Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Jenayah Kolar Putih - Coggle Diagram
Jenayah Kolar Putih
Penyalahgunaan kuasa
Berlaku apabila seseorang diberi kuasa untuk menjalankan tanggungjawab berdasarkan bidang tugas yang diamanahkan, mengambil tindakan atau membuat keputusan melanggar peraturan, prosedur dan undang-undang organisasi yang telah ditetapkan untuk kepentingan diri sendiri.
Mempunyai kuasa yang luas berdasarkan kedudukannya untuk mengetahui maklumat dalaman syarikat dan menyalahgunakannya.
Mempunyai kuasa yang luas berdasarkan kedudukannya untuk mengetahui maklumat dalaman syarikat dan menyalahgunakannya.
-
Contohnya,Puan Afikah meluluskan tender untuk kepentingannya bukan untuk syarikat sendiri.
Penyelewengan
Tindakan seseorang atau sesuatu pihak menyalahgunakan harta /wang dengan curang atau menggunakan harta /wang orang lain atau pihak lain yang telah diamanahkan hak penjagaan kepadanya demi kepentingan diri sendiri.
Seseorang harus mempunyai kuasa yang sah ke atas harta atau wang yang diamanahkan kepadanya dalam tempoh orang itu melakukan penyelewengan.
Antaranya seperti penyalahgunaan aset atau harta, pemalsuan atau penipuan maklumat, mendedahkan rahsia syarikat dan menggelapkan harta atau wang syarikat.
Contohnya,Puan Alia menggunakan wang syarikat untuk membuat pelaburan sendiri dengan hasrat untuk mengaut keuntungan yang besar apabila saham dijual.
Konflik kepentingan
Berlaku apabila seseorang yang mempunyai kuasa dan autoriti tertentu dalam organisasi dan tindakannya menunjukkan tanda-tanda percanggahan antara kepentingan peribadi dengan kepentingan tugasnya terhadap organisasi perniagaan tersebut.
-
Contoh,Encik Fidrus membuat keputusan untuk menerima projek itu walaupun syarikat menanggung risiko kerana projek tersebut dapat menguntungkan dirinya sendiri.
-
Pecah amanah
Berlaku apabila seseorang diberi kuasa untuk menjalankan tanggungjawab /amanah telah meletakkan kepentingan peribadi /kepentingan lain melebihi kepentingan amanah yang diberikan.
Seseorang telah menyalahgunakan harta atau wang syarikat untuk kegunaan diri sendiri,
Contohnya, Encik Ali meniru tandatangan pegawai atasannya untuk melesapkan wang pelaburan pelanggan di bawah kelolaannya.
Rasuah
Dengan niat salah untuk menerima daripada seseorang /memberi kepada seseorang apa-apa suapan sebagai dorongan /upah untuk melakukan sesuatu /tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan urusan rasmi atau urusan prinsipal berkenaan.
Antaranya meminta dan menerima rasuah, memberi suapan, mengemukakan tuntutan palsu dan salah guna kuasa, mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Contohnya, Encik Ahmad mendapat sejumlah wang daripada Syarikat AA sebagai tanda terima kasih kerana memberikan projek itu kepadanya.