Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
STRATEGI PENGAJARAN DALAM MATEMATIK AWAL DALAM PAKK - Coggle Diagram
STRATEGI PENGAJARAN DALAM MATEMATIK AWAL DALAM PAKK
Scaffolding
suatu bantuan atau bimbingan kepada pelajar bagi menyiapkan sesuatu tugasan yang tidak dapat diselesaikan tanpa mendapat bantuan daripada guru.
‘Scaffolding’ Sebagai Sokongan Instruksional Interaktif.
‘Scaffolding’ dapat membantu pelajar bergerak melalui zon perkembangan proksimal (Zon of Proximal Development) dengan membolehkan pelajar menyelesaikan sesuatu tugasan tanpa bantuan orang lain.
Guru perlu memberikan bantuan atau bimbingan apabila diperlukan dan berhenti membantu setelah pelajar mula menunjukkan kemampuan dalam menyelesaikan tugasan.
Pengaplikasian strategi pengajaran dalam bilik darjah menurut Vygotsky : ‘Scaffolding’.
Guru bertindak memberi sokongan kepada pelajar yang memerlukan bantuan atau bimbingan dalam melaksanakan tugasan
Guru akan memberikan demonstrasi sambil memberikan penerangan semasa mengajar.
Guru cuba meringkaskan sesuatu masalah atau membahagikan sesuatu tugasan kepada langkah-langkah yang mudah difahami oleh pelajar.
Sekiranya pelajar meghadapi masalah atau kesukaran dalam membuat tugasan, guru akan menyediakan soalan-soalan yang memfokus kepada masalah tersebut.
Guru akan berhenti memberi bantuan setelah pelajar mampu menyiapkan tugasan tanpa memerlukan bantuan.
Jenis Scaffolidng
Modelling
Memberi penerangan
Menanya soalan
Adaptasi bahan instruksional
Sedia membantu dan memberi panduan
Teknik Penyoalan
TUJUAN PENYOALAN: menilai pengetahuan sedia ada, menimbulkan minat, membina pemahaman yang mendalam & memantapkan pembelajaran.
CIRI SOALAN BERKESAN: Bermatlamat (ditanya untuk mencapai tujuan tertentu), Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dinyatakan), Ringkas (dinyatakan dengan seberapa sedikit perkataan yang mungkin) & Menyoal siasat (melibatkan soalan yang membawa kepada soalan yang berikutnya dan mencungkil secara mendalam).
MEMPERKEMBANGKAN KEMAHIRAN MENYOAL: Guru perlu mengelakkan banyak bertanya soalan, Guru perlu mengalakkan murid bertanya lebih banyak soalan secara lisan dan bertulis, Guru perlu menggalakkan murid untuk menyoal murid lain semasa berbincang & Guru perlu memberikan masa untuk membuat soalan susulan kepada murid
Demonstrasi
Suatu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru mendemonstrasi cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti dihadapan murid
Prinsip tunjuk cara
sebelum
Guru hendaklah menentukan topik, objektifdan kandungan tunjuk cara terlebih dahulu
Alatan dan radas disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah demonstrasi yang ditentukan
Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua murid dapat menyaksikan dengan jelas.
Pastikan keselamatan sebelum menggunakan alat, radas dan bahan yang mungkin boleh mengakibatkan kemalangan.
Sebelum mula demonstrasi, guru perlu memberitahu murid tujuan demonstrasi dan aktivitinyasupaya mereka dapat mencontohinya tanpa melakukan kesilapan.
semasa
Guru harus memandang kearah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti demonstrasi yang dijalankan.
Sekiranya murid menunjukkan keraguan, guru hendaklah menerangkan langkah itu sekali lagi.
Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid.
Pastikan semua murid dapat melihat dengan jelas demonstrasi serta mendengar penerangan guru dengan jelas
Jika masa mengizinkan, guru boleh meminta seorang murid membuat demonstrasi sekali lagi untuk memperkukuhkan pemahaman tentang cara-cara melaksanakannya.
selepas
Bincangkan dengan murid tentang bahagian demonstrasi yang penting. Ini akan memastikan bahawa murid-murid telah memerhatikan lanhkah-langkah yang telah ditunjukkan dengan betul.
Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya mereka boleh membuat rumusan dengan tepat.
Aktiviti pengukuhan harus dijalankan selepas demonstrasi. Ia boleh dilakukan melalui aktiviti demonstrasi murid dengan mencontohi guru atau mencatat langkah-langkah demonstrasi dalam buku nota.
Jenis-jenis tunjuk cara
model hidup
Merujuk kepada model yang sebenar yang digunakan untuk melaksanakan demonstrasi. Termasuk demonstrasi guru dan murid yang telah menguasai kemahiran untuk mendemonstrasi aktiviti yang berkenaan
model simbolik
Merujuk kepada tunjuk cara yang dilakukan berdasarkan langkah-langkah secara bertulis,bergambar atau arahan guru.
model persepsi
Merujuk kepada penggunaan video yang menayangkan sesuatu demonstrasi. Biasanya suatu aktiviti kemahiran yang spesifik akan ditunjukkan, manakala tingkah laku yang lain tidak ingin diketepikan.
Belajar Melalui Bermain
Pendekatan main sambil belajar adalah aktiviti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Main merupakan ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak.
Pembelajaran melalui bermain adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak, kerana ini akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain kanak-kanak akan dapat menguasai pelbagai perkembangan, antaranya adalah perkembangan dari segi fizikal, emosi, bahasa, dan sosial.
CIRI-CIRI PENTING:
Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa.
Permainan manipulatif termasuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak.
Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal.
Permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti kanak-kanak untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna.
Kebaikan teknik ini ialah meransangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokan bermain.
Ia juga mengembangkan daya imaginasi.