3) SEJARAH PERKEMBANGAN SOSIOLOGI (TOKOH-TOKOH)
a) Ibn Khaldun (1332-1406): Kajian masyarakat menurut pandangannya merupakan bidang sains yang berdiri sendiri dan memiliki objeknya yang tersendiri - iaitu peradaban manuai dan organisasi sosialnya. Ia juga memilikir permasalahan yang tersendiri dan menerangkan secara tersusun gejala yang ada hubungannya dengan hakikat peradaban. Merupakan bapa sosiologi moden yang memperkenalkan konsep sosiolog seperti perbandingan desa dan kota, assabiyah atau solidariti sosial. Beliau melakukan penyelidikan empirikal dalam mencari punca-punca fenomena sosial.
b) Auguste Comte (1798-1857): Sosiologi merupakan ilmu sains yang terakhir sekali diperkenalkan, merupakan yang paling signifikan dan paling kompleks berbanding sains lain. Sosiologi Comte berbentuk makro dan beliau menyumbangkan perkara seperti struktur sosial dan perubahan sosial, ciri sistematik masyarakat, evolusi dunia. kepentingan konsensus, penekanan penteorian abstrak, kaedah penyelidikan sosiologikal (pemerhatian, eksperimen dan perbandingan sejarah) dan pandangan saintifik mengenai masyarakat.
c) Karl Marx (1818-1883): Pemikiran Marx adalah berasaskan konsep materialisme iaitu perubahan sosial bukanlah disebabkan nilai atau idea, tetapi punca utama perubahan sosial adalah pengaruh ekonomi. Marx menumpukan kajian kepada perubahan-perubahan yang berlaku pada zaman moden yang berkait rapat dengan perkembangan kapitalisme. Marx beranggapan bahawa ekonomi menajdi penentu utama dalam pembentukan dan perkembangan struktur sosial.
d) Emile Durkheim (1858-1917): Tumpuan sosologinya adalah kepada keperluan peraturan sosial untuk kesejahteraan manusia disamping menekankan penggunaan statistik dalam menganalisis teori-teori sosial. Beliau telah mengemukakan penganalisaan terhadap pembahagian tugas dalam masyarakat. Masyarakat awal diikat dengan fakta sosial bukan material dan asyarakat moden lebih kepada keduniaan. Beliau berpandangan perubahan sosial adalah kesan perubahan yang membawa kepada munculnya masalah sosial.
e) Hebert Spencer (1820-1903): Spencer membincangkan tentang sistem laissez faire, kapitalisme, mementingkan individualisme, persaingan dan dasar tidak campur tangan pemerintah. Ini bermakna, beliau tidak berminat dengan reformasi sosial dan mahu kehiduan sosial bebas daripada kawalan luaran.
f) Max Weber (1864-1920): Weber menonjolkan bagaimana nilai sosial dan agama boleh menjadi asas kepada sistem ekonomi. Weber juga memfokuskan penyelidikannya terhadap perbandingan agama-agama, maka Weber telah memberikan sumbangan yang besar terhadap sosiologi agama. Menurutnya, nilai-nilai agama pada awal protestantisme seperti disiplin diri, sifat jimat cermat atau kedekut dan individualisme adalah asas kepada sistem kapitalisme.
g) George Herbert Mead (1863-1931): Pusat pemikiran dan teori Mead adalah mengenai 'simbol yang signifikan' atau simbol yang mempunyai makna. Bentuk-bentuk simbol terdiri daripada perkataan, perlakuan, objek dan bahasa. Mead menganggap midan sebagai proses, bukan 'benda' dimana menjadi fungsi signifikan simbol untuk membolehkan proses mental berlaku.
-