Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PANTUN BUDI - Coggle Diagram
PANTUN BUDI
UNSUR GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI
Imej alam. Contohnya, air; laut; tanjung; saga; bunga melati; bunga seroja; kali; bunga cina; batu; daun; emas; anak beruk; dan pantai.
Peribahasa. Contohnya, Bagai cincin dengan permata.
Personifikasi. Contohnya, Bijak bertemu dengan jauhari
Repetisi. Contohnya, Bunga melati bunga di darat
Responsi. Contohnya, Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa.
Aliterasi. Contohnya, Bunga melati bunga di darat (perulangan konsonan d)
Rima akhirnya sama, iaitu abab
BENTUK DAN CIRI-CIRI PANTUN
Terdiri daripada tujuh rangkap.
Berisi empat baris setiap rangkap.
Ada pembayang dan maksudnya.
Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris
Terdiri daripada lima hingga sebelas suku kata sebaris
Bentuknya terikat
PERSOALAN
Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina
Sikap mementingkan kekayaan menyebabkan seseorang lupa akan budi bahasa
Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata
Ketinggian darjat sesuatu bangsa dinilai pada bahasa yang dituturkannya
Budi bahasa lebih penting daripada kekayaan yang dimiliki
Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang yang bijaksana
NILAI
Budi bahasa
Mengenang jasa
Rendah diri
Kebijaksanaan
PENGAJARAN
Kita mestilah berbudi bahasa agar diri dipandang mulia
Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada kita
Kita perlulah mengutamakan budi bahasa daripada kekayaan
Kita haruslah sentiasa merendah diri agar tidak dipandang rendah oleh masyarakat
TEMA
Masyarakat yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi kerana bahasa menunjukkan identiti sesuatu bangsa