Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BIDANG JAWI, PENGAYAAN DAN PEMULIHAN JAWI -…
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BIDANG JAWI
Pandang sebut
Membunyikan perkataan atau suku kata berdasarkan gambar dan membunyikan ayat berdasarkan gambar yang ada cerita.
Kaedah huruf (abjad)
Kaedah asas membaca yang paling tua dan sering digunakan untuk mengajar membaca dalam kalangan kanak-kanak. Kaedah ini membolehkan mereka mengeja dan dapat membaca semua perkataan kerana asas bacaan ialah bunyi setiap huruf yang membentuk sesuatu perkataan.
Kaedah bunyi (fonetik)
Kaedah asas membaca yang menekankan hubungan-hubungan simbol dengan bunyi. Kaedah ini sesuai digunakan untuk mengajar kanak-kanak yang baru mengenal huruf Jawi.
Mengeja / Membatang
Membatang suku kata bermaksud murid mengeja dengan menyebut satu demi satu huruf yang membentuk suka kata.
Imlak
Pembacaan dengan suara yang lantang sesuatu sumber seperti perkataan, frasa dan ayat untuk ditulis orang lain. Ia melibatkan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar dan menulis.
Latih tubi
Aktiviti pengulangan fakta atau kecekapan yang dipelajari. Teknik ini dikenali sebagai teknik menghafaz.
Permainan
Melatih murid sebagai seorang manusia dan menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Murid dapat memperolehi pengajaran dengan berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu dengan minat, tujuan dan faedah mereka.
Nyanyian / Nasyid
Murid sekolah rendah sangat suka menyanyi. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang sangat menarik dalam pengajaran Jawi.
ADD dan MDD
Akhbar Utusan Malaysia biasanya mengadakan akhbar sisipan bertulis jawi satu kali dalam seminggu. Ia banyak membantu dalam pengajaran. Dalam akhbar itu juga menyediakan latihan yang sesuai untuk digunakan murid-murid sekolah rendah.
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN JAWI
Untuk memulihkan murid keciciran dalam Jawi. Kelas ini dijalankan secara serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada.
Objektif
Murid yang keciciran dalam Jawi akan dipulihkan dengan sekurang-kurangnya dapat mengenal, menyebut dan menulis huruf-huruf tunggal, suku kata terbuka, suku kata tertutup dan perkataan-perkataan mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
Kumpulan Sasaran
Murid-murid yang tidak dapat melepasi ujian khas iaitu tidak dapat mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka.
Penilaian
Aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti dan semangat kepimpinan.