PERGERAKAN MOTOR
HALUSNYA DENGAN BETUL APAKAH TINDAKAN YANG PERLU ANDA LAKUKAN?
Melakukan aktiviti yang memainkan tangan sebagai contoh menggerakkan jari di atas atau corak yang dilakarkan di atas kertas, menguntai manik, menyurih, melukis dan mengoyakan kertas.
Menyuruh pelajar menggenggam dan membuka tangan secara beberapa kali dan meronyokkan sehelai daun atau kertas. Selain itu menunjukkan cara memegang pensel atau pembaris dengan betul.
2) NYATAKAN AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH GURU UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MURID PADA PERINGKAT TULISAN MAKANIS?
a) Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk garisan-garisan, bulatan, segi-segi dan sebagainya.
b) Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, pasir, papan tulis dan sebagainya.
c) Bermain dengan benda-benda seperti plastisin dan susun blok mainan serta melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan.
d) Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat.
e) Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, jarak, kekemasan dan lain-lain.
f) Melatih menulis secara cepat, jelas dan mengambil perkataan yang senang dibaca.
HURAIKAN AKTIVITI YANG BOLEH MENINGKATKAN KEMAHIRAN TULISAN PADA PERINGKAT
PELAHIRAN.
i. Mengisi silang kata.
ii. Mengisi tempat kosong dalam ayat.
iii. Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai.
iv. Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi.
v. Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai.
vi. Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita.
vii. Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan.
viii. Menulis jawapan-jawapan kefahaman.
ix. Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan.
x. Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan dan sebagainya.