Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN …
KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN (الْمَشَقَّةُ تَجْلِبُ التَّيْسِيرَ)
MAKSUD KAEDAH
Apabila berlaku sesuatu kesulitan dan kesukaran dalam melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT, maka Islam memberi jalan keluar untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi.
Jalan keluar tersebut adalah dengan memberikan beberapa kelonggaran dalam melaksanakan kewajipan tertentu. Contohnya orang yang sakit dibenarkan untuk solat dalam keadaan duduk sekiranya tidak mampu dia boleh berbaring.
DALIL DAN SANDARAN
Sandaran daripada Al-Quran
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah : 185
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمْ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمْ الْعُسْرَ
Maksudnya: (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
FirmanNya lagi dalam surah yang sama ayat 286:
Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Ayat-ayat di atas menjadi bukti bahawa Allah SWT sama sekali tidak akan mewajibkan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh setiap hambaNya. Oleh itu jika berlaku kesukaran, Islam akan memberi jalan keluar bagi mengelakkan kesukaran tersebut.
Sandaran daripada al-Sunnah
Daripada 'Aisyah katanya: Sesuatu yang diberi kepada Rasulullah antara dua perkara kecuali ia memilihnya yang paling ringan selagi tidak mendatangkan dosa.
Dalam satu riwayat lain baginda bersabda yang bermaksud: "Sekiranya tidak mendatangkan kesukaran kepada umatku nescaya aku akan perintahkan mereka supaya bersiwak setiap kali ingin mendirikan sembahyang"
PERBINCANGAN KAEDAH
Sebab diberikan keringanan :-
Orang yang melakukan perjalanan melebihi dua marhalah walaupun dengan kaedah yang paling canggih diberikan keringanan seperti solat jama' dan qasar.
Orang yang terlupa melakukan sesuatu larangan dianggap tidak berdosa seperti makan, minum, melakukan hubungan suami isteri dalam keadaan terlupa pada siang hari bulan ramadhan.
Jahil atau tidak mengetahui sesuatu hukum juga diberikan kemaafan seperti baru memeluk islam .
Bentuk keringanan syara' :-
Keringanan dengan menggugurkan kewajipan seperti tidak wajib menunaikan solat jumaat kerana sakit dan tidak perlu qada' solat bagi perempuan yang didatangi haid dan nifas.
Keringanan dengan meringkaskan ibadah seperti mengurangkan bilangan rakaat solat fardhu daripada empat kepada dua ketika bermusafir.
Keringanan dengan menggantikan cara bersuci seperti menggantikan wuduk dan mandi dengan tayamum .
Pecahan Kaedah
Sesuatu perkara apabila tersepit ia menjadi luas.
Contoh : seorang wanita yang kehilangan walinya, maka bolehlah ia melantik seorang lelaki sebagai wali tahkim bagi mengahwinkan dengan lelaki pilihannya.
Sesuatu perkara apabila menjadi luas maka ia akan menjadi sempit.
Apabila darurat telah menimpa seseorang atau jemaah, kalau beramal dengan hukum asal yang disyarakkan dalam keadaan biasa akan menyulitkan dan membebankan mereka untuk melaksanakannya, maka kerana itu diberi keringanan dan kemudahan ke atas mereka selagi mana darurat itu masih wujud.
Aplikasi Kaedah
Seseorang yang melancong ke sesuatu tempat dengan niat yang baik dibenarkan untuk melaksanakan solat qasar dan jama' kerana bersama musafir tersebut adanya kesukaran.
Musafir juga dibenarkan untuk berbuka puasa dan menggantikannya pada hari yang lain.
Keharusan meninggalkan solat Jumaat bagi orang yang bermusafir dengan syarat yang tertentu.
Seseorang yang sakit diberi kelonggaran untuk solat secara duduk, jika tidak mampu boleh baring, jika tidak boleh baring dibenarkan menggunakan isyarat mata, jika tidak mampu gerakkan mata, maka boleh menggunakan hati.
Seseorang yang dalam keadaan darurat dan tidak mampu mendapatkan makanan yang halal atau ketidakadaan makanan selain bangkai atau makanan yang haram maka ia boleh makan makanan yang haram dengan sebab kelaparan dan tidak ada makanan lain selain itu.