Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAHAN BANTU MENGAJAR - Coggle Diagram
BAHAN BANTU MENGAJAR
2) Kepentingan bahan bantu mengajar
1) Membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan membantu menerangkan isi kepada pelajar bagi memudahkan pelajar faham apa yang diajar.
2) Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku.
3) Mengurangkan suasana yang membosankan pelajar semasa proses pelajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Hal ini boleh menyebabkan pelajar cepat mengantuk jika tiada alat pengajaran yang baru diperkenalkan.
4) Mampu mewujudkan suasana yang lebih aktif dan ceria menyebabkan pelajar tertarik untuk belajar
5) Membantu merangsang dunia pelajar untuk pelajar
6) Menyelesaikan pelbagai cara pengajaran guru yang sentiasa mengalami perubahan mengikut peredaran zaman
3) Ciri pemilihan bahan bantu mengajar
1) Sesuai yang dimana konsep sesuatu subjek yang diajar boleh diikuti oleh pelajar. Pemilihan bahan mestilah mempunyai hubungan kesesuaian dengan perkara berikut iaitu:
Objektif dan matlamat pengajaran bahasa
Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
Suasana Pembelajaran
Bahan pengajaran mengikut minat pelajar dan sesuai dengan matlamat pengajaran
2) Mencabar bertepatan dengan dua konsep penting dalam proses pembelajaran iaitu rangsangan pemikiran dan tingkahlaku. Bahan yang dipilih perlulah mempunyai ciri-ciri tersebut:
Bahan kini kepada akan datang
Bahan umum kepada teori
Bahan khusus kepada umum
Bahan khusus kepada bahan umum
Fakta terasing kepada bersepadu Bahan yang mudah kepada kompleks
Bahan yang konkrit kepada bahan abstrak
3) Menepati iaitu isi kandungan bahan pengajaran menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan yang dipilih mestilah mempunyai hubungan antara aspek kandungan bahan, proses pembelajaran dan pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan berkonsepkan ciri-ciri tersebut:
Kurikulum pengajaran sesuai dengan kebolehan dan kehendak pelajar
Susunan bahan yang digunakan
Mengandungi maklumat atau fakta yang digunakan tepat
Maklumat sentiasa dikemas kini
Perbendaharaan yang digunakan sesuai
Bahan pengajaran yang diperakui
4) Menarik iaitu dapat dilihat melalui reka letak yang digunakan seperti peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar dan sebgainya. Penggunaan saiz huruf yang dicetak mestilah mengikut kesesuaian peingkat umum pelajar. Ilustrasi yang digunakan memainkan peranan sebagai maifestasi visual yang dapat menambahkan atau mengukuhkan lagi pembacaan dan pemahaman pelajar malah guru.
5) Jimat dan murah iaitu dengan menghasilkan bahan bantu mengajar dengan menggunakan bahan terbuang atau bahan kitar semula. Hal ini akan mewujudkan daya kreativiti pelajar malah guru dan mewujudkan persekitaran yang mesra alam.
1) Konsep bahan bantu mengajar
Menurut Brown J.W. (1983) menyatakan bahawa bahan bantu mengajar merupakan pelbagai kelengkapan yang ada yang digunakan oleh guru dan murid bagi membantu dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas.
Menurut Mok Soon Sang (1991) merupakan intipati bagi menolong guru dalam melincinkan dan melancarkan aktiviti pengajaran dalam kelas dan merupakan usaha dalam memudahkan pelajar bagi memahami konsep, isi serta fakta yang diajar dalam kelas.
Menurut Mohd Aris Othman, Hajar Siti Fatihah Abdullah & Hajah Asmah Abd. Rahman (2004) menyatakan bahawa melalui penggunaan BBM ini mampu menunjukkan gerak kerja dalam kelas dan pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa melakukan aktiviti di dlam kelas. Hal ini menunjukkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih aktif dan menarik minat pelajar untuk belajar.
Bahan bantu mengajar atau BBM merupakan suatu alat yang serba guna dan dapat membantu guru semasa mengajar murid. Alatan mengajar ini bersifat meluas dan bukannya terhad kepada buku teks sahaja sumber lain juga dapat digunakan dalam aktiviti mengajar murid.
4) Jenis-jenis bahan bantu mengajar
1) Bahan bantu mengajar bukan elektronik
Buku teks
merupakan bahan bantu mengajar yang dikarang khusus oleh beberapa orang penulis dan pengarang.
Papan pameran
dikenali sebagai papan buletin dan ia merupakan sumber pangajaran yang produktif.
Fail tegak dan bahan bacaan
Terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku.
Contoh seperti majalah, kalendar, poskad, surat khabar, risalah atau buletin, poster, carta, peta, gambar skrip dan sebagainya.
Disimpan sebagai koleksi fail dalam kabinet fail.
Gambar
Digunakan jika bahan sebenar sukar dibawa ke dalam bilik darjah.
Kad imbasan atau kad camtuman
Terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata dengan memperkenalkan perkataan baru dan ia sesuai untuk pelajar-pelajar peringkat sekolah rendah.
Carta
Susunan maklumat yang bersistematik.
Mengandungi huruf, angka, gambar, jadual, gambarajah, lakaran, nota ringkas, rangkai kata, simbol dan lukisan.
Jenis carta
· Carta flip/selak
· Carta pusing
· Carta aliran
· Carta graf
· Carta pai
· Carta tunggal
Grafik
Bahan yang dilukis sebagai karangan visual yang dapat memberi satu atau lebih keterangan visual.
Papan pengajaran
Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya komunikatif dan dapat memotivasikan pelajar.
Jenis papan pengajaran
· Papan bulletin
· Papan kenyataan
· Papan flanel-papan plywood yang dialaskan dengan kain flannel
· Papan putih
· Papan magnet
· Papan selit
· Papan gulung-dapat menggantikan papan tulis biasa
· Papan poket
· Papan sorong tarik
Model
Bahan gantian yang menyerupai bahan sebenar.
Jenis model
· Model berskala - Kadar pembesaran/pengecilan yang berbeza daripada bahan sebenar.
· Model potongan - Keratan
· Model Imginasi - Gambaran tiga dimensi perjalanan sesuatu boleh diperbuat daripada kertas, tanah liat, simen, habuk kayu, styrafoam atau plaster of Par
Boneka
Berbentuk orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan digunakan dalam pengajaran bercerita atau berdialog
2) Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik
Overhead projektor (OHP)
Digunakan untuk penyampaian taklimat dan pengajaran kaedah kuliah.
Transparensi
Pita slaid atau Filem slaid
Radio
Televisyen dan VCR
Filem tayangan
Komputer