Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Ciri-ciri Kritikan, Pujian terhadap karya dan pengarangnya yang…
-
Pujian terhadap karya dan pengarangnya yang menyerlahkan pemikiran bernas, di samping menampilkan elemen dalaman karya yang baik dan menarik.
-
Pengkritik meneliti dengan mendalam sesebuah
karya sastera untuk mendapatkan beberapa maklumat tentang pemikiran, tema,
persoalan, teknik penceritaan, bagi menentukan karya sastera.
Pengkritik yang menilai sesebuah karya sastera, melihat dari segi isi atau mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang sejurus hasilnya dapat dilihat keistimewaan dan kekurangan karya sastera tersebut.
Cadangan sesuatu perkara dalam sesebuah karya sastera
untuk dimantapkan di mana pengktirik memberi saranan agar pemikiran, persoalan, tema, teknik penceritaan, watak, dan perwatakan dan sebagainya dapat dimantapkan dalam
sesebuah karya.
Pendekatan terhadap karya sastera dengan
menerapkan teori dan kaedah sastera yang penelitiannya berpremiskan karya sastera
itu sendiri, terutamanya menelusuri unsur-unsur dalaman yang membina karya itu
seperti plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan, dan gaya bahasa.
Pendekatan karya sastera dengan memanfaatkan
ilmu bantu bukan sastera seperti sejarah, agama, psikologi, politik, dan sosiologi di mana membicarakan bentuk dan isu secara dominan.
Penelitian terhadap nilai-nilai moral dan
agama yang memfokuskan kepada perilaku watak yang ditampilkan pengarang.
Pendekatan kemanusiaan yang memperkatakan empat aspek yang saling berkaitan dan melibatkan pengarang, watak dan pengguna (pembaca) serta menekankan empat aspek iaitu pengalaman kehidupan peribadi pengarang, proses penulisan teks karya itu yang melalui pelbagai proses, perilaku zahir batin watak dalam karya dan impak karya sastera itu terhadap pembaca.
Pemberian tumpuan perbincangan kepada tiga
jurus yang berkaitan dengan individu pengarang, konteks atau masyarakat di persekitaran hidup pengarang.
Pengkritik yang membincangkan kepercayaan atau pegangan hidup umum sesebuah masyarakat atau etnik serta memiliki suatu liet motif yang sering dikaitkan dengan adat istiadat, kepercayaan, mitos yang berulang-ulang yang terdapat dalam teks sastera.