Sumber digital pula merupakan koleksi bahan dalam format digital iaitu terdiri daripada bahan berasaskan internet , CD-ROM, video dan audio> Sumber pendidikan digital dapat dijadikan sebagai tujuan pemulihan, sumber rujukan dan penggayaan. Kemahiran dalam menggunakan teknologi dan memahami pemanfaatan teknologi komunikasi dan sumber maklumat mampu mendukung dunia pendidikan dengan mewujudkan literasi digital iaitu kebolehan dalam memahami, menganalisis,menilai, mengatur dan mengevalusikan maklumat dengan menggunakan teknologi digital. Terdapat beberapa elemen penting dalam literasi digital iaitu budaya yang merujuk kepada cara berkelakuan, kognitif iaitu bagaimana untuk melakukannya, konstruktif iaitu cara menggunakannya, komunikatif iaitu cara berkomunikasi, yakin iaitu cara yang digunakan untuk menjadikan hak milik, kreatif iaitu cara membuat, kritikal cara penilaian yang dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi dan sivik iaitu bagaimana untuk mengambil bahagian.