Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kaedah Fiqhiyyah : Setiap Amalan Menurut Niat (الأعمال بالنيات) - Coggle…
Kaedah Fiqhiyyah : Setiap Amalan Menurut Niat (الأعمال بالنيات)
Setiap Amalan Menurut Niat (الأعمال بالنيات)
Amalan yang dimaksudkan di sini merangkumi perkataan dan perbuatan. Niat pula bermaksud kehendak, ia merangkumi keazaman, tujuan dan keinginan terhadap sesuatu.
Kaedah ini membawa maksud bahawa, setiap amalan mukallaf samada perkataan atau perbuatan hanya berhak memperolehi pahala berdasarkan niat dan tujuannya.
Para Fuqaha' membahagikan niat dari sudut peranan dan tujuannya keapada dua bahagian :
Niat pembeza (نية التمييز) dalam perkara-perkara ibadah dan yang semaknanya.
Membezakan antara ibadat dengan adat.
Bab Toharoh jika diniatkan untuk menjaga kesihatan dan bersiap untuk solat akan dikira sebagai ibadat. Jika tidak diniatkan ianya hanya semata-mata membasuh atau menyejuk dan menyegarkan badan.
Membezakan antara sesuatu ibadat dengan ibadah yang lain seperti ibadah fardhu dan ibadah sunat.
Solat Zohor dan Solat Asar
Niat beribadat (نية التقرّب). Iaitu seseorang mukallaf melakukan sesuatu amalan dengan niat mentaati Allah dan mengharapkan keredhaanNya.
Syarat Niat
Niat tidak disertai dengan perasaan berbelah-bahagi.
Niat tidak didahului paksaan.
Perbuatan mengiringi niat atau niat itu mendahului perbuatan dalam tempoh yang sedikit.
Niat berterusan pada kedudukannya tanpa ada pemutus atau pembatalnya dengan sesuatu niat lain yang bertentangan dengan niat asal
Tahu apa yang diniatkan. Niat tidak akan berfungsi pada perkara-perkara yang tidak diketahui.
Perkara yang diniatkan (المنوي) mestilah perkara yang mungkin diniatkan.
Dalil
Firman Allah SWT :
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
Maksudnya: “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya…” (al-Bayyinah: 5)
Hadis :
Hadis Jabir RA daripada Nabi SAW yang bersabda:
يحشر الناس على نياتهم
Maksudnya : "Dibangkitkan manusia menurut niat-niat mereka".
Tatbiq Kaedah
:star:Tidak boleh gopoh menghukum kafir atau murtad akan sesuatu perbuatan samada perkataan atau amalan yang memiliki kesamaran. Melainkan jika perkataan atau perbuatan kafir itu dilakukan dengan sengaja atau dengan niat dan maksud. Sipelakunya pula sedia mengetahui perkataan dan perbuatan tersebut adalah suatu kekufuran.
Sebagai contoh: Sesiapa yang rukuk kepada selain Allah. Boleh jadi perbuatan tersebut dilakukan dengan niat beribadat kepada selain Allah, maka ia adalah satu kekufuran. Boleh jadi juga ia dilakukan dengan niat pengagungan sahaja, maka ia bukan satu kekufuran, bukan juga satu kemurtadan.
:red_flag:Basuhan anggota wudhu bagi tujuan menyejukkan badan tidak dikira sebagai satu ibadah dan wudhu. Demikian juga menahan diri dari makan dan minum bagi tujuan menjaga kesihatan tidak dikira sebagai ibadah dan puasa. Sama halnya dengan semua ibadah lain, tidak dikira sebagai ibadah melainkan mesti diniatkan kerana Allah SWT. Iaitulah dilakukan kerana mentaati perintah Allah dan mendekatkan diri kepadaNya.
:black_flag:Sesiapa yang mengelilingi kaabah bukan bertujuan melaksanakan amalan haji atau umrah. Tawafnya itu tidak dikira sebagai tawaf haji mahupun umrah. Demikian juga sa’ie antara Safa dan Marwah tidak dikira melainkan apabila disertai dengan niat untuk haji atau umrah.
:checkered_flag:Jika seorang pemburu melepaskan alat buruannya bagi memburu seseekor binatang buruan. Tiba-tiba alat buruannya itu kena pada binatang yang lain. Maka binatang itu tidak boleh dimakan. Ini kerana sembelihan memerlukan niat, maka ia wajib dita’yinkan niatnya.
:fire:Tidak boleh pemilik kebun anggur menjual anggurnya bagi tujuan dibuat arak.